Catatan

Tunjukkan catatan dari November 25, 2008

DR HASSAN " PANAS " , GUGUR 2 PEMIMPIN

Imej
Jimadie Shah Othman | Nov 24, 08 4:49pm kemaskini 7:25pm Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hassan Mohd Ali didakwa menggugurkan dua pemimpin kanan parti itu kerana "kepanasan" dengan kritikan yang diterimanya berhubung isu agama dan kaum dalam pentadbiran negeri. Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad dilucutkan jawatan sebagai timbalah pesuruhjaya II PAS negeri itu digantikan ahli parlimen Hulu Langat Dr Che Rosli Che Mat, Jumaat lepas. Sementara ketua penerangan diserahkan kepada setiausaha akhbar presiden PAS, Roslan Shahir Mohd Sharir bagi menggantikan wakil rakyat Hulu Kelang, Saari Sungib. Keputusan mendadak itu diputuskan dalam mesyuarat Dewan Harian parti itu yang diumumkan dan diluluskan dalam mesyuarat badan perhubungan PAS negeri itu pada hari yang sama. Sumber-sumber dalaman PAS Selangor memberitahu Malaysiakini , pengguguran itu dicadangkan sendiri oleh Dr Hassan menggunakan kuasanya se