Catatan

Tunjukkan catatan dari September 24, 2010

Nizar kata Mahathir perkauman, Izzah cabar berdebat

Imej
Harakahdaily    KUALA LUMPUR, 24 Sept: Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muihamad Nizar Jamaludin mendakwa Tun Dr Mahathir dikuasai otak perkauman manakala Nuzul Izzah Anwar pula mencabarnya berdebat ekoran dakwaan beliau Melayu akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat memerintah. "Oleh itu, dengan matlamat untuk bertukar pendapat, demi mewujudkan 'Malaysia Yang Lebih Baik Untuk Semua Rakyat', saya dengan rendah hati membuat tawaran untuk berdebat dengan Tun Dr Mahathir supaya 'kebimbangan' Melayu - yang pastinya tidak melibatkan keseluruhan masyarakat - yang disebut itu dapat dijelaskan, sama ada kerana Takut Melayu Hilang Kuasa atau Hilang Harta?" kata Nurul Izzah dalam satu kenyataannya. Bagi bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin ( gambar ), kenyataan Mahathir itu satu kenyataan bersifat perkauman. Beliau memberi jaminan, yang akan hilang kuasa jika Pakatan Rakyat menang adalah Umno

First Ladies: Rosmah `Tidak Sopan’ Pada Permaisuri Agong

Dari Harakah Tindakan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan sidang kemuncak First Ladies pada 11 hingga 13 Oktober ini disifatkan sebagai ‘tidak sopan’ dan membelakangkan kedudukan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Ahli Jawatankuasa Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, Rosmah masih tidak mahu mengambil iktibar daripada teguran yang diterima selepas iklan berwarna dua halaman penuh memaparkan Rosmah disiarkan di New York Times pada April lalu. Ia adalah iklan ucapan tahniah kepada ‘Rosmah Mansor, Wanita Pertama Malaysia’ kerana menerima anugerah Keamanan dan Harmoni Antarabangsa 2010. “Tindakan Rosmah ini satu tindakan yang sangat tidak bersopan. Setelah mendapat kritikan daripada banyak pihak selepas iklan itu, kita ingatkan dia belajar daripada kesilapan dan tahu meletakkan diri dia di mana,” kata Athirah ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini. Athirah yang merupakan Pengerusi Lajnah Penerangan dan Dakwah Dewan Muslimat PA