ISA YANG MENANG !! BUKANNYA UMNO...
    'Kemenangan Isa, bukan  Umno'          Jimadie Shah Othman      kemaskini  6.12pm Kemenangan BN dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang semalam  sebagai kemenangan calonnya Tan Sri Isa Samad, dan bukannya kemenangan Umno,  kata penganalisis politik. "Kemenangan semalam lebih kepada faktor  personaliti. Walaupun Bagan Pinang merupakan kubu kuat Umno, tetapi masyarakat  melihat Isa melebihi parti. "Walaupun terdapat salah laku, masyarakat  melihat sumbangannya yang besar," kata Dr Sivamurugan Pandian. Pensyarah  kanan Universiti Sains Malaysia (USM) itu diminta mengulas kemenangan besar Isa  yang berjaya mengalahkan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar dengan majoriti lebih  5,000 undi.    Dihubungi Malaysiakini petang ini,  Dr Sivamurugan berkata, kemenangan Isa itu menjadi permulaan bagi Umno untuk  mengembalikan semula kewibawaan Umno yang merosot teruk pada pilihan raya umum  lalu. Tambahnya, kemenangan Umno juga hasil kejayaannya mengelakkan  sabotaj pemimpin set...