Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 15, 2008

MB Ir Nizar : JKKKP tidak boleh saman Kerajaan Negeri Perak

MB Ir Nizar: JKKKP tidak boleh saman Kerajaan Negeri Perak Selepas memenangi pilihanraya Mac lalu, Kerajaan Negeri Perak telah melantik Ketua-ketua Kampung dan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung (JKKK) yang baru sebagai wakil sah di kampung-kampung. Mereka berperanan dalam pengurusan tadbir pembangunan dan hal ehwal keselamatan di setiap kampung. Namun Kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional cuba memainkan peranan dalam hal ehwal pengurusan tadbir pembangunan di Negeri-negeri Pakatan Rakyat. Di Negeri Perak umpamanya pada peringkat Negeri, Barisan Nasional mengujudkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) dan diperingkat kampung diujudkan Jawatankuasa Kemajuan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP). Tindakan JKKKP yang cuba menguasai kepentingan umum bagaikan pertindihan kerja dan jika tidak dibendung dikuatiri akan berlaku sikap berpuak dalam masyarakat. JKKKP adalah pertubuhan yang tidak termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak bagaimana mahu mencabar Kerajaan

SEKOLAH PONDOK ALA CHALET AKAN DIBANGUNKAN DI JURU

Mohd Sabri Said Mon | Dec 15, 08 | 1:13:16 pm MYT BUKIT MERTAJAM, 15 Dis (Hrkh) - Kampung Sekolah, Juru di Seberang Perai Tengah (SPT) bakal dibangunkan sebuah institusi pondok tradisonal bercirikan chalet di kawasan berbukit mulai tahun depan oleh sebuah pertubuhan yang dikenali dengan Pertubuhan Pondok Turath Islam Pulau Pinang. Menurut Pengerusi pertubuhan tersebut, Ustaz Ahmad Tajudin Abu Bakar, tujuan utama penubuhan pondok berkenaan ialah mahu memastikan institusi pondok lama tidak hilang ditelan zaman. "Pemilihan Kampung Sekolah, Juru sebagai sebuah pusat pengajian pondok tradisional berkonsep chalet kerana tanah seluas dua ekar telah diwakafkan oleh aktivis masyarakat, Haji Abdul Razak Saad yang turut mahukan institusi ini tumbuh subur selari dengan kebangkitan Islam sekarang," ujarnya pada Harakahdaily baru-baru ini. Kata beliau lagi, walaupun terdapat ketinggian namun tidak merbaha