Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 15, 2008

MB Perak terharu sambutan Muktamar PAS

IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jalaludin melahirkan rasa terharu dengan kedatangan terlalu ramai perwakilan, pemerhati dan dari luar negara di majlis perasmian muktamar PAS. "Saya berharap muktamar ini bukan yang terakhir di Perak dan ia akan diadakan pada lain kali," ujar beliau. Dengan adanya muktamar PAS di Perak kali ini, ianya boleh merapatkan lagi hubungan jentera dan ahli-ahli PAS Perak dengan perwakilan dari negeri-negeri lain. "Dengan adanya muktamar yang julng-julung kali di adakan di negeri Perak, orang ramai dapat mengenali PAS dengan lebih dekat dan ini boleh meniup semangat kepada jentera parti PAS Perak" kata beliau. Menyentuh kepada hubungan PAS Perak dengan Pakatan Rakyat di Perak, beliau memberitahu bahawa hubungan mereka adalah rapat sekali dan tidak timbul sebarang masalah dalam urusan pentadbiran negeri. "Saya berharap orang ramai di Perak tidak termakan dengan laporan dalam beberapa akhbar yang mengat

MB Perak hormati keputusan Istana

IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar, Dato' Seri Ir Nizar Mohd Jamaludin berkata beliau menghormati keputusan yang dibuat pihak Istana Perak berhubung pembatalan kebenaran bagi dua pemimpin utama PAS menyampaikan khutbah Jumaat pada hari ini di bandaraya Ipoh. "Meskipun pada peringkat awal pihak Tuanku Sultan memperkenankannya, dan kini ianya telah berubah saya menghormati pandangan tuanku tersebut," Bercakap kepada pemberita selepas perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke-54, Nizar menegaskan beliau menerima keputusan daripda pihak istana dengan terbuka. Diminta mengulas mengenai cadangan penubuhan Majlis Menteri Besar negeri-negeri Pakatan Rakyat oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan Dasarnya, Bekas Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak itu menyambut baik saranan tersebut. "Bagi saya, ianya sangat perlu dan perkara ini perlu dibincangkan dengan lebih terperinci lagi," ujarnya. Penganjuran Muktamar Tahunan PAS Pusat buat pert

muktamar pas realisasi prinsip politik islam - Nik Aziz

Muktamar PAS realisasi prinsip politik Islam - Nik Aziz Lanjusoh | Foto Nasir Sudin Fri | Aug 15, 08 | 9:31:13 am MYT IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Lagu PAS buat pertama kali dalam sejarah bergema di Stadium Indera Mulia,Ipoh yang mana sebelum ini hanya riuh rendah dengan acara sukan. Sejak malam semalam stadium tersebut sudah bertukar fungsi buat seketika, bagi memberi ruang kepada perwakilan memikirkan jalan terbaik bagi memartabatkan gerakan Islam di negara ini. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS bermuktamar untuk merealisasikan satu prinsip politik Islam yang penting iaitu syura. Katanya, prinsip syura menyedarkan kita kepada hakikat bahawa seluruh perjalanan makhluk ciptaan Allah adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetap-Nya. "Sekiranya peraturan ini diikuti dengan baik dan penuh rela hati maka kehidupan manusia akan menjadi aman dan sejahtera. "Keyakinan kepada prinsip asas ini menyebabkan PAS memasuki gelanggang pilihan raya denga

MUKTAMAR UNTUK PERBINCANGAN PELBAGAI PERKARA AHLI PAS

IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato Kamarudin Jaffar berkata perhimpunan ahli PAS dalam Muktamar Tahunan PAS ke 54 di Stadium Indra Mulia hari ini, adalah bagi bertukar-tukar fikiran dan pandangan dalam kerangka yang lebih besar. Katanya, kedatangan para hadirin dari seluruh peringkat untuk membincangkan pelbagai perkara bagi perkukuhkan parti PAS dan seterusnya menjamin kelangsungannya dalam politik tanah air. Dalam ucapan aluannya pada Muktamar Tahunan ke 54 di hadapan lebih 5,000 orang berkata, PAS bermuktamar dalam suasana pilihan raya umum ke 12 yang lalu. Dalam pada itu katanya, Majlis Syura mempunyai batas-batas akhlaknya yang tersendiri yang perlu akui. "Ini juga bermakna perbahasan, saranan, pandangan dalam muktamar nanti diasaskan rasa tanggungjawab dan keikhlasan yang tinggi lagi mencari keredaaan Allah." Katanya, dalam usaha gigih PAS bagi merealisasikan nilai-nilai Islam dalam kehidupan masyarakat di negara ini. Katanya, gagasan ini adalah sejajar d

LEBIH 5,000 PENUHI STADIUM INDERA MULIA DENGAR UCAPAN

IPOH, 15 Ogos,(Hrkh)- Muktamar PAS kali ke-54 yang memasuki hari ketiga memperlihatkan seramai 5,000 hadirin berbondong-bondong datang dari seluruh pelusuk negara. Tetamu-tetamu yang mewakili rakan-rakan Pakatan Rakyat seperti Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah bersama penasihat parti itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim selain Pengerusi DAP, Dato' Ngeh Khoo Ham turut kelihatan. Ketibaan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 8.35 pagi ini diiring kira-kira 20 buah motor berkuasa tinggi bagi menghadiri majlis perasmian muktamar yang diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh di sini. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat yang juga diiring dengan 20 buah motor berkuasa tinggi pula tiba kira-kira 10 minit kemudian. Sementara itu, di luar perkarangan stadium sebelum majlis perasmian bermula, upacara tabik hormat Unit Amal yang diketuai oleh Khairul Aini berlangsung. Lintas hormat Unit Amal yang bermula pada jam 8.50 pagi itu dimulakan dengan lagu