04 November 2008

YDP TAIPING RAI BAKAL HAJI




TAIPING: Hampir 30 bakal haji Taiping diraikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan dalam satu majlis yang ringkas . Majlis tersebut diadakan di Pusat Khidmat DUN Kamunting, Taiping


Dalam majlis tersebut, Yang Dipertua turut menyampaikan tazkirah dan beberapa amanat penting, serta mengingatkan bakal-bakal haji supaya menghayati falsafah dan hikmah haji supaya segala manasik haji yang dikerjakan dapat dihayati dengan sepenuhnya.


Selain itu, beliau juga mengharapkan ibadah haji yang dikerjakan dapat membentuk dan merubah pemikiran dan tindakan yang menjurus usaha-usaha dakwah dan perjuangan menegakkan Islam di muka bumi ini.


Bagi meraikan dan juga sebagai cenderahati , semua bakal-bakal haji Taiping turut menerima sedikit sumbangan yang disampaikan oleh Yang Dipertua PAS Taiping tersebut.