Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 30, 2008

ADAKAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK AKAN TUMBANG ESOK 31OGOS !!

PETALING JAYA: Tinggal kurang 24 jam sasaran tarikh 31 Ogos yang diletakkan oleh Barisan Nasional (BN) Perak untuk mengambil alih kerajaan negeri Perak! Adakah ia akan menjadi kenyataan esok? "Saya menunggu tarikh itu (31 Ogos). Ia Merdeka bagi kita semua," kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Ipoh hari ini. "Pada 31 Ogos, Pakatan Rakyat akan tetap mempunyai 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kami akan menyambut hari kemerdekaan yang sebenar," tambah beliau. Menteri Besar itu menekankan, esok sebenarnya merupakan hari kemerdekaan yang sebenar bagi rakyat negeri Perak. Pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, pembangkang yang terdiri daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya membentuk kerajaan baru - kerajaan campuran - selepas menang 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN hanya mampu menguasai 28 kerusi. Pembangkang turut menang di 11 kerusi Parlimen manakala BN memperoleh 13 kerusi. Awal bulan ini, bekas Menteri

ADAB BERBUKA PUASA - MENURUT SUNAH RASULULLAH S.A.W.

ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa. Sedangkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan: “Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan: “Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kepalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian saha

KELEBIHAN RAMADHAN

Oleh arrayan " Di dalam satu hadis menyebut :شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api nerakaInilah kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan. Secara ringkasnya bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu : Fasa Pertama : 10 hari yang awal merupakan fasa rahmat Fasa Kedua : 10 hari berikutnya merupakan fasa keampunan Fasa Ketiga : 10 hari terakhir merupakan fasa keselamatan daripada api neraka Oleh itu, marilah kita merebut peluang ini dengan mengandakan amalan soleh pada siang dan malam bulan Ramadhan semoga kita semua akan mendapat segala kebaikan yang tidak terhingga 13 pesanan Rasulullah sebelum Ramadhan Imam Ibnu Khuzaimah dalam kitab At Targhib Juz II/217-218 meriwayatkan suatu hadits bahwa Rasulullah saw. pada hari terakhir bulan Sya’ban berkhutbah di hadapan kaum muslimin, sebagai berikut: “Wahai manusia, ses