Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 9, 2010

Ketakutan Barat Kepada Islam

Imej
Wanita pakai burqa mungkin dikenakan denda RM3,500 PARIS: Wanita Muslim yang menutup sepenuhnya anggota badan berkemungkinan didenda 750 euro (RM3,500) berdasarkan satu draf rang undang-undang yang dibentangkan pemimpin majoriti Parlimen negara itu, Jean-Francois Cope, di sini semalam. Cope yang memimpin parti pemerintah UMP memberitahu majalah mingguan Le Figaro bahawa wanita yang memaksa isteri mereka memakai burqa atau niqab boleh dikenakan denda lebih berat. “Undang-undang itu adalah mengenai isu keselamatan. Langkah dicadangkan melarang seseorang menutup muka di tempat awam dan di tepi jalan kecuali ketika majlis kebudayaan atau pesta khas,” kata Cope kepada majalah itu. Draf undang-undang itu akan dibentangkan dua minggu lagi dan akan dibahaskan di Parlimen selepas pilihan raya wilayah selepas Mac depan, katanya lagi. Cope yang ketika ini berkempen untuk menggantikan Nicolas Sarkozy sebagai calon berhaluan kanan untuk jawatan presiden pada 2017, berkata burqa mesti diharamka

Banyakkan menerang bukan menyerang - Abdul Hadi

Imej
Nazri Abdullah SHAH ALAM, 9 Jan: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang hari ini mengingatkan seluruh kepimpinan parti di seluruh peringkat agar terus memberi penerangan kepada masyarakat khususnya berkaitan isu-isu semasa yang melanda negara. Berucap sewaktu merasmikan program Taklimat Penerangan Isu-isu Semasa di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pagi ini beliau memberitahu tugas menyedarkan masyarakat bukan sahaja diberi ganjaran pahala yang besar malah ianya juga prasyarat mencapai kemenangan. "Kewajipan kita lebih banyak menerang, bukan menyerang, sebab itu kita namakan lajnah penerangan, bukan penyerangan," ujarnya. Apatah lagi katanya, perkembangan teknologi sekarang khususnya kemunculan blog yang kadang kala melaporkan maklumat yang tidak benar boleh memberi kesan buruk jika tidak pandai ditangani. Namun apa yang penting ujarnya, adalah iltizam dan istiqamah pimpinan parti memberi kete

URA-URA COLA NAK KENA POTONG !

SHAH ALAM – Ura-ura kerajaan mahu menghapuskan elaun kos sara hidup (Cola) bagi menjimatkan perbelanjaan negara, dilihat memberikan impak besar kepada kakitangan awam. Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Omar Osman berkata, pelaksanaanya kelak akan menjejaskan sara hidup sektor awam yang kini dihimpit dengan ekonomi yang tidak menentu. Katanya, beliau bimbang kemungkinan tindakan itu menjejaskan prestasi kerja kakitangan awam. “Penghapusan elaun Cola merupakan tindakan paling tidak wajar untuk dilaksanakan jika benar apa yang diperkatakan. “Langkah ini perlu dipertimbangkan dengan mendalam. Sejajar dengan perkembangan ekonomi semasa yang tidak mengizinkan, akan menambahkan lagi beban ke atas hidup kakitangan awam,” katanya kepada Sinar Harian, semalam. Beliau berkata demikian mengulas desas desus di internet melaporkan penghapusan elaun Cola akan dilaksanakan pada 2010, sebagai langkah menjimatkan perbelanjaan negara. Omar berkata, sewaktu ek