Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 23, 2010

Khalil : Zambry dalam ketakutan

Imej
ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim didampingi oleh DS. Nizar dan ADUN PR yang lain semasa memberi kenyataan medianya. IPOH : Penolakan Zanbry untuk melantik ADUN Pakatan Rakyat sebagai ahli mesyuarat dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah(JKTD) membuktikan beliau berada dalam ketakutan dan tidak sanggup berdepan dengan ADUN Pakatan Rakyat setiap kali mesyuarat sekiranya dijemput, demikian pkenyataan ringkas ADUN Titi Serong,Drs. Khalil Idham Lim dalam sidang media isu yang berkaitan di Pejabat Pakatan Rakyat Perak di sini pagi ini. Beliau juga menjelaskan bahawa selayaknya ADUN Pakatan Rakyat dilantik dalam JKT kerana merekalah yang mewakili rakyat dan kami masih menerima aduan rakyat. "Sebenarnya wakil Zambry dalan JKTD yang ada sekarang adalah tidak layak kerana dia tidak mewakili rakyat" katanya. Menyentuh Isu sambutan Tahun Baru Cina, Drs. Khalil kesal dengan pembaziran yang dilakukan oleh Zambry dan mempertikaikan kewajaran sambutan diadakan sebanyak dua kali .