31 Julai 2008

AMBOI !! BAIKNYA HATI BUDI UMNO

"Hidup di dunia ini kalau baik hati semua orang sayang. Bak kata orang tua-tua: “Kita berbudi orang pun suka, kita memberi orang merasa”. Inilah yang sedang diamalkan oleh UMNO terhadap musuh tradisinya PAS yang sebelum ini tidak pernah diberi muka. Semua itu berlaku ekoran terhakisnya kuasa di tangan hingga ke tahap yang paling mencemaskan. Jika tidak kerana pertolongan undi dari Sabah dan Serawak, hari ini UMNO sudah bertukar posisi daripada bertaraf pemerintah kepada pembangkang.
Tak semena-mena sikap garang dan ganas terhadap PAS tiba-tiba bertukar menjadi sebaliknya. Di Selangor dan Perak, UMNO rela berkungsi kuasa dengan PAS dan jawatan Menteri Besar pun setuju diberi kepada PAS. Sejuk hati mendengarnya. Mungkin di negeri-negeri lain juga begitu jika UMNO berada seperti di Selangor dan Perak. Peristiwa tersebut walaupun bunyinya lucu tetapi serius.
Tapi malang bagi UMNO kerana PAS tidak menyambut pelawaan itu, sebaliknya lebih rela bersama PKR dan DAP dalam menerajui negeri-negeri yang dikuasai mereka. Inilah komitmen PAS terhadap rakan pembangkang yang telah disepakati bersama sebelum PRU 12 pada 8 Mac lalu. Komitmen tersebut membuktikan bahawa PAS tidak curang dan tidak bersikap tikam belakang terhadap rakan-rakannya, miskipun PAS boleh berbuat demikian jika mahu.
Walau pun pelawaan UMNO ditolak, namun PAS patut mengucap terima kasih atas pelawaan tersebut dalam suasana merendah diri. Dengan kata lain PAS tidak harus takabur dan merasa besar diri dengan merasakan bahawa dirinya sekarang berharga dan diperlukan. Sikap tersebut sememangnya dibenci oleh Islam yang menjadi platform perjuangan PAS. Hari ini giliran mereka, mungkin esok lusa giliran kita. Ini falsafah yang perlu diamalkan.
Kini gendang muzakarah dan muqabalah yang dipalu lantang oleh media massa disahut oleh pemimpin-peminpin UMNO di segenap ceruk. Dalam perjumpaan politik misalnya, mereka memaklumkan kepada penyokong parti bahawa usaha yang mulia itu tetap akan diadakan dengan PAS demi masa Melayu dan agama Islam.
Mereka menyeru penyokong agar berdiri teguh di belakang pemimpin yang kini sedang berusaha untuk memulihkan semula kekuatan parti dengan merancang berbagai program, termasuk memulihkan hubungan baik dengan PAS.
Apa sebenar ‘moral of the story’ di sebalik usaha pemimpin UMNO itu? Kenapa tiba-tiba tercetus idea untuk bertaut semula dengan PAS, padahal PAS pernah menjadi mangsa politik UMNO yang paling utama berbanding dengan parti-parti lain di negara ini? Bagi saya, UMNO menggunakan strategi yang dapat dirumuskan sebagaimana berikut:

Pertama, pemimpin UMNO semua peringkat telah menggunakan isu muzakarah tersebut semata-mata untuk memulihkan semangat ahli dan penyokong parti yang berada dalam keadaan trauma ekoran kekalahan besar dalam PRU 12 baru-baru ini. Dengan itu, isu tersebut diharap dapat dijadikan penawar duka yang mujarab dan berkesan.

Kedua, untuk menyekat niat para penyokong menyeberang kepada parti lain terutama PKR setelah hilang keyakinan terhadap UMNO. UMNO sedar bahawa penyokong mereka diperingkat akar umbi tidak semantap ahli dan penyokong PAS. Mereka mudah berubah fikiran bilamana parti berada dalam keadaan tidak stabil. Sebab itu usaha perlu dibuat bagi memantapkan pendirian mereka dengan apa cara sekali pun.

Ketiga, untuk mempamirkan kepada rakyat bahawa UMNO sedia berkungsi kuasa dengan PAS demi kebaikan bangsa Melayu, dan jika rancangan tersebut tidak menjadi kenyataan, itu bukan salah UMNO, tetapi kerana keangkuhan PAS. Dengan itu, rakyat diminta membuat penilaian sendiri terhadap PAS yang kononnya mendokong perjuangan Islam, tetapi sanggup mengorbankan bangsa Melayu-Islam di negara ini. Ini senjata yang mungkin diguna untuk membangkitkan sentimen Melayu untuk masa yang akan datang.

Keempat, untuk mewujudkan kecelaruan dan kelam kabut di kalangan ahli, penyokong dan kelab penyokong PAS. Sekarang ahli PAS yang fanatik telah menunjukkan reaksi terhadap isu tersebut sehingga ada yang mengecam pemimpin yang bertanggungjawab mengadakan pertemuan dengan UMNO. Mereka tidak mahu rancangan tersebut diadakan dengan UMNO yang dianggap penipu dan bermuka-muka. Mereka tidak mahu PAS mengulangi kesilapan lampau yang memalukan. PAS disingkir dari BN seperti membuang kucing kurap di tepi jalan. Peristiwa pahit itu masih menghantui perasaan ahli PAS di semua peringkat hingga sekarang.

Kelima, untuk menanam bibit-bibit kesangsian di kalangan rakan-rakan dalam PR terhadap kesetiaan PAS terutama rakan-rakan bukan Melayu. Ini merupakan strategi adu dumba yang sering dilakukan sebelum ini dengan dokongan seluruh jentera parti termasuk akhbar arus perdana dan media elektronik.

Soalnya, berjayakah UMNO menggunakan strategi berlembut dan mengumpan PAS atas nama perkungsian kuasa itu? PAS yang telah lama mengenali hati budi UMNO nampaknya cuba menguji psikologi UMNO dengan berwatak seperti jinak-jinak merpati yang boleh hinggap di tangan, tetapi dipegang, lari.

PAS jangan terburu-buru dan celaru dalam menghadapi situasi yang penuh dengan muslihat ini. Lembut lidah UMNO hanya ungkapan skrip yang dihafal untuk sebuah drama politik yang terdesak kerana diasak. Setelah drama tersebut berakhir, ia akan kembali kepada watak asal yang gedebe dan angkuh.

UMNO PERAK SEMAKIN GELABAH -MURSYIIDUL AM

KOTA BHARU, 30 Julai (Hrkh) - Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pelawaan Umno untuk menubuhkan kerajaan bersama PAS di Perak menggambarkan parti itu kini semakin gelabah.
Iklan

Mursyidul Am PAS berkata, pelawaan itu membuktikan parti tersebut begitu menyesal terhadap apa yang telah dilakukan terhadap PAS selama ini sehingga terpaksa mengajak untuk bergabung sekarang.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan majlis pelancaran tabung Penambahbaikan Masjid Al-Baraah dan Ceramah Israk Mikraj di perkarangan Pasar Besar Siti Khatijah hari ini katanya, tindakan seperti dilakukan Umno Perak menggambarkan mereka bermasalah.
"Kalau di dunia sudah memperlihatkan masalah, apa lagi?kalau di akhirat, lagi bermasalah," kata beliau.
Kelmarin Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali dilaporkan mengajak PAS menubuh kerajaan campuran di Perak sebagai simbol perpaduan Islam dan Melayu.
Ekoran tawaran tersebut Dewan Pemuda PAS Kubang Kerian petang semalam membuat laporan polis kerana menyifatkan tindakan bekas Menteri Besar Perak itu mempunyai unsur-unsur rasuah.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan bagaimanapun berkata, keputusan mengenai perkara akan dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di Kuala Lumpur esok.
Beliau yang akan menghadiri mesyuarat itu esok menjelaskan pendiriannya tetap sama sebagaimana sebelum ini iaitu muqabalah dibolehkan dengan Umno dan tidak mungkin untuk bergabung dalam pakatan politik.
"Muqabalah dengan sesiapa sahaja boleh, sebab Islam sendiri telah mengajar pertemuan perlu diadakan sekiranya ia dapat menyelesaikan masalah masyarakat.
"Nabi Muhammad saw pernah mengadakan muqabalah dengan kaum musyrikin untuk menyelesaikan masalah masyarakat di zaman baginda.
"Begitu juga sekarang muqabalah dengan sesiapa pun boleh, tetapi jangan libatkan gabungan politik," ujarnya.
Menurutnya, muqabalah, muzakarah, musyawarah atau seumpamanya tiada masalah diadakan, sebaliknya berbincang politik dengan parti lawan (Umno) perlu berhati-hati kerana peristiwa lama telah berlaku 50 tahun lalu.
Beliau menegaskan PAS memang terluka hati dengan tindakan Umno menyingkir PAS setelah bergabung dalam Barisan Nasional pada 1970-an.
"Peristiwa Memali, peristiwa Lubuk Merbau, penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan di Kelantan dan membatal pendaratan minyak dan gas di Pantai Senok Bachok adalah antara peristiwa yang tidak mudah dilupakan," ujarnya.
Beliau juga berkata, muqabalah yang diadakan di antara pemimpin PAS dan Umno sebelum ini menyebabkan situasi tidak tenang berlaku di kalangan penyokong PAS.
"Mereka marah saya macam-macam sehingga pedih telinga mendengarnya," ujar beliau. - mj ? _

PEREMPUAN YANG DI JAMIN MASUK SYURGA

" Seorang pemuda di zaman Rasulullah s.a.w. telah berpesan pada isterinya kerana keluar berperang. Pesan suaminya pada isteri ; “Jangan kamu keluar dari rumah sehingga aku pulang.” Bila suaminya pergi maka datanglah adik isterinya dan memberitahu bahawa ayahnya sakit tenat. Kakaknya berkata pada adiknya bahawa kakak tak boleh pergi sebelum suami kakak pulang.
Adiknya pulang ke rumah dengan tak berkata apa-apa. Selang beberapa hari, maka bapanya telah meninggal dunia. Lalu adiknya pergi ke rumah kakaknya untuk memberitahu akan kematian itu. Sekali lagi kakaknya berkata bahawa kakak tak dapat pergi selag suami kakak belum pulang. Pulanglah adiknya dengan penuh hampa. Tiba-tiba pulang suaminya dan bertanya pada isterinya ; “Kenapa menangis?” Jawab isterinya bahawa ayahandanya telah meninggal dunia.
Setelah mendengar kata-kata dari isterinya, suami dan isterinya pun terus ke rumah Rasulullah untuk bertanya tentang perkara yang berlaku tadi. Dengan senyum Rasulullah s.a.w. berkata ; “Bahawa Jibril telah datang padaku dan berkata ; “Sesungguhnya Allah telah mengampunkan dosanya kerana taat pada suaminya.” ”
Itulah gambaran seorang isteri yang dijamin oleh Allah dan Rasul kerana taat kepada suami.
Junjungan besar Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa baginda telah menziarahi syurga dan neraka ketika peristiwa Isra’ Mi’raj. Hadith tersebut yang bermaksud ; “Telah bersabda junjungan besar kita Rasulullah s.a.w. aku telah menziarahi ke neraka, maka ku dapati penghuninya kebanyakan dari perempuan. Dan aku juga telah menziarahi syurga, maka aku dapati penghuninya banyak dariorang-orang miskin.”

30 Julai 2008

APA BENAR SAIFUL DILIWAT ?

APA BENAR SAIFUL DILIWAT?
1. Dengan tubuh badan Saiful yang sasa, tinggi dan masih muda dan kuat macam tu bolehke Anuar rebahkan dia sampai Saiful tak mampu melawan sampai ternoda diliwat? Pelik!!!

2. Kalaulah memang yelah sangat Anuar liwat dia itu maknanya dia sendiri yang tongggeng punggung dia secara sukarela kat Anuar. Betultak?

3. Saya tak pernah pulak dengar selama ini kalau-kalau Anuar adalah pemegang ‘Black Belt’ sampai boleh mengalahkan pemuda segagah Saiful.

4. Kalau betul-betullah Saiful datang mengadu kat Najib dia diliwat oleh Anuar, tak boleh ke Najib perangkap Anuar dengan mengumpan Saiful ke sesuatu tempat kemudian diam-diam aksi ranjang mereka dirakam dengan kamera video yang tercanggih ? Tentu lagi mudah nak dakwa Anuar kerana bukti lebih kukuh. Lagi pun Najib sendiri kata dia tak tahu dakwaan Saiful itu betul ke tidak kerana dia tak kenal pun Saiful. Apa tak boleh ke Najib minta kerjasama pihak polis memasang kamera spy bagi tujuan itu dan saya rasa mustahil polis tak boleh buat begitu?Tentu masih segar di ingatan kita semua bagaimana Chua Soi lek dah tak dapat berdalih lagi bila rakaman video lucah beliau disiarkan kapada umum dan terpaksa meletakkan jawatan sebagai menteri kesihatan sampai beliau terpaksa pula meminta maaf secara terbuka.Saya percaya pihak polis pasti akan bantu Najib untuk membuat rakaman tersebut kalau betul-betul itu boleh membuktikan Anuar memang peliwat.

5. Saya percaya kalau betul Anuar peliwat, Wan Azizah sendiri dah lama tinggalkan Anuar kerana dah pasti sesekali Anuar akan cuba meliwatnya. Saya percaya Wan Azizah sendiri tak rela bersuamikan seorang homosex.

6. Budak Saiful tiga bulan lalu datang kepada Najib kerana ada masalah kewangan (nak mintak biasiswa) tapi tiba-tiba kali ni datang nak report dia diliwat oleh Anuar.Apa-apahal pun mudah je budak ni datang mengadu kat Najib, memang sah lah Najib rapat dengan Saiful ni.Ingat orang biasa macam kita ni senang-senang nak jumpa najib, kat rumah pulak tu.

7. Satu hal lagi tak salah kalau orang ramai boleh syak Saiful yang ada masalah kewangan akan menerima tawaran yang lebih lumayan daripada sekadar biasiswa, sebabtu dia berjumpa Najib berikutnya. Kalau RM juta-juta orang tawar kat kita sendiripun dalam keadaan kita ada masalah kewangan tak kelabu mata kita dibuatnya.

8. Saiful mendakwa beliau telah berkali-kali diliwat oleh Anuar makna secara perbadi beliau sendiri boleh menjerat Anuar dengan kerjasama ahli keluarganya sendiri atau dengan bantuan pencegah maksiat, mat skodeng atau polis pada bila-bila masa saja tetapi kenapa ini tidak dilakukannya? Sedangkan ini mudah dilakukan kerana Anuar tiada berkuasa dan tidak memegang apa-apa jawatan dalam kerajaan.

9. Yang paling menghairankan mengapa Saiful masih terus bersama Anuar setelah beliau diliwat buat pertama kali oleh Anuar? Adakah beliau dikurung oleh Anuar sepanjang beberapa kali beliau diliwat oleh Anuar? Saya ingin bertanya pada anda semua apakah jika anda menjadi Saiful anda sanggup terus berdamping dengan Anuar setelah diliwat buat kali pertama? Kalau saya masatu jugak saya akan kebalai polis buat report.

10. Dalam keterangan Najib seperti di sidang media pertama berhubung kes ini, Najib menyatakan yang Saiful berjumpa dengan pegawai beliau Khairil Anas..Saya tidak mahu menuduh apa-apa tetapi menurut banyak sumber menyatakan bahawa Khairil Anas sendiri adalah GAY.Itu saya tak tahu benar atau tidak, ada sesiapa yang boleh mengesahkan perkara ini? Dalam kepala saya banyak persoalan yang boleh timbul berhubung Saiful dan Khairil Anas.Sewaktu sidang media pertama ini Najib berkata bahawa Saiful hanya berjumpa Khairil sahaja dan tidak berjumpanya sendiri tetapi pada sidang media kedua barulah Najib mengaku bahawa sebenarnya Saiful ada berjumpa sendiri dengan beliau.(Itupun setelah PKR membuat kenyataan saiful ada berjumpa Najib sendiri sebelum ini). Percanggahan kenyataan menimbulkan banyak persoalan?

11. Ezam pun selama ini rapat dengan Anuar pun pasti diliwat juga agaknya?Sebagai rakyat Malaysia saya mengharapkan semua ini tak berlaku,malu oooii mana nak letak muka kita kat negara luar bila nak ulang peritiwa usung tilam kat mahkamah..segan…segan..eeeeeeee.Jadi anda semua fikirlah sendiri…….!!!!!

TAWARAN TAJOL ROSLI, PEMUDA AKAN BUAT LAPORAN POLIS

IPOH, 30 Julai (Hrkh) - PAS Perak hari ini akan membuat laporan polis ekoran tawaran Bekas Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali yang mengajak PAS membentuk kerajaan bersama Umno di negeri itu dengan janji untuk memberikan jawatan Menteri Besar.
Iklan

Dalam laporan sebuah akhbar semalam,Tajol dikatakan membuat tawaran itu sebagai merealisasikan saranan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini dengan membubarkan kedua-dua parti dan menyatukannya menjadi sebuah parti tunggal.
Menurut laporan akhbar tersebut lagi, Tajol menawarkan PAS menjadi Menteri Besar dalam kerajaan baru itu dan bagi dirinya tidak duduk dalam kerajaan negeri.
Sehubungan itu, PAS Perak menolak segala tawaran tersebut dan menganggap ianya adalah satu tindakan 'rasuah' dan patut diambil tindakan dengan membuat aduan laporan polis.
Ketua Dewan Pemuda PAS Perak,Nor Azli Musa ketika dihubungi lewat petang semalam menegaskan akan bertindak buat laporan polis di Balai Polis Ipoh pada pagi ini mengenai perkara tersebut yang dianggap satu perbuatan rasuah dan mengancam keselamatan sebuah kerajaan negeri yang dipilih oleh rakyat.
"Selain menawarkan tawaran berbentuk rasuah perbuatan tersebut seolah bertujuan jahat untuk memecah belahkan Kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang sudah hampir memasuki usia lima bulan,"tegasnya.
Katanya, "pagi ini kami Lajnah Pimpinan PAS Perak diketuai oleh Pemuda akan membuat aduan polis di Pejabat Polis Ipoh mengenai perkara yang sungguh memalukan seperti tindakan Umno itu dan ia bagaikan sebuah mimpi khayal orang yang gila talak." - mks. _

TAJOL IBARAT RAJA YANG INGIN MENABALKAN MENTERI BESAR PERAK KALI KEDUA

30 Julai. Taiping. YB. Salehuddin Ayub selaku ketua Pemuda PAS Pusat menegaskan PAS tidak sama sekali akan menghianati Pakatan Rakyat. Isu Muqabalah antara PAS dan UMNO telah di mainkan sepenuhnya oleh Media untuk kepentingan Politik UMNO. PAS adalah satu parti yang tebuka untuk siapa sahaja berbincang mengenai soal kepentingan rakyat dan agama.
Beliau menyifatkan tindakan UMNO hanyalah satu usaha untuk memecahkan Pakatan Rakyat yang dilihat semakin kuat hari ini.UMNO berada dalam keadaan berpecah pergolakan dalaman UMNO semakin parah.beliau berkata sewaktu berceramah di Tapak Pasar Malam Kamunting, Taiping malam tadi.
Beliau juga menyifatkan Tajol Rosli bekas Menteri Besar Perak ibarat seorang Raja yang cuba menabalkan Menteri Besar buat kali kedua kepada PAS sekiranya bergabung dengan UMNO. Beliau masih tidak menyedari bahawa beliau telahpun kalah dan tidak ada apa-apa jawatan dalam Kerajaan. UMNO sudah semakin terdesak terutama dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan menjelang 31 Ogos ini.

TUDUHAN LIWAT PALSU, BERASAS DAN BERMOTIFKAN POLITIK

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Hrkh) - Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim yakin tuduhan liwat ke atasnya sudah berakhir dengan pendedahan laporan doktor Pusrawi yang membuktikan tiada kesan liwat ke atas Saiful Bukhari Azlan.
Iklan

Beliau berkata, pendedahan laporan doktor Pusrawi yang disebar meluas menerusi portal berita semalam membuktikan dakwaan meliwat terbaru terhadapnya hanya bermotifkan politik dan tidak berasas sama sekali.
Anwar dalam sidang media di ibu pejabat KeADILan berkata, beliau sekali lagi dimomokkan bahawa siasatan polis dilakukan dengan profesional kerana melengahkan penyiasatan dan cuba untuk menutup bahan bukti yang paling penting iaitu maklumagt dari doktor pertama yang ditemui oleh Saiful.
Anwar juga enggan memberi DNA kepada polis atas nasihat dan rujukan daripada Presiden Maljlis Peguam Malaysia Ambiga Sreenevasan yang menegaskan kewibawaan sistem kehakiman terus digugat begitu juga golongan profesional iaitu doktor dan peguam.
"Ini ada kaitan juga dengan keterangan yang saya kemukakan kepada polis yang mengaitkan penglibatan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan Ketua Peguam Negara Ghani Patail dalam percubaan memadamkan maklumat sejak tahun 1998 dan 1999," katanya.
Dalam pada itu, Anwar juga meminta pihak berkuasa supaya menjaga keselamatan doktor yang menjalankan pemeriksaan ke atas Saiful terjamin agar mereka tidak terdedah dengan apa-apa bahaya atau dihilangkan sepetimana yang dihebohkan sebelum ini.
Anwar juga berkata, beliau tidak pernah menemui doktor berkenaan dan Pusrawi juga mengesahkan laporan yang disiarkan portal berita semalam sebagai tulen dan benar.
Anwar yakin dengan kandungan laporan perubatan pertama dan pasti tiada siapa yang akan mempertikaikannya.
"Saya rasa ini sudah berakhir kerana saya ada urusan yang lebih penting untuk bersama rakyat terutama dalam pilihan raya kecil Parlimen Kulim-Bandar Baru, saya akan tumpukan kepada bahagian agenda pertumbuhan ekonomi dan pembelaan nasib rakyat," katanya.
Kini, Anwar akan menumpukan kepada masalah negara dan menggesa kerajaan supaya meninggalkan cara yang tidak profesional iaitu dendam dan politik kotor demi menghukum musuh politik.
Turut sama dalam sidang media, Peguam Sulaiman Abdullah iaitu peguam kanan yang akan memimpin pasukan peguambela seandainya kes ini diteruskan.
Beberapa pimpinan dari PAS turut serta iaitu Setiausaha Agung, Dato' Kamarudin Jaffar; Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli; Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmood dan Ahli Parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo' Ghazali.
Dalam sidang media itu, KeADILan turut mengedarkan laporan pemeriksaan Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mendakwa diliwat Anwar Ibrahim, yang menunjukkan tiada kesan pemuda itu diliwat.
Laporan sulit dua halaman daripada Hospital Pusrawi itu turut disertakan maklumat-maklumat tambahan yang menjelaskan beberapa istilah perubatan yang sukar difahami dan beberapa perkataan doktor itu yang tidak jelas.
Laporan yang disahkan milik hospital swasta di Jalan Tun Razak itu mula beredar di internet sejak semalam.
Pada 28 Jun lepas, Mohd Saiful membuat laporan polis mendakwa dirinya diliwat bekas Timbalan Perdana Menteri itu.
Sebelum membuat laporan polis, Mohd. Saiful telah mengunjungi Pusat Rawatan Islam di Jalan Tun Razak dan kemudian Hospital Kuala Lumpur. - mks. _

26 Julai 2008

KONVENSYEN PAS PERAK KALI KE 13 DIHADIRI RAMAI TETAMU


IPOH, 26 July :- Konvensyen PAS Kali Ke 13 yang diadakan di Dewan Orang Ramai Rapat Setia yang sedang berlangsung disini pagi ini mempunyai kelainan dari Konvensyen sebelum dari ini.
Selain dari menerima tetamu kehormat Presiden PAS, YB. Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang acara tahunan PAS kali ini turut dihadiri oleh Menteri Besar Perak, YAB. Dato' Seri Hj. Muhamad Nizar Jamaliddin,Pengerusi DAP Perak yang juga merupakan Exco Kanan, DatNgeh Koo Ham , Timbalan Speaker Perak, YB. Puan Hee Yit Foong, Pengerusi PKR Perak Tn. Hj. Ismail Yusof, Timbalannya Ust. Zukifli Ibrahim, ADUN Simpang Pulai, YB, Chan Ming Kai , ADUN Hutan Melintang, YB. Kesevan, Wakil-wakil dari yayasan orang Asli Perak, Pengerusi kelab-kelab Penyokong PAS kawasan-kawasan, Wakil NGO Cina, ADUN-ADUN PAS dari, Titi Serong, Gunung Semanggol, Selingsing dan Cangkat Jong.
Konvensyen hari in diadakan dalam keadaan Pakatan Rakyat memegang teraju Negeri Perak dan inilah kelainan yang sangat menonjol pada hari ini.

KONVENSYEN PAS PERAK KALI KE 13


UCAPAN PRESIDEN PAS
Tuan Guru Datuk Haji Abdul Hadi Awang

Mengucapkan terima kasih kepada Parti yang sedia bergabung dengan PAS dalam menubuhkan kerajaan PAS dalam keadaan hari ini apa yang di kenali dengan "Islam Fobia". Ini kerana salah faham terhadap islam. Takut kepada Islam walaupun islam telah menunjukkan kegemilangan dan kecemerlangannya dalam pemerintahan. Islam memerintah dan menizinkan rumah-rumah ibadat orang-orang bukan islam.
Kita tumbang di terengganu bukan rakyat menolak kita tetapi oleh kerana penipuan BN dan nafsu serakah SPR. Islam bukan seperti agama yang lain kita berpijak di bumi yang nyata. Kejatuhan islam bukan kerana islam tetapi kerana Pemimpin Islam yang jahat yang tidak beramal dengan ajaran islam.
Hukum islam dilihat keras tetapi menjadi kesan yang baik kepada masyarakat. Mana lebih kejam cara hukuman bunuh dalam Islam dengan hukuman tali gantung yang bawa oleh Inggeris.
Ahli PAS di ajar takut kepada Allah.Ada perhitungan halal dan haram. Kita bertahalluf dengan orang bukan islam kerana ada titik persefahaman membenteras Rasuah, menentang kezaliman, menghapuskan ISA.
Di samping itu kita sanggup bersemuka dengan UMNO (MUQABALAH) UMNO yang mengundang dan menjemput kita bukan kita yang mahu berjumpa mereka. UMNO mengundang kita sedia untuk menerima undangan. Bagi membincang isu negara termasuk Isu Anwar Ibrahim dan isu kezaliman BN yang lain.
Kita memerintah Terengganu satu ketika dahulu di nafikan hak-hak tertentu. Pelbagai tindakan dikenakan kepad Ahli PAS.
Mengapa PAS mahu betemu dengan UMNO sedangkan UMNO sendiri menipu ahlinya, apatah lagi PAS.
Al-quran membenarkan kita untuk berjumpa dengan UMNO berdasarkan ayat quran
suratul Al-Anfal 61-63 -
Dalam perang pun Allah suruh berunding jika musuh mahu berunding.
Kita perlukan sesuatu untuk mengubah minda UMNO kerana pertemuan dalam Parlimen tak cukup. Sebab itu PAS menerima tindakan bersemuka dengan pemimpin UMNO.
Kita berharap dengan muqabalah ini akan mengubah suasana politik kearah kebaikan kepada rakyat.
PAS cukup berpengalaman dalam politik kerana PAS satu Parti yang paling lama di Malaysia ini.
Bersabarlah ! dengan pengalaman yang ada dalam PAS insyaallah kita akan gunakan untuk kebaikan keseluruhan rakyat keseluruhannya.
Terima kasih juga kerana PAS Perak bersedia menjadi tuan rumah Muktamar PAS Pusat yang akan berlangsung pada bulan Ogos nanti.
Terima kasih juga kepada Badan Perhubungan PAS kerana berjaya mengadakan Konvensyen pada Tahun ini.

KONVENSYEN PAS PERAK KALI KE 13


TEMA : MENGISI PERJUANGAN MEMANTAP PERJUANGAN


Ucapan Pesuruhjaya PAS Perak (Us. Hj Ahmad bin Awang)


Konvensyen PAS kali ke 13 membawa erti pada PAS Perak kerana kita dalam keadaan menjadi kerajaan. Membentuk kerajayaan bersama 3 parti DAP dan Keadilan. Pakatan ini berjaya memecah tembok empayar Kekuasaan UMNO. Sehingga ini UMNO masih berusaha untuk meelemahkan kerajaan yang ada dan mereka bermimpi untuk membentuk kerajaan pada 31hb Ogos 2008 ini.

Kertas kerja akan di bentangkan bagi mengulas isu kearah memantapkan lagi kerajaan Negeri Perak. Kita berharap Pakatan Rakyat di Perak ini akan terus kuat dan mantap berdasarkan 5 prinsip yang telah di persetujui bersama:


1. Adil

2. Telus.

3. Berkebajikan

4. Berintegriti

5 Beramanah


Jika 5 prinsip ini di amalkan sewajarnya insyaalah kerusi UMNO pada pilihanraya akan datang akan tumbang ke tangan Pakatan Rakyat. UMNO tak pernah berdiri sendiri. UMNO disokong oleh parti komponen BN.Mereka terdesak hari ini lalu isu Muzakarah di bangkitkan. UMNO tidak boleh dipercayai dan sering mengkhianati perjanjian.



PROGRAM KUTU WANG POS DARI SUDUT FIQH ISLAM

Majlis Perundingan Dan Penyelidikan Hukum (MPPH), Dewan Ulama PAS Pusat Fri
Jul 25, 08 7:05:40 pm

Program kutu secara wang pos sudah agak menular dan popular pada masa ini. Mereka yang berhadapan dengan masalah kewangan melihat program ini dapat membantu menyelesaikan kemelut kewangan mereka.
Iklan

Bagi pihak yang berwang pula, berhasrat untuk membantu sahabat-sahabat dan rakan-rakan yang berada dalam kesusahan dengan menamakan mereka sebagai penerima wang pos berkenaan.
Persoalannya, adakah program ini berjalan tanpa terdapat apa-apa unsur haram sehingga program ini benar-benar menjamin kebaikan sebagaimana yang dijanjikan. Tetapi jika program ini mengandungi unsur-unsur haram, maka kegelapan dan kerugian pastinya akan menemui peserta-pesertanya atau sebahagian daripada peserta-pesertanya.
Unsur-unsur haram yang dapat dikesan
Setelah meneliti perjalanan beberapa bentuk program wang pos, didapati ia mengandungi beberapa unsur haram. Antaranya:

1.Unsur Gharar
Jika dikaji berkenaan program ini didapati asas kepada pembinaan dan perjalannya adalah 'auto placement' yang menjadikan orang bawah atau peserta baru mangsa yang tidak mendapat apa-apa pulangan apabila program 'auto placement' ini berhenti berpusing.
Oleh itu, setiap yang menjadi peserta yang peringkat awalnya mengharapkan pulangan apabila sampai gilirannya kehilangan wang apabila program ini terhenti.
Setiap sesuatu pastinya ada permulaan dan pastinya juga ada titik penamatnya. Pada waktu tersebut, pastinya sesiapa yang masih berada di bawah akan menjadi mangsa apabila wangnya diperolehi oleh orang atasan sedangkan orang bawahannya belum wujud.
Gharar yang terdapat disini ialah gharar fil husul (tidak tentu dapat) dan gharar fil miqdar (tidak tentu kadar).

2.Riba
Program ini sebenarnya bersifat 'money game' yang mendedahkan pesertanya kepada riba. Ini kerana, setiap yang menyertai program ini atau sebahagiannya berhasrat mendapatkan pulangan.
Jika ia menaja dengan mengeluarkan wang sebanyak RM100, maka ia mengharapkan pulangan lebih.
Jika ia benar-benar mendapat pulangan yang lebih banyak, maka ia adalah riba kerana tiada transaksi perniagaan atau khidmat di dalam program ini.

3.Judi
Dalam program ini terdapat unsur judi kerana sepastinya ada pihak yang mendapat untung dan ada pihak yang pasti mengalami kerugian.
Untung dan rugi ini boleh berlaku apabila program ini berhenti. Jika ia berlaku, maka mereka yang berada di line atas akan mendapat keuntungan manakala mereka yang berada di line bawah mendapat kerugian.?
Beberapa jawapan kepada kekeliruan
Mereka yang menyertai program ini melihat ia adalah harus dari sudut syariat dengan alasan-alasan berikut:

1.Sumbangan atas alasan hibah
Antara alasan yang sangat luas dijadikan hujah membolehkan ialah sumbangan setiap peserta adalah hibah.
Sebenarnya alasan ini adalah alasan yang tidak boleh diterima syariat kerana hibah tidak mensyaratkan keuntungan dan tidak mensyaratkan pulangan.
Tetapi program ini jelas berbentuk permainan wang (money game) dalam bentuk pusingan 'auto placement'.
Justeru itu, hibah bersyarat jika tidak kena caranya boleh menjerumuskan kepada riba sebagaimana sabda Nabi?Muhammad s.a.w. yang maksudnya: "Setiap pinjaman yang mensyaratkan manfaat (faedah) adalah riba."

Pada masa yang sama bayaran yang dianggap hibah tersebut adalah dalam bentuk tetap dan dijanjikan pulangan sebagaimana dalam iklan yang disiarkan.
Maka setiap transaksi syariat bukan dilihat kepada lafaz dan binaan kalimah tetapi ia melihat kepada hakikat dan perjalanannya.
Kaedah fiqh menyebut yang bermaksudnya: "Yang diambil kira pada akad transaksi ialah maksud dan makna, bukan lafaz dan susunan kalimat."

2.Sumbangan mestilah ikhlas membantu.
Alasan kedua yang biasa digunakan ialah sumbangan itu ikhlas membantu sahabat-sahabat seagama yang susah.
Menurut syariat, apabila sesuatu transaksi di dapati haram, maka ikhlas tidak akan merubahnya menjadi halal. Sebagaimana tiga orang berjudi dan setiap seseorang mempertaruhkan wang RM10. Sekalipun setiap seseorang berniat derma ikhlas untuk si pemenang ia tetap haram kerana ia adalah judi dan ikhlas tersebut tidak boleh mengharuskan perkara yang haram.
Ikhlas atau lebih tepat tidak dipaksa adalah syarat sah jual beli dan segala jenis transaksi yang harus. Firman Allah SWT dalam surah an-Nisa? ayat 29 yang maksudnya: "Melainkan ia adalah perniagaan yang berlaku secara reda meredai antara kamu."
Ayat ini menunjukkan reda dan ikhlas menyertai perniagaan yang halal, bukan menjadi syarat sah kepada transaksi yang haram.

3.Kias kepada belanja kawan makan atau minum di kedai.
Kias tersebut adalah kias yang salah kerana ia mempunyai perbezaan yang sangat ketara. Antaranya, belanja kawan di kedai makan tidak melibatkan pusingan wang. Dalam program ini ia melibatkan wang dengan wang yang sepastinya mendedahkan kepada riba. Tambahan pula setiap pesertanya disyaratkan menaja dan ditaja.
Penutup dan kesimpulan
Sememangnya setiap transaksi hukum asalnya adalah harus sehinggalah ia dicemari oleh unsur-unsur haram.
Setelah diteliti program wang pos ini, didapati program ini adalah haram disebabkan unsur-unsur yang disenaraikan di atas.
Justeru itu, umat islam digesa supaya tidak terlibat dengan program ini kerana ia membazirkan wang disamping keharaman yang disebutkan.- tajdid _

23 Julai 2008

Oleh chukovsky"

dipetik dr Malaysiatoday.net bersama komen pembaca. semoga ia berfaedah kepada semua - kepimpinan, ahli dan penyokong pas. bukalah minda, lihat dan bergeraklah kehadapan.PAS Will Split Up If Muzakarah Is Held, Says Nik Aziz
Written by kasee

Tuesday, 22 July 2008

PAS spiritual advisor Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Monday called for a stop to any muzakarah (discussions) between PAS and Umno as it could cause a split in the Islamic party.He described the attempt by Umno to have the muzakarah purportedly to strengthen Malay solidarity as merely a gimmick but aimed at causing the fall of PAS."I want to ask the PAS leaders (reported to have held talks with Umno) whether they are interested in safeguarding PAS and Islam. Trying to be friends with Umno is like "sleeping with the enemy," he told a press conference here Monday.The Kelantan Menteri Besar was commenting on remarks by Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Sunday that high-level talks had been taking place between Umno and PAS on matters relating to Malay unity and strengthening Islam.Abdullah, however, said Nik Aziz was not among the PAS leaders in the talks.Asked if he would be having a word with PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang and other leaders of the party who were for the muzakarah, Nik Aziz replied in the negative but said certain statements issued by them did not make him happy.However, he denied that that he was no longer on the same "wavelength" with them but warned that if they were not careful, they would be taken on a "nice ride by Umno".He added that it was best to let the grassroots decide on the muzakarah as PAS would be holding its muktamar (general assembly) very soon. - BERNAMA Comments (13) ...written by Mr Smith, July 22, 2008 09:58:34 PAS will self-destruct if it sleeps with the SATAN. Does PAS want to betray those who voted for it? Traitors. ...written by PASOK, July 22, 2008 10:10:08 PAS should have more confidence in itself. It does not need UMNO and should take the advice of Nik Aziz. This is the time for PAS to show it's leadership qualities. Maybe PAS is still in shock over the election results - maybe they never expect that all Malaysians - even non-Muslims - can accept them. But PAS should see this as a good thing - no? It shows that they have been accepted by all - no? So step out from under the inferiority complex and lead with a smile and with confidence. Make a good contribution to Malaysians - show us the way. HIDUP PAKATAN RAKYAT ...written by Kawan MT, July 22, 2008 10:14:56 Politician Malaysia sekalian, adakah kamu semua hanya gila kuasa??? Apabila sampai masa menpunyai kuasa runding, terus boleh tukar arah dan bekerjasama dengan barisan yang kamu kata dia rasuah, zalim etc sebelum pilihan umum??? Apa itu "ketuanan melayu"??? all bullshit. sila periksa secara teliti, di dalam dunia ini, negara manakah yang hanya terdiri daripada satu kaum???? setakat yang saya tahu, hanya ada negara yang terdiri daripada satu bangsa tetapi bukan satu kaum. so, all politician, sila berhenti memainkan taktik ini untuk memperkukuhkan kuasa kamu. Kalau betul-betul chinese and indian perlu balik china and india masing-masing, melayu sekalian, silalah ikut chinese balik ke mainland china also. Nenek moyang anda semua juga migrate dari sana. (bacalah sejarah-sejarah manusia secara teliti. Sigh, sejarah pendidikan malaysia samada sekolah rendah/menegah tidak langung mempunyai chapta ini). ...written by red door, July 22, 2008 10:41:54 Muzakarah or MuzaNIAMAH!! is just another name of conspiracy in the name of God. You dudes are trying to fool people who think they truly understand the "Islamic" meaning of the word by doing a lil' bit of "BRANDING"!!! Get lost... traitors of GOD! ...written by Alice, July 22, 2008 10:50:49 If you are religiously sound then a discussion , forum or debate should not be a problem ...written by JV Lan, July 22, 2008 10:59:42 I wonder why now UMNO wants to have a muzakarah with PAS. Oic...there are sinking..thats why. ...written by matahati, July 22, 2008 11:39:57 I totally agree with TGNA. UMNO is a terrible organization that is rotten right to the core. Even at their grassroot level involve money politics. Eventhough PAS can proceed to discuss with UMNO on its own, I think PAS must indicate to its PKR partners of their intentions and objectives as a mark of respect. PAS must uphold its understandings with Pakatan Rakyat members because it is through these understandings that it got very good support in the last GE. Personally, I would have snub UMNO upfront. They may go fly kites as far as I am concerned. They are no good to any body except themselves. They screwed up the common Malays and Islam. I think they should be burried and become part of history. The longer they stay alive, the worse it is for the country and for Islam. They are the people that tarnished the image of Islam in the country just because their religion is Islam. ...written by Rhan, July 22, 2008 11:41:42 No issue at all, let the two tuan sleep together, save our time to find out who is the true devil. ...written by maverick, July 22, 2008 11:47:43 PAS from day 1 should not have been a part of PR. PAS have always been so selfish wanting to promote an islamic nation and making stupid statements that is hurting the whole PR. PAS have clearly betrayed the non-muslim supporters! If PAS is still interested to be part of PR, you should be working as a team in PR, don't just complain just for the sake of getting public coverage, do some good for the nation please. ...written by IbnAbdHalim, July 22, 2008 11:48:13 Truly, PAS should stay away from UMNO. There's nothing to talk about as both parties are very far apart. ...written by khongja, July 22, 2008 11:52:03 Me think the old guards are power crazy especially Mr.Hadi who lost Trengganu long time ago. Well as they say in politics one will sell their mother s soul for something.Well i never believe or trusted those mullah(self proclaimed).Given a chance and space they are no better than those umnoputeras.At the end of the day, its the green moneythey are after in this life.All those piety and robes are crabs.Period. We were suckered once and can only die once but not gonna fall for it next time. Better to trust the devil than those money crazy mullahs.Sad to say ,malay rights and supremacy are just a camoflauge to divert their own goals! ...written by ROBERTNGTG, July 22, 2008 12:33:39 PAS spiritual advisor Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat Monday called for a stop to any muzakarah (discussions) between PAS and Umno as it could cause a split in the Islamic party.
TOK GURU, ALREADY SOME HV BEEN LURED BY A CERTAIN TOYOL WITH TEMPTATIONS TO RULE SELANGOR JOINTLY AND SHARE THE SPOILS. TIME TO CLEAN THE HOUSE OF SUCH SCUM. ...written by Mimi, July 22, 2008 12:34:04 Non-Muslims and Muslims alike... please do not jump into conclusion and make haste judgment. Let us be calm and collected here. TGNA has said his piece and that should put the matter at rest. PAS worked so hard to get this support from all the races in M'sia and certainly won't want to risk it by such a FOUL move..
Thank u TGNA for clearing the air

Tackle social ills, PAS rep tells Govt


THE Barisan Nasional Government led by Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi should adhere to his Islam Hadhari concept by eradicating social problems in the country, Siti Zailah Mohd Yusof (PAS – Rantau Panjang) said.She said the Government should not just concentrate on physical development, but do more to enhance spiritual development.“The Government should limit the granting of licences for night-clubs and entertainment outlets in the Klang Valley, which have become the places for youths to hang out.“We are also sad over the many divorce cases, mostly involving the Malay community,” she said when debating the mid-term review of the Ninth Malaysia Plan.She added that the Government should do more to enhance the quality of family education programmes because many children have become victims of divorce.Siti Zailah said that at least eight women were reportedly raped daily in the country.“The existing laws, which are weak, should be amended and the country should return to the tenets espoused in the Quran to deter criminal acts.
“What is the use of the Government talking about working to turn Malaysia into a developed country when the crime rate continues to increase,” she added.In a written reply to Nga Kor Ming (DAP - Taiping), Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Mohd Johari Baharom said the Government had allocated a total of RM428mil to build mosques and surau as well as RM8.1mil to build churches and temples.The Government spent RM3.93mil for Hindu temples, RM3.16mil for other temples and RM1.6mil for churches.Such allocation for 2009 and 2010 would be determined by the government later, he said.Since 1991, he said the Prime Minister had allocated RM1mil for physical development of churches and temples and RM1mil for Hindu temples from 2000.

Star,Friday July 4, 2008

22 Julai 2008

NASIHAT UNTUK WANITA


1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).

2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).

3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.

4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabna Nabi s. a. w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.

5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).

6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s. a. w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r. ha. dan Maimunah r. ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s. a. w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s. a. w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."

7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.

8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.

9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.

10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.

11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.

12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.

13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.

14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.

15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.

16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s. a. w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s. a. w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."

17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s. a. w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."

18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.

19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s. a. w.?" Jawab Rasulullah s. a. w. :

i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.
ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)
iii Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)
iv Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)
v Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah. 20. Dari Ali bin Abi Talib r. a. : Aku dengar Rasulullah s. a. w. bersabda, " Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :-
a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil

* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.
* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.
* Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.

21. Asma' binti Kharizah Fazari r. ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :- a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s. w. t. maka jagalah baik- baik fikiran mu. b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandangan mu. c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu. d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu. e. Ingat kepada Allah s. w. t. f. Lupakan budi baik mu pada orang lain. g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu. h. Ingat kepada mati

23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :-

a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.

24. Wajib bagi wanita :-

a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga. n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.

20 Julai 2008

KESAN ZIKIR PADA OTAK MANUSIA


Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Sem ua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.


Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Al lah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.


Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kaji an yan g dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.


Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkata an yan g sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkata an yan g diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.
Ihsan:http://www.al-zuhaily.blogspot.com/

ISRA' MIKRAJ

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."(Surah Al-Israa': Ayat 1)

Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian dua orang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Talib. Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua insan yang disayangi semakin bertambah dan jika kita fikirkan dari segi logik akal maka dakwah Islam pasti akan terkubur.
Namun kuasa Allah melebihi segala-galanya iaitu selepas penolakan dakwah oleh penduduk Taif, nabi telah dihiburkan dengan Isra’ dan Mikraj dan seterusnya diizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah. Dalam peristiwa di Taif iaitu ketika penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam malah telah melontar batu ke arah nabi sehingga berlumuran darah.
Kita dapat melihat nabi telah diberi peluang untuk menang mudah iaitu tawaran daripada malaikat penjaga bukit untuk menjadikan bukit bawah jagaannya sebagai emas tetapi ditolak oleh nabi sebagaimana nabi menolak tawaran malaikat penjaga bukit yang ingin menghancurkan penduduk Taif yang begitu degil dengan menjatuhkan bukit ke atas penduduk Taif.Penolakan nabi ini memberi banyak pengajaran kepada kita umat Islam iaitu kekayaan bukanlah faktor utama dalam menegakkan Islam kerana jika kita perhatikan pada hari ini kebanyakan negara umat Islam dianugerahkan dengan hasil dalam negara yang banyak tetapi ia tidak membantu dalam membentuk umat Islam yang bersatu serta menghentikan penderitaan umat Islam yang sedang ditindas. Islam bukan mampu bangkit dengan kekuatan ekonomi semata-mata tetapi Islam bangkit melalui kekuatan aqidah yang ditanam dalam diri.
Peristiwa Isra’ Mikraj berlaku di dua tempat utama di bumi sebelum nabi dinaikkan ke sidratul muntaha iaitu bumi Mekah dan Palestin malah melalui ayat 1 surah Isra’ menjelaskan bagaimana Allah memberkati bumi isra’ dan sekitarnya. Sehingga kini bumi Isra’ iaitu Baitul Maqdis, Palestin terus menjadi rebutan tiga agama iaitu Islam, Kristian dan Yahudi sehinggakan keganasan Yahudi dalam membunuh dan merampas tanah milik umat Islam terus berjalan tanpa perikemanusiaan.

Sejarah Isra' dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Isra" itu.

Semasa Isra'
(Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil Aqsa)

Sepanjang perjalanan (isra') itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

1. Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

2. Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

3. Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

4. Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

5. Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri atau suami.

6. Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

7. Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

8. Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

9. Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

10. Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

11. Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

12. Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

13. Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj
(Naik ke Hadhratul Qudus Menemui Allah)

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

1. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

2. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.

4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.

5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu La Haulawala Quwatta Illa Billah.

Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: Subhanallah, Walhamdulillah, Wa la ila ha illallah allahuakbar dan Wa La Haulawala Quwata Illabillahil Azim.

Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak derhaka kepada ibu bapanya.

10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T: Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T: Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Daud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T: Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. dibawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.Selepas MikrajRasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

19 Julai 2008

OBLIGATIONS OF THE SHAHADAH

Obligations of the Syahadah
The acceptance and testimony of the syahadah in the true sense sets the Muslim duty-bound. The syahadah carries responsibility-tag with it, which the Muslim has to oblige. The obligation of the syahadah are as follows:
1. To utter the syahadah. As a statement of being a Muslim, the person has to utter the syahadah, or say it verbally. This obligation is well exemplified by a hadith narrated by Bukhari and Muslim stating that when Abu Talib, the uncle of the prophet s.a.w. who took care of his well being since childhood, was dying, the Prophet urged him to utter the kalimah:لا إله إلا الله
2. To have iman. Once the the two verses of the syahadah had been testified, they must be followed by iman, which is the unshakeable belief in the precepts of iman as laid down in part (7). The perfect iman must have the complete acceptance and submission in the heart, utterance of submission by the tongue and obedience on the injuctions by the deeds.
3. Perform the pillars of Islam. There is a hadith which says Islam is built on five tenets; the syahadah, the five daily prayers, fasting in the month of Ramadhan, zakat and haj. When the syahadah has already been uttered, the four remaining pillars will have to be erected. Therefore all Muslims must adhere to the task of performing the remaining four pillars.
...........to be continued

ISU TUDUHAN LIWAT ANWAR - LAKSANAKAN HUKUM AL-QURAN BUKAN BERSUMPAH DENGAN AL-QURAN

OLEH : MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN

Berita TV3 ( 4/7/2008 ) menyiarkan berita bahawa Mufti Perlis meminta Anwar Ibrahim dan Saiful Bahari Azlan melakukan mubahalah. Apa yang saya faham mubahalah merupakan satu kaedah di dalam Islam ( yang ada disebut di dalam Al-Quran ) bagi menentukan kebenaran. Kedua-dua pihak yang bertikai dipertemukan dan masing-masing bersumpah sekiranya mereka tidak bercakap benar mereka akan dilaknat oleh Allah.
Ketika mengulas saranan Mufti Perlis tersebut Pengerusi Putera UMNO Abdul Azeez Abdul Rahim menyatakan bahawa Anwar hendaklah bersumpah dengan AlQuran daripada menggunakan media bagi membuktikan beliau tidak bersalah ( lihat Malaysiakini : Swear on the Quran, Anwar told )
Saya kurang pasti sama ada Pengerusi Putra UMNO tersebut faham dengan istilah mubahalah. Mubahalah bukan satu sumpah dengan AlQuran seperti yang didakwa . Saya rasa tidak perlulah pengerusi Putera UMNO yang kecetekan ilmu syariah dan undang-undang untuk menjuarai isu tuduhan liwat ini. Makin dia bercakap makin nampak beliau merapu.
Ada beberapa perkara yang saya rasa perlu diperbetulkan kerana daripada kenyataan-kenyataan yang dibuat menunjukkan bahawa terdapat kekeliruan di dalam kes tuduhan liwat ke atas Anwar Ibrahim.
Pertama, ingin saya nyatakan di sini baik dari segi sisi Islam mahupun undang-undang negara ini Anwar adalah seorang individu yang dianggap tidak bersalah dan beliau juga tidak perlu sama sekali membuktikan apa-apa jauh sekali membuktikan beliau tidak bersalah.
Di dalam undang-undang yang dipakai di negara ini , bagi mana-mana pertuduhan jenayah prinsip yang terpakai adalah “seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah. Prinsip ini dikenali sebagai “presumption of innocence.” Prinsip ini sebenarnya diambil dari syariat Islam iaitu berasaskan kaedah “ al-aslu al-‘adam” atau pun kaedah “al-aslu –baraatun zimmah” yang juga bermaksud “seseorang itu dianggap tidak bersalah melainkan dibuktikan bersalah.
Apa yang berlaku di dalam isu dakwaan liwat ini adalah Anwar belum lagi dituduh di Mahkamah . Jadi tidak timbul beliau harus membuktikan bahawa beliau tidak bersalah. Jika pun beliau dituduh di Mahkamah dengan kesalahan liwat, beliau masih dianggap tidak bersalah kecuali setelah disabitkan bersalah oleh Mahkamah.
Yang demikian mana-mana saranan yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran supaya membuktikan beliau tidak bersalah adalah saranan yang menggambarkan seorang yang jahil dengan syariat Islam dan juga undang-undang negara ini.
Kedua, jika benar terdapat tuduhan liwat ke atas Anwar sekalipun, mana-mana pihak yang bersungguh meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran sepatutnya perlu menuntut bahawa Anwar diadili dengan hukum Al-Quran. Ulama Islam mengklasifikasikan kesalahan liwat adalah sama dengan kesalahan zina . Maka mana-mana pihak yang menuduh seseorang melakukan liwat adalah sama seperti orang yang menuduh seseorang itu melakukan zina. Menuduh seseorang berzina ( termasuk liwat ) tanpa mendatangkan empat orang saksi boleh didakwa melakukan kesalahan qazaf . Qazaf adalah hukum Al-Quran yang diklasifikasikan sebagai salah satu kesalahan di dalam jenayah hudud.
Memandangkan Anwar dituduh kononnya melakukan kesalahan liwat ke atas Saiful maka mereka yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran sepatutnya dari segi Islam meminta supaya Saiful mendatangkan empat saksi yang melihat Anwar melakukan liwat tersebut. Kalau Saiful tidak dapat mendatangkan empat saksi tersebut mereka yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran hendaklah meminta Kerajaan mendakwa Saiful dengan kesalahan qazaf di Mahkamah Syariah di negara ini
Berkemungkinan besar pihak yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran berhujah balas di negara ini hukum qazaf tidak dijalankan , jadi bagaimanakah Saiful boleh didakwa dengan kesalahan qazaf. Jika ini hujahnya maka jawapan saya adalah kenapakah kamu sibuk bercakap tentang Al Quran jika hukum qazaf yang terdapat di dalam Al-Quran kamu pendamkan dan tidak dilaksanakan selama puluhan tahun sejak negara ini mencapai kemerdekaan. Kenapakah kamu tidak menuntut hukum qazaf tersebut dilaksanakan di negara ini agar Anwar mahupun Saiful boleh diadili oleh hukum Islam.
Tidakkah sikap kamu yang meminta Anwar bersumpah dengan Al-Quran ( yang tidak ada pun nasnya di dalam Al-Quran ) tapi tidak mahu menuntut hukum Al-Quran menjadi hukum yang dipakai bagi menyelesaikan tuduhan liwat ke atas Anwar adalah satu sikap yang dilihat berpura-pura. Saya ingin bertanya dengan Putera UMNO- betul ke kamu bersungguh dengan Al-Quran ini ? Ingat Al-Quran ini boleh jadi “hujjatun lana” ( hujah untuk kita ) atau “hujjjatun ‘alaina” ( hujah ke atas kita ).
Kesimpulannya tidak perlu Anwar bersumpah dengan Al-Quran. Mubahalah juga saya berpendapat tidak perlu kerana Anwar telah dikaitkan dengan kesalahan jenayah maka kaedah yang betul adalah Anwar mahupun Saiful sepatutnya diadili oleh sistem undang-undang jenayah Islam - sistem yang telah telah terbukti keadilannya .

NASIHAT SUFYAN ATSAURI

Sufyan Atsauri berkata:"Sepuluh macam daripada kekejaman ialah:

1.Seorang yang berdoa untuk dirinya sendiri, dan tidak mendoakanuntuk anak-anaknya dan kaum mukmin.

2.Seorang yang pandai membaca Al-Quran, tetapi tiap harinya tidakmembaca seratus ayat.

3.Seorang yang masuk masjid lalu keluar dan tidak sembahyang duarakaat.

4.Seorang yang berjalan melalui kuburan kemudian tidak memberisalam dan mendoakan ahli kubur.

5.Seorang yang sampai di suatu kota pada hari Jumaat kemudiantidak sembahyang jemaah.

6.Seorang yang di daerahnya didatangi oleh seorang alim,tiba-tiba tidak mahu belajar apa-apa daripadanya.

7.Dua orang yang bertemu di perjalanan dan masing-masingtidak menanyakan nama kawannya itu.

8.Seorang diundang pada jamuan tiba-tiba tidak datang.

9.Pemuda yang tidak ada kerja dan tidak mahu belajar ilmudan kesopanan.

10.Seorang yang kenyang sedang dia tahu bahawa tetangganyalapar, tetapi tidak diberi dari makanannya itu.

"10 AMALAN YANG TERBALIK"

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

11. Kita cukup teruja untuk meng'forward'kan sms atau emel dalam bentuk gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....

Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan peraturan hidup kita.

Sabda Rasullullah SAW:
"Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat."
(Riwayat Bukhari)

18 Julai 2008

UMNO Perak Berbohong dan Menyebar Fitnah untuk Menebus Kekalahan


‘Perjanjian Pangkor II’?


Maksud firman Allah SWT: “Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini.” (Al-Furqan:63)


UMNO Gunakan Badan NGOSetelah gagal dalam usaha mereka memujuk PAS dan percubaan menarik beberapa orang ADUN Pakatan, UMNO merancang dan melaksanakan pelan bertindak membuat dan menyebar fitnah dengan menggunakan beberapa kumpulan kecil yang mereka dakwa mewakili badan NGO Melayu Islam di Perak. Mereka merancang perhimpunan besar-besaran kononnya untuk menyatakan bantahan mereka terhadap kerajaan campuran Pakatan Rakyat. Mereka menuduh PAS bersekongkol dengan DAP untuk mengenepikan hak ketuanan Melayu dan mengancam agama Islam demi mendapatkan kuasa. Untuk menarik orangramai, mereka sebarkan risalah yang bertandakan lambang PAS yang dipalsukan. Ini mereka lakukan pada hari-hari pertama mereka kehilangan kuasa. Namun perhimpunan itu gagal mendapat sambutan walaupun media perdana yang dikuasai UMNO/BN mewarwarkan perhimpunan yang gagal itu sebagai satu kejayaan. Semenjak itu timbullah tuduhan-tuduhan dan fitnah yang diatur secara terancang. Kesemuanya cuba memberikan persepsi bahawa Dato’ Seri Haji Mohammad Nizar yang menjadi Menteri Besar adalah boneka kepada DAP Perak yang diketuai oleh Dato’ Ngeh Koo Ham.

Dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak Ke-12 pada hujung bulan lalu, mereka melemparkan pelbagai tuduhan dan fitnah terhadap Menteri Besar. Namun strategi serangan mereka memakan diri sendiri apabila isu yang mereka lontarkan disanggah oleh Menteri Besar dan pihak kerajaan. Di luar dewan, Dato’ Ngeh Koo Ham mengeluarkan kenyataan yang jelas bahawa dalam kerajaan Pakatan Rakyat tidak ada mana-mana parti yang mendominasi kerajaan. Beliau menegaskan bahawa setiap keputusan yang diambil dalam majlis mesyuarat kerajaan adalah dibuat secara konsensus. (rujuk kenyataan Pengerusi DAP Perak dalam akhbar The Sun 25 Jun 2008)

Pimpinan UMNO diketuai oleh Tajol Rosli dengan dibantu oleh media arus perdana pro-UMNO terus memainkan pelbagai perkara yang mereka putar belitkan sehingga dilihat sebagai isu yang mencabar kedudukan orang Melayu dan Islam di negeri Perak. Di antaranya, arahan pertukaran jawatan Dato’ Haji Jumry, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIP) dalam tempoh 24 jam yang kemudiannya ditarik balik setelah mendapat nasihat pihak istana. Perkara ini mereka permainkan habis-habisan apabila Karpal Singh mengeluarkan kenyataan menegur raja-raja. Bagaimanapun isu ini selesai apabila DYTM Raja Muda Tuanku Raja Nazrin Shah selaku Pengerusi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perak mengeluarkan kenyataan memuji sikap Menteri Besar dalam menangani perkara berkenaan dengan cara yang harmoni dan penuh kebijaksanaan.


Geran Kekal 999 Tahun?


Tuduhan yang boleh mengelirukan rakyat terutama orang-orang Melayu di negeri Perak ialah mengenai tawaran geran pemilikan tanah Kampung-kampung Baru di negeri Perak yang diberikan taraf Pemilikan Kekal selama 999 tahun. Kononnya kerajaan Perak membuat keputusan sedemikan adalah kerana desakan DAP. Perkara seperti ini memang sangat mudah dipermainkan apabila media perdana terus mewarwarkannya, jangankan orang-orang biasa, pemimpin PAS pun ada yang ikut terbawa-bawa dengan propaganda UMNO ini. Ramai orang terkejut apabila Dato’ Mustafa Ali dalam catatan awalnya dalam blog beliau pada bulan lalu secara terbuka menegur Menteri Besar Perak tentang perkara ini. Padahal beliau boleh bertanyakan kepada saya atau memberikan pendapatnya terus tanpa perlu mencatat dalam blognya.

Sebenarnya, cadangan pemberian geran milik kekal kepada Kampung-kampung Baru dan Kampung-kampung Tersusun bukannya datang dari DAP tetapi perkara itu adalah sebahagian dari sepuluh tawaran PAS dan PKR dalam Manifesto BA dalam PRU Ke-12 yang lalu. Semestinya untuk memenuhi janji BA, perkara ini dibawa ke dalam Mesyuarat Kerajaan Negeri dan dipersetujui oleh DAP. Tidak timbul sama sekali hanya Kampung Baru sahaja yang berhak mendapat geran milik kekal, tetapi Kampung Tersusun juga sama berhak. Bahkan kerajaan juga bersetuju menawarkannya kepada perkampungan Orang Asli. Apapun, tawaran geran milik kekal iaitu pegangan bebas (freehold) itu adalah ditawarkan secara pilihan (option) kerana mereka juga ditawarkan pemilikan pajakan samada 30 atau 60 atau 99 tahun. Kesemuanya bergantung kepada kesediaan dan kemampuan mereka membayar premium atas pemilikan itu.


Bagaimanapun, jika diandaikan kesemua penghuni Kampung-kampung Baru menerima tawaran geran milik kekal atau pegangan bebas, maka kawasan Kampung Baru itu sampai bila-bila pun tidak akan bertambah keluasannya (kira-kira 6,000 ekar) sedangkan Kampung Tersusun yang kini keluasannya kira-kira 7,000 ekar boleh bertambah bila dibuka lagi Kampung-kampung Tersusun pada masa akan datang. Kampung-kampung Tersusun ini hampir seratus peratus penghuninya adalah orang-orang Melayu. Pemimpin-pemimpin UMNO sangat mengetahui perkara ini sebab pada zaman mereka memerintah 50 tahun itulah terbangunnya Kampung-kampung Tersusun sedangkan Kampung Baru wujud pada zaman penjajah semasa darurat kerana ancaman komunis. Dalam hal ini saya sukalah mengingatkan semua pihak khasnya orang Melayu bahawa sepanjang UMNO/BN berkuasa di Perak, mereka telah mengorbankan puluhan ribu ekar Tanah Rizab Melayu untuk kepentingan golongan tertentu atas nama pembangunan. Sebagai satu contoh, kira-kira 7,000 ekar Tanah Rizab Melayu di kawasan Beruas telah dikorbankan untuk membangun Gula Perak Berhad. Hari ini apa sudah jadi dengan syarikat itu, adakah ia mati tanpa kubur? Inilah yang patut rakyat tanya pimpinan UMNO seperti Dato’ Seri DiRaja Tajol Rosli.


UMNO Mencipta Fitnah ‘Perjanjian Pangkor II’

Fitnah terbaru ialah ‘Perjanjian Pangkor II’ yang direka oleh pemimpin-pemimpin UMNO untuk menimbulkan pelbagai fitnah lagi, samada untuk tujuan memecahbelahkan antara PAS dengan rakan Pakatan Rakyat atau untuk menimbulkan keresahan atau pertelingkahan di antara pimpinan PAS dengan ahli-ahli grassrootnya. Untuk menegakkan fitnah ini seolah-olah satu fakta yang benar, UMNO Perak terpaksa mendapatkan pandangan seorang tokoh undang-undang dan perlembagaan UMNO yang dianggap sebagai pakar iaitu Dato’ Seri Rais Yatim yang juga Menteri Luar. Padahal pakar undang-undang mereka inilah yang bertanggungjawab melepaskan Pulau Batu Putih kepada Singapura kerana tidak berjaya menegakkan hujah Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Padanlah Malaysia kalah, kerana dalam fitnah yang direka UMNO inipun beliau memberikan pendapatnya berasaskan andaian semata-mata seperti yang beliau sendiri sebutkan. (rujuk Utusan Melayu 9 Julai 2008)


Ada pula di antara pemimpin UMNO mengatakan perjanjian itu dimeterai di Pulau Pangkor di antara Hj Nizar dan DAP (masyaAllah!). Inilah bukti yang menunjukkan mereka meraba-raba di dalam mencipta fitnah tersebut. Ke sana-sini mereka mewarwarkan bahawa kerana ‘Perjanjian Pangkor II’ itu Menteri Besar Haji Mohammad Nizar tidak boleh menyebut perkataan-perkataan Islam dan istilah Islam seperti hudud, qisas dan seumpamanya. Terlampau dangkal nampaknya pemikiran pemimpin-pemimpin UMNO mencari modal untuk membuat fitnah. Mereka cuba menggambarkan PAS Perak kononnya mengkhianati perjuangan dan jihad menegakkan Islam. Fitnah ini turut dijual dalam ceramah-ceramah kursus-kursus BTN kepada peserta-peserta dari kalangan guru-guru agama SMABK baru-baru ini.


Begitu juga dalam suatu perhimpunan belia di Padang Rengas baru-baru ini yang turut dihadiri oleh Dato’ Seri Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, mereka memperalatkan seorang abang kepada Menteri Besar Perak, Fadhil Jamaluddin, yang bertugas sebagai seorang pensyarah di sebuah pusat pengajian tinggi di Kedah. Beliau menuduh adiknya Dato’ Seri Nizar tidak layak menjadi Menteri Besar kerana kononnya sentiasa tunduk kepada DAP akibat dari ‘Perjanjian Pangkor II’ yang didakwa oleh UMNO.


Demikianlah UMNO terus memfitnah dan mengharapkan dari ‘Perjanjian Pangkor II’ yang mereka reka-rekakan itu akan memberikan kesan negatif kepada kerajaan Pakatan Rakyat. Tetapi mereka agak kecewa apabila lontaran fitnah ‘Perjanjian Pangkor II’ yang mereka permainkan di tengah-tengah rakyat, ianya begitu mudah ditendang keluar padang oleh Menteri Besar dan Pengerusi DAP Perak apabila kedua-duanya menafikan kewujudan perjanjian yang UMNO fitnahkan itu. Realiti yang disaksikan oleh rakyat dalam tempoh 3 bulan Menteri Besar menerajui Pakatan Rakyat, beliau tidak pernah lupa menyebut ayat-ayat Al-Quran dan istilah-istilah Islam samada dalam ucapan rasmi atau dalam ceramah umum. Bahkan setiap kali Mesyuarat Exco pun, beliau memulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan tahmid serta salawat. Tidak pernah mana-mana Exco DAP membantah atau persoalkannya. Bukan itu sahaja, malah saya sendiripun ketika mempengerusikan mesyuarat di antara ketiga-tiga parti, berbuat demikian juga dan menutup mesyuarat dengan bacaan Tasbih Kifarah dan Surah Al-‘Asr. Tiadapun sebarang masalah.


Kononnya Menteri Besar tidak berani menyebut istilah syariat Islam seperti hudud dan qisas. Saya fikir eloklah pemimpin UMNO cermin muka mereka dulu. Bukankah UMNO yang paling keras menentang hudud dan qisas yang diperkenalkan oleh kerajaan PAS Kelantan dan Terengganu sebelum ini.Bercakap fasal kedudukan Islam dan kepentingannya di negeri Perak, saya kemukakan pertanyaan kepada UMNO, bukankah kerajaan UMNO/BN yang membunuh Sekolah Agama Rakyat di negeri Perak? Bahkan Sekolah Agama Negeri yang hanya ada dua buah (Izzudin dan Raja Ta’yah) itupun telah diputuskan oleh kerajaan UMNO/BN Perak yang lalu untuk diserahkan kepada Kerajaan Pusat. Alasannya kerajaan negeri Perak tidak mampu membiayainya. Nasib baik kerajaan Pakatan Rakyat sempat menarik balik keputusan itu sebelum penyerahan rasmi dilakukan. Kini hanya tinggal beberapa buah Sekolah Agama Rakyat di Perak yang terselamat. Baru-baru ini juga Menteri Besar mengumumkan peruntukan RM1 juta untuk membantu sekolah-sekolah tersebut. DAP tidak teragak-agak menyokongnya.


Sementara itu pelbagai perancangan sedang disusun oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk menjadikan masjid sebagai pusat pembangunan ummah seperti yang pernah dititahkan oleh DYMM Sultan. DAP tak bangkang pun. Begitu juga pemilihan Ketua-ketua Kampung seramai lebih dari 700 orang secara demokrasi yang hampir seratus peratus terdiri dari orang Melayu, pun tidak dipertikaikan langsung oleh DAP.Satu perkara yang UMNO patut tahu bahawa DAP sebagai rakan sepakat dalam kerajaan Pakatan Rakyat sentiasa menerima keputusan yang dibuat secara syura (konsensus) oleh pemimpin ketiga-tiga parti pakatan. Sebagai contoh, jawatan Datuk Bandar Ipoh dipersetujui secara syura supaya jawatan tersebut dipegang oleh penjawat awam, bukan ahli politik seperti yang dihasratkan oleh DAP. Pemimpin DAP menerima dengan senang hati keputusan ini. Bahkan semenjak awal-awal perlantikan Menteri Besar tiga bulan yang lalu, pimpinan DAP tidak bermasalah menerima keputusan syura kami supaya tidak diwujudkan jawatan Timbalan-timbalan Menteri Besar dari kalangan orang bukan Melayu yang pernah diura-urakan oleh DAP.Inilah sebahagian daripada realiti yang menjadi bukti bahawa fitnah ‘Perjanjian Pangkor II’ itu adalah rekaan yang memakan diri UMNO sendiri

14 Julai 2008

KREDIBILITI NAQIB SEBAGAI FAKTOR YANG MENJAYAKAN USRAH

Walau bagaimanapun kejayaan usrah banyak bergantung kepada kredibilti seorang naqib yang memenuhi kriteria sebagai seorang naqib. Naqib sebagai fasilitator, sebagai kaunselor, sebagai ibu, sebagai bapa, sebagai biro pengaduan awam, sebagai sahabat, sebagai pengurus, sebagai pembimbing.
Kerana ia bukan sahaja orang yang berjumpa secara formal tetapi juga secara tidak formal. Naqib bukan sahaja orang berjumpa seminggu sekali atau dua kali seminggu dalam majlis usrah, malahan lebih daripada itu yang menjangkau masa dan sempadan.
Ciri-Ciri Naqib Yang Berkaliber


1. Naqib mesti memahami konsep usrah dan perlaksanaanya. Apabila naqib memahami konsep ini barulah usrah dapat melahirkan out put yang baik. Sekiranya seorang yang menjadi naqib ia sendiri tidak memahami apakah pengertian usrah. Atau pun ia sendiri tidak pernah melalui program usrah. Apa akan terjadi dengan usrah yang dibawa.
Oleh kerana ia tidak memahami konsep usrah maka ia akan bawa usrah seperti ceramah, kuliah, membaca kitab kuning. Ia tidak boleh membawa usrah mengikut kehendak jamaah dan boleh dikaitkan dengan jamaah dan isu-isu yang berkaitan dengan kehidupan untuk mengukuhkan jamaah.
Apabila ia memahami konsep usrah maka kesan usrah dapat dilihat. Banyak perkara kelemahan dalam jamaah boleh diatasi. Misalnya ahli usrah lemah dari sudut ukhwah maka ia memberi penekanan dalam usrah mengenai kepentingan ukhwah begitulah seterusnya. Semuanya ini tidak akan dapat dihasilkan sekiranya naqib tidak faham konsep usrah dan tanggungjawab beliau sebagai seorang naqib.
Seperti pepatah Arab menyebut “Orang yang faqir ia tidak boleh memberi apa-apa”.


2. Memahami tasawwur Islam dan gerakan
Naqib/ah mesti memahami Islam dan dasar perjuangan . Naqib mesti memahami Islam dari sumber yang sejati. Kerana Islam ialah suatu peraturan yang meliputi semua lapangan hidup, Islam merupakan negara dan tanah air atau kerajaan dan rakyat. Islam merupakan kebudayaan, undang-undang atau ilmu pengetahuan dan kehakiman.
Jangan di bawa perkara khilafiah dalam jamaah kerana ini akan membawa perbalahan sesama sendiri. Kefahaman dan keseragaman bertindak dengan ilmu akan memudahkan untuk bertindak. Oleh itu sekiranya seorang naqib yang tidak mempunyai syarat-syarat yang berkenaan akan berhadapan dengan berbagai kesusahan dari kalangan mereka yang berbagai jenis manusia dan kedudukan.
Memahami hati budi orang bawahan dan ini yang perlu diberi penekanan dalam usrah. Jika ahli usrah orang kedekut perbanyakkan hal-hal dan kemuliaan sifat pemurah. Sekiranya mereka orang yang penakut, berikan keutaaman tentang kelebihan berjihad di jalan Allah. Sekiranya anak buah orang yang tidak istiqamah maka terangkan kelebihan orang yang tetap pendirian dan balasan orang tidak tetap pendirian.


3. Iklas dalam amal sebagai seorang naqib
Satu perkara yang senang disebut tetapi sukar dilaksanakan ialah ikhlas dalam tindakan dan amal. Perkara inilah yang menjadi kekuatan dan ketahanan kepada seorang naqib. Apabila ia berjaya melazimkan dirinya dengan sifat ini maka ia akan mendatangkan natijah yang baik kepada gerakan Pas.
Hatinya tidak ada yang lain melainkan untuk melihat Islam berdaulat. Mengikhlaskan niat kerana Allah. Hati yang tidak tulus tidak bermakna ketika datang kedalam majlis usrah. Hati yang kotor juga tidak boleh mengeluarkan kesan yang baik kepada usrah.
Firman Allah swt . Maksudnya :
Dan tidaklah mereka itu diperintahkan melainkan supaya semua menyembah Allah, dengan tulus ikhlas menjalankan agama untuknya semata-mata, berdiri lurus dan menegakkan solat serta menunaikan zakat dan demikian itulah agama yang benar (Al-Bayyinah:5)
Sabda Rasulullah saw


إنما الأعمال بالنيات و إنما لكل امرء ما نوى

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang itu apa yang diniatkan”

4. Iman yang mendalam
Keyakinan hanya dengan Islam, sekiranya mempunyai ilmu dan kefahaman tetapi iman yang nipis dia tidak boleh memberikan apa-apa kebaikan untuk perjuangan. Keimanan yang mantap sahaja akan membolehkan ia menghadamkan fikrah perjuangan Islam kepada anak buahnya. Kerana kekuatan jamaah Islam terletak kepada kekuatan iman yang sejati dan mendalam.
Perjuangan tanpa iman yang sejati akan gugur dipertengahan. Bagaimana seorang naqib boleh menerapkan iman kepada anak usrahnya sekiranya beliau masih nipis Iman. Rasulullah SAW menunjukkan bagaimana Iman yang mantap menyebabkan para sahabat sanggup sehidup semati.
Contohnya ketika baginda berhadapan dengan tentera Ahzab, baginda sudah mempunyai cita-cita untuk menawan Rom dan Parsi. Ini satu contoh bagaimana iman yang mantap telah memberi motivasi kepada baginda untuk menaikkan semangat yang waja di kalangan para sahabat.
Firman Allah SWT Bermaksud :
“Dan pada masa orang-orang yang beriman melihat tentera ahzab, berkatalah mereka: “Inilah yang telah dijanjikan kepada kamioleh Allah dan RasulNya, dan benarlah (apa yang telah dijanji oleh) Allah dan RasulNya” dan (angkatan tentera musuh yang mereka lihat itu) tidak memberi sebarang kesan kepada mereka selain daripada menambahkan iman dan penyerahan dari mereka bulat-bulat kepada Allah.”

(Al-Ahzab: 33:22)

5. Memahami organisasi jamaah. Naqib yang tidak memahami organisasi dan tabiat jamaah ia hanya bercakap atas awan. Tidak berpijak kepada bumi yang nyata. Usrah bukan teori tetapi diiringi dengan praktikal.
Sekiranya naqib tidak melibatkan diri dengan Pas ia tidak akan sampai kemana arah perbincanganya. Oleh itu naqib kena memahami struktur organisasi Pas. Jangan seorang naqib tetapi ia sendiri tidak melibatkan dalam oragnisasi pas, ini memumkinkan ia akan membawa ahli jamaah keluar daripada landasan fikrah jamaah.
Bagaimana mungkin ahli usrah hendak melibatkan diri dalam pilihanraya sekiranya naqib sendiri tidak terlibat dalam pilihanraya. Bagaimana jamaah hendak berkembang jika naqib sendiri tidak membawa ahli untuk beriltizam dengan jamaah.


6. Mengeratkan jalinan ukhwah
Naqib perlu melakukan program yang boleh mengeratkan hubungan persaudaraan seperti menziarahi ahli yang sakit atau ditimpa musibah,mengucap tahniah kepada kepada anggota yang berjaya, menolong mereka yang memerlukan, mengucap takziah atas kematian, menghulurkan bantuan kewangan, memberi hadiah sempena hari sahabat mendapat anak atau harijadi . Sabda Rasulullah SAW


تهادوا تحابوا

Bermaksud : “Berilah hadiah nescaya engkau dikasihi” Sabda Rasulullah SAW Bermaksud : Allah akan sentiasa dalam (menunaikan) keperluan hamba selagi hamba itu dalam (usaha menunaikan) keperluan saudaranya.

7. Perbanyakkan amalan fardi
Sebagai seorang naqib sudah tentu bebanan dan tugas yang terpaksa dipikul. Oleh itu naqib memerlukan kekuatan rohani agar kita tidak terpesong daripada landasan perjuangan yang telah digariskan oleh jamaah. Apabila kita mempunyai benteng pertahanan ini maka ia akan menjadi asas yang kukuh untuk kita istiqamah dalam perjuangan.
Maklum sahajalah perjuangan Pas yang mempunyai rintangan yang banyak dan banyak pula karenah anak buah maka sudah tentu kita memerlukan kekuatan rohani yang kuat. Oleh itu kita kena menjaga ibadat dengan baik, berzikir dengan banyak, berdoa yang ma’thur, beristighfar kepada Allah dan bersalawat kepada junjungan besar nabi Muhammad saw. Muhasabah diri sendiri supaya dapat membuat penentuan hidup. Kata-kata Saidina Umar RA


حاسبوا أنفسكم قبل أن تحاسبوا

Bermaksud “Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dihadapan Allah SWT”

8. Menunjukkan suri teladan yang baik.
Naqib sebagai rol model dan diperhati oleh anak buah. Syaksiah dan tingkah laku naqib sering menjadi ikutan dan bualan. Thiqah di kalangan anak buah perlu bagi menjayakan satu usrah. Naqib kena pastikan ia lebih baik daripada anak buah. Samaada dari segi pakaian, percakapan, tingkahlaku, pergaulan, sikap, hal ehwal keluarga, komitmen kita dalam jamaah seperti mesyuarat, menghadiri program jamaah, penglibatan anak-anak kita dalam jamaah semuanya menjadi tontonan di kalangan semua ahli usrah.


Firman Allah SWT Bermaksud : “Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan) kebaikan sedang kamu melupakan diri kamu sendiri padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkah kamu berfikir”. Al-Baqarah:44

9. Benar
Naqib mestilah benar di dalam niat, perkataan dan pekerjaannya jangan sekali-kali ada penipuan atau pendustaan. Berkata benar sekalipun kepada diri sendiri kerana takut kepada Allah dan tidak takut kepada celaan orang. Sifat dusta adalah sifat yang paling jahat dan hina malahan ia menjadi pintu masuk kepada tipu daya syaitan. Sekiranya naqib tidak benar dalam ucapan dan tindakan maka ia akan memberi kesan yang buruk kepada usrah yang dipimpin
Sabda Rasulullah SAW Bermaksud :
“Sesungguhnya sifat benar membawa kepada kebajikan dan sesungguhnya sifat kebajikan itu membawa ke syurga. Seorang yang sentiasa bersifat benar hinggalah ia dicatat disisi Allah sebagai seorang yang benar. Dan sesungguhnya sifat dusta itu membawa kepada kezaliman (kejahatan) dan kejahatan itu membawa kepada neraka. Seorang lelaki yang sentiasa berdusta sehinggalah dicatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta”.


10. Sabar
Tanpa sabar naqib tidak dapat mencapai target yang dicita-citanya, kerana kerja membentuk manusia bukan satu perkara yang mudah. Ia memerlukan satu kesabaran yang padu serta himmah yang tinggi untuk melaksanakannya. Mesti sabar atas karenah ahli usrah yang berbagai ragam dan tindakan kesabaran sahaja yang akan boleh menjayakan perlaksanaan usrah
Firman Allah SWT Bermaksud :
“Dan kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah kami ketika mereka sabar”.

As-Sajadah:24.

11. Tawaduk
Sifat ini orang ramai lebih senang untuk menerima dan mendengar nasihat atau percakapan kita. Sifat takabur menyebabkan kita terhijab dari kebenaran dan rahmat Allah untuk sampai ke hati manusia. Sifat tawaduk menyebabkan orang lain akan tertarik dengan apa yang kita sampaikan.
Seorang naqib yang mudah bergaul dan tidak sombong dengan ahli usrah akan menambahkan keakrabannya antara mereka. Seorang naqib hendaklah terlebih dahulu menegur ahli usrahnya bukan sebaliknya, supaya menampakkan sifat tawaduk
Sabda Rasulullah SAW Bermaksud :


“Tidak akan memasuki syurga sesiapa dalam hatinya terdapat sebesar zarrah (sedikit) sifat takbur” Riwayat Muslim

12. Pemurah
Seorang naqib mesti jangan kikir. Sifat kedekut akan menjauhkan ikatan ukhwah. Biasakan untuk menghulur kepada mereka yang berhajat. Sentiasa memberi keutamaan kepada mereka yang memerlukan bantuan. Sifat pemurah ini akan membuahkan natijah yang baik.
Sekiranya anak buah usrah saudara orang yang kikir maka latih dan tunjukkan kepada mereka kebaikan orang yang pemurah melalui amalan yang saudara tunjukkan.
Firman Allah SWT


ومن يوق شح نفسه فأولئك هم المفلحون

Bermaksud “Dan siapa yang dipelihara daripada tabiat bakhilnya mereka itulah orang-orang yang berjaya”
Al-Hasyr, 59:9

Sabda Rasulullah SAW Bermaksud :
“Tidak ada suatu haripun yang dilalui oleh seorang hamba kecuali (hari-hari) didatangi oleh dua Malaikat lalu seorang darinya berdoa: “Ya Allah, berikanlah ganti kepada sihamba yang menafkahkan hartanya”. Manakala Malaikat yang kedua berdoa: Ya Allah, berikanlah kebinasaan kepada si hamba yang bakhil ini”.


13. Suka menolong (ringan tulang)
Saudara menampakkan kepentingan mereka melebihi daripada kepentingan diri saudara. Secara tidak langsung akan menambahkan ikatan kepercayaan di kalangan orang bawahan.
Apabila anak usrah melihat saudara orang yang ringan tulang untuk menolong maka secara tidak langsung akan memberi kepercayaan yang lebih kepada saudara. Peristiwa yang ditunjukkan oleh nabi SAW dalam peperangan Khandak memberi kesan yang mendalam kepada pengikut nabi kerana melihat baginda turut serta menggali parit.


14. Bijak bergaul
Seorang naqib yang baik ia akan bermuayasyah (hidup) dengan ahli usrah. Tidak banyak protokol. Senang di bawa berbincang di kalangan anggota. Jangan ada pilih kasih di kalangan anggota sehingga mereka terasa tersisih daripada kumpulan usrah.
Peranan Dan Tanggungjawab Naqib


1. Mereka perlu menyedari bahawa mereka adalah pemimpin dan pendidik kepada kumpulan usrah. Dengan itu mereka perlu menunjuk suri teladan yang baik kepada ahli usrah.

2. Berkewajipan menyalurkan ilmu dan mendidik anggota usrah dalam bidang agama, fikrah jamaah.

3. Memastikan kandungan usrah disampai mengikut kehendak usrah dan jamaah.

4. Memastikan perjalanan usrah seiring dengan pembinaan jamaah dan organisasi.

5. Memupuk ukwah di kalangan anggota samaada di dalam usrah atau diluar.

6. Menggalakkan mereka supaya melakukan amal ibadah sunat seperti puasa sunat, solat sunat dan sebagainya.

7. Sentiasa menggalakkan ahli usrah mempunyai semangat pengorbanan yang tinggi terhadap Islam dan sanggup melakukakan kerja-kerja amal Islami.

8. Naqib mesti menunjukkan kesungguhan di dalam satu kerja jamaah supaya ia menjadi contoh kepada anak usrahnya seperti menghadiri mesyuarat, program jamaah, program pilihanraya dan sebagainya.

9. Menggalakkan ahli usrah menyediakan tabung usrah supaya dapat melatih ahli untuk menderma walaupun sedikit dan wang ini boleh digunakan sewaktu kecemasan dan membantu meringankan beban di kalangan ahli usrah.

10. Naqib mestilah juga mahir dalam organisasi jamaah supaya ia dapat memnyelesaikan konflik organisasi dengan cepat.

11. Memastikan aliran maklumat yang perlu disampaikan kepada ahli usrah daripada pimpinan tertinggi dapat salur dengan baik.

12. Sentiasa memantau ahli usrah supaya dapat kita melihat potensi diri yang ada pada ahli usrah untuk diletak dan diberi peranan dalam kepimpinan dan amanah dalam jamaah.

13. Menyelesaikan dengan segera permasalahan yang berlaku tanpa bertangguh, kerana masalah yang kecil jika tidak diselesaikan dengan segera akan mendatangkan masalah yang lebih besar.

Kesimpulan

Perjalanan usrah yang mengikut method yang sebenar akan berjaya melahirkan mereka yang unggul dari segi peribadi dan agresif dalam melaksanakan kerja-kerja jamaah.
Perlaksanaan usrah yang berkesan banyak bergantung kepada kehebatan naqib yang mengendalikan usrah, kerana ia adalah tunjang kepada perlaksanaan usrah. Sekiranya perlaksanaannya tidak tepat seperti yang dikehendaki oleh usrah ia tidak akan dapat memberi apa-apa kesan yang baik untuk peribadinya dan juga jamaah.
Kelazatan akan dirasai mereka yang mempraktikkan apa yang diarahkan di dalam usrah.


posted by Us.Hj. Nasrudin Hj. Hassan At Tantawi