Catatan

Tunjukkan catatan dari November 16, 2008

KETUA KAMPUNG, JKKK DIBERI KURSUS ICT

Mohd Syamil Azhar Sun Nov 16, 08 12:34:58 pm MYT GERIK, 16 Nov (Hrkh) - Sebahagian daripada 120 ketua kampung dan setiausaha Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) daerah Hulu Perak mula menerima kursus singkat mengenali komputer dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) semalam. Kursus selama dua hari (Sabtu dan Ahad) itu diadakan di Kolej Komunikasi Gerik dekat sini yang dibimbing tiga tenaga pengajar kolej berkenaan. Untuk peringkat pertama, seramai 28 peserta dari 14 buah kampung dalam Mukim Lenggong dan Mukim Temelong, Lenggong berjaya mengikuti kursus. Semua peserta terbabit yang diambil dan dihantar dengan bas kolej itu sendiri kelihatan begitu bersemangat mengikutinya dan difahamkan mudah menerima pelajaran. Bagi hari pertama mereka diperkenalkan dengan komputer sebelum memahirkan diri dengan Microsoft Word, cara-cara membuka laman web dan bagaimana membuka akaun emel masing-masing. Apa yang menariknya, kesemua peserta telah meminta dibuka laman web Harakahdai