Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 25, 2009

UMNO / BN MULA BERTINDAK KOTOR DI BUKIT GANTANG

Ekmal Yusof Wed Mar 25, 09 12:33:58 pm MYT BUKIT GANTANG, 25 Mac (Hrkh) - Pengarah Jentera Operasi PAS Parlimen Bukit Gantang, Haji Asmuni Awi melahirkan rasa kesalnya di atas provokasi kotor oleh Umno/Barisan Nasional terhadap PAS/Pakatan Rakyat di sini menjelangnya pilihan raya kecil pada 7 April ini. "Walaupun kempen sepatutnya berlaku selepas hari penamaan calon 29 Mac ini, tapi Umno/BN telah bertindak liar menggunakan jentera perang saraf jahat dengan mengedarkan gambar-gambar dan risalah serta menggunakan pihak polis bagi menentang lawan cara di luar batas kemanusiaan," tegas Asmuni dalam sidang media di Markaz Tarbiyah PAS Air Kuning dekat sini petang semalam. Dakwanya, beliau terkejut apabila mendapati Umno/BN mengedarkan gambar-gambar "menghina Sultan dan PAS/Pakatan Rakyat", memburukkan parti lawan cara peribadi pada hal perbuatan sebegitu adalah dilarang kerana ia di luar tatasusila kemanusiaan. "Apa ini. Perkataan anjing pun ada dilebelkan pada se

NUJ Utusan mohon permit berpiket di sidang UMNO..!

Ali Bukhari Amir Mar 25, 09 10:52am kemaskini 11.53pm Polis sedang memproses permit piket yang dimohon Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) Utusan Melayu (M) Bhd untuk berbuat demikian di penghujung perhimpunan parti itu, Sabtu ini.Keputusan polis akan dimaklumkan kepada kesatuan petang ini, kata pengerusi kesatuan Amran Ahmad kepada Malaysiakini.Ditanya tindakan selanjutnya jika gagal mendapat permit berpiket, tambahnya, NUJ Utusan akan memikirkan cara-cara lain untuk mengatasi kebuntuan rundingan perjanjian bersama (CA) dengan majikannya.Permohonan permit itu dibuat di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi jam 11 pagi semalam selepas mendapat sokongan majoriti barisan exco kesatuan tersebut.NUJ Utusan meneruskan hasratnya berpiket setelah gagal mendapat maklum balas barisan pemimpin tertinggi Umno dan menyifatkan tindakan tersebut "medan komunikasi berkesan untuk menyuarakan masalah kami."Amran berkata kira-kira 20 pucuk surat dikirim sejak awal tahun ini kepada menteri-menter

ANAK PERAK DI PERANTAUAN JANJI PULANG SOKONG CALON PAS

Imej
Dilulus terbit pada Tuesday, March 24 @ 19:15:23 MYT oleh  TokPenghulu Oleh  addin_77 " Lebih 2,000 anak-anak Perak di perantauan menyertai para pemimpin utama PAS hari ini dan berjanji akan memastikan calon PAS di Bukit Gantang menang dalam pilihan raya kecil itu nanti. Mereka berkumpul di majlis taklimat khas dan dialog serta pelancaran Tabung Anak Perak Di Perantauan sempena Pilihan raya kecil Bukit Gantang di Markas PAS , Taman Melewar. Di dalam majlis itu, Nik Aziz menyeru anak Perak supaya turun beramai-ramai untuk mengundi serta memberi sokongan kepada calon PAS dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang nanti. Menurut beliau, Umno kini sedang bersungguh-sungguh untuk menawan Parlimen Bukit Gantang dan akan berusaha walau apa cara pun. Dalam ucapannya juga, Nik Aziz menjelaskan bahawa rasuah kini adalah merupakan bala kepada parti Umno. Melihat kepada situasi politik yang melanda, beliau menambah bahawa kini Umno kian terhimpit dan menjadikan pengamal rasuah sebagai pemimpin me