Catatan

Tunjukkan catatan dari April 24, 2008

PEMELIHARAAN BABI PADA PANDANGAN ISLAM

Imej
Babi merupakan binatang yang dikira najis disisi Islam. Penentuan najis itu disebut oleh Allah dalam firman-Nya; إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنْزِيرِ Maksudnya; “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah dan daging babi” (Surah Al-Baqarah : 173) Firman Allah ini, menjelaskan kepada kita bahawa babi merupakan makanan yang haram dimakan [1] . Pengharaman ini dikhususkan kepada orang islam, bukan kepada non muslim. Apabila babi sudah menjadi makanan non muslim, wajib bagi pihak kerajaan Islam memberi kebebasan kepada mereka dalam menentukan makanan mereka sendiri walaupun makanan tersebut haram dimakan oleh orang islam [2] . Menghalang kebebasan Non Muslim dalam menentukan makanan yang dihalalkan oleh agama mereka merupakan tindakan yang zalim dari sudut syariah islamiyyah. Hal ini diakui oleh seorang ulama bermazhab Hanafi bernama Al-Kasani dengan katanya; فِي الْقُرَى أَوْ فِي مَوْضِعٍ لَيْسَ مِنْ أَمْصَارِ الْمُسْلِمِينَ فَلَا يُم