16 November 2013

Anuar Musa sokong Hudud di Kelantan ?

Kalau betullah apa yang di tuliskan oleh Anuar Musa kita harap jangan hangat tahi ayam jer...bila pemimpin UMNO bagi amaran dah ubah statement.


Kelantan berhak dan boleh melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II (Hudud) 1993.
Undang-undang itu perlu dilaksana segera kerana sudah 20 tahun diluluskan tanpa perlaksanaan.
Bagi mencapai hasrat itu Kelantan perlu segera mewujudkan dua mahkamah iaitu Mahkamah Syariah Khas tiga hakim dan Mahkamah Rayuan Syariah Khas lima hakim.
Akta Mahkamah Syariah 1965 (Pindaan 1985) juga tidak wajar dijadikan halangan untuk melaksanakan hudud di negeri itu. Dakwaan perlaksanaan hudud bertentangan dengan perlembagaan, Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan memberikan hak yang jelas kepada setiap warganegara mengamalkan agama masing-masing termasuk masyarakat Islam yang mahu mengamalkan hudud.
Malah, sebarang undang-undang yang menyekat kebebasan ini sebenarnya yang patut dipertikai.
“Perkara 11 memberikan kebebasan mengamalkan agama, kenapa kita nak takut, kita nak amalkan agama kita, kita nak laksana, tanggungjawab ini tertanggung kepada kerajaan yang akan ditanya Allah di akhirat nanti kenapa luluskan enakmen tetapi tidak laksana,.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan