Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 3, 2010

Reformis seru pengundi demo bantah AP lompat

| Print | E-mail Harakahdaily KUALA LUMPUR, 3 Mac: Kumpulan aktivis Reformasi menyeru pengundi mengadakan bantahan, termasuk demonstrasi aman di kawasan Parlimen masing-masing terhadap ahli-ahli Parlimen melompat parti di samping melahirkan keyakinan penuh mereka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim. Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini, mereka juga mengecam budaya politik wang yang diamalkan oleh Barisan Nasional dan ejen-ejen mereka kerana amalan itu adalah virus perosak bangsa dan negara Malaysia. Kumpulan Reformis adalah penyokong tegar Anwar yang menggerakkan perjuangan reformasi selepas Anwar dipecat dari menjadi Timbalan Perdana Menteri. Mereka sudah lama senyap tetapi kini mula bersuara kembali melalui kenyataan ini. Kumpulan tersebut yang mendakwa diberi mandat untuk mewakili lebih 2,000 aktivis reformasi seluruh negara dengan tegas menyatakan sokongan penuh kepada kepimpinan Datuk Seri Anwa