09 Februari 2010

Bertarung di `mahkamah rakyat' – Nizar


| Print | E-mail
Nazri Abdullah
PUTRAJAYA, 9 Feb: Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin mencabar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir supaya membubarkan Dun Perak dan bertarung di 'mahkamah rakyat'.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap di hadapan ratusan penyokong Pakatan Rakyat (PR) yang masih berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan tengah hari ini.

Bercakap pada sidang media sebelum itu, beliau berkata, keputusan Mahkamah Persekutuan menolak rayuannya berhubung Menteri Besar Perak yang sah tidak dapat menyelesaikan kemelut yang berlaku di negeri itu.

Sehubungan itu, katanya Dun Perak perlu dibubarkan supaya dipilih semula wakil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku itu.

Begitupun, beliau menerima keputusan mahkamah itu.

“Kita terima keputusan mahkamah walaupun ia menyedihkan bagi kita,” ujarnya yang juga Adun Pasir Panjang.

Beliau juga menyeru rakyat supaya bertenang dan jangan ada yang bertindak dan melakukan provokasi.

Baginya, keputusan itu merupakan petanda amat hitam di Malaysia kerana rakyat negeri Perak mahu diberi ruang sebesar-besarnya untuk memilih pemimpin negeri.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang menyifatkan mahkamah belum lagi bebas daripada pengaruh pihak-pihak tertentu.

“Keputusan ini tidak menyelesaikan kemelut negeri Perak. Keputusan ini juga ketepikan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia, ia juga menjadi demokrasi lebih kusut,” katanya.

Tambahnya, Pakatan Rakyat (PR) akan memperhalusi dan meneliti keputusan tersebut.

Para penyokong PR bersurai sekitar jam 12.05 tengah

Kemenangan 5-0

Kemenangan 5-0 itulah yang diberikan oleh hakim kepada Zambry.


ZAMRY MENANG !


Berita Benar : ZAMRY MENANG ! Sorakan geng kuning menguning di perkarangan mahkamah. Dot

Suasana di luar mahkamah !!

Terkini 10.34 am : Kenapa Zambry tidak datang??


Ds. Nizar seperti biasa berada di tempat duduknya sepanjang perbicaraan kes MB Perak termasuklah pada hari ini.

Namun seperti biasa, pada hari ini Zambry tidak datang. Yang datang cuma lebih 10 ADUN BN yang mewakili beliau.

Terkini 10.16 am : Hakim mula baca Penghakiman

Terkini 10.16 am : Hakim mula baca Penghakiman

Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Ariffin Zakaria sedang membaca keputusan pengadilan

Solat hajat di hadapan Mahkamah !!

Sekumpulan orang penyokong Pakatan Rakyat sedang mengerjakan sembahyang hajat berjemaah dihadapan mahkamah dengan diimamkan oleh Ust. Nor Azli Musa.

Nizar sampai di Mahkamah !!

Terkini 9.15 am : Nizar sampai dengan laungan 'Hidup Rakyat dan Bubar Dun'

Laungan 'Hidup Rakyat dan Bubar DUN' mengiringi ketibaan Ds. Nizar sebentar tadi.

Suasana kecoh apabila provokasi cuba dilakukan oleh remaja berbaju kuning dengan laungan 'Daulat Tuanku'.

Setakat ini setelah Ds.Nizar masuk ke dalam keadaan masih terkawal.