06 Februari 2010

EKSPEDISI NIZAR SEMPENA SETAHUN RAMPASAN KUASA







Rombongan Dato Sri Nizar sampai pada jam 4.38 petang di perkarangan stesyen teksi Taiping. Lebih kurang 200 orang penyokong menunggu untuk menyambut ketibaan rombongan ekspedisi ini. Satu majlis penerangan ringkas di berikan oleh Ds.Nizar berkaitan dengan keputusan mahkamah yang akan diumumkan pada 9hb Feb ini.

Selain itu hujan renyai-renyai turun setelah rombongan sampai. Ds. Nizar juga memotong 59 ikatan belon hitam yang digantung dengan banner kecil "Bubar DUN" untuk di lepaskan sebagai simbolik DUN perak perlu di bubarkan.

Ds. Nizar dan rombongan ADUN PR mengambil masa sekitar setengah jam untuk bertemu rakyat Taiping di perkarangan gerai makanan di bawah bangunan yang dulunya Supermaket Larut Matang.

Risalah juga diedarkan bagi menyedarkan rakyat tentang situasi yang sedang berlaku hari ini. 12 kotak limau manderin juga diagih-agihkan sewaktu Ds Nizar melawat gerai-gerai jualan makanan dan berjumpa orang ramai.

Rombongan kemudiannya bertolak ke Bagan Serai pada Jam 5.15 petang,