Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 19, 2009

Ribuan Banjiri Perhimpunan tuntut keadilan untuk Teoh

Ribuan banjiri perhimpunan tuntut keadilan untuk Teoh Abdul Rahim Sabri Jul 19, 09 6:44pm dikemaskini 11pm Lebih 3,000 orang membanjiri Stadium Kelana Jaya menuntut keadilan bagi Teoh Beng Hock yang ditemui mati Khamis lalu, selepas disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN di Selangor. Pemimpin utama Pakatan Rakyat, termasuk pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, ahli jawatankuasa PAS pusat, Datuk Husam Musa, berucap kepada hadirin. Poster dan kain rentang dipasang di sekitar kawasan stadium tersebut, yang memaparkan gambar Teoh, dengan tulisan ‘Keadilan untuk Beng Hock"Dalam ucapannya, Kit Siang mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan untuk menyiasat kematian Teoh - setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hean Wah. Beliau juga mahu kabinet membuat keputusan segera mengenainya.Lim t