Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 17, 2009

"Makkal Sakhti" semarakkan pelancaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong PAS

Imej
'Makkal Sakhti' semarakkan pelancaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong PAS Ditulis oleh Buletin Online    Isnin, 16 Mac 2009 02:55 BUKIT GANTANG, 16 Mac -  “Hidup Hidup, Hidup Rakyat, Makkal Makkal, Makkal Sakhti, Hancur Hancur, Hancur UMNO, Reformasi !,”laung Dato’ Seri Nizar Jamaludin, Menteri Besar Pakatan Rakyat membuka ucapannya, selepas menyebut nama Allah dihadapan lebih 800 orang hadirin.  (Gambar - Nizar melepaskan burung sebagai simbolik kebebasan semasa merasmikan pelanjaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong PAS). Kemudian beliau membaca ayat, “janganlah sekali-kali kamu cenderung kepada kezaliman kelak kamu disentuh oleh api neraka” Bagi kaum India dan Cina yang hadir dalam Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya Kelab Penyokong PAS, Nizar adalah Menteri Besar negeri Perak Darul Ridzuan. Beliau yang datang dengan kereta rasmi Menteri Besar, Toyota Camry hitam bernombor pendaftaran AGS 10 disambut sebagai ‘hero’ yang memperjuangkan hidup rakyat Perak. “Saudara-sau

Perang Poster di Bukit Gantang Hangat

Ekmal Yusof  Tue | Mar 17, 09 | 2:23:21 pm MYT TAIPING, 17 Mac (Hrkh)  - Perang poster sedang hangat berlangsung di antara PAS dan Umno-BN sempena menjelangnya hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil Parlimen P-59 Bukit Gantang pada 29, Mac ini. Iklan         Pakatan Rakyat yang meletakkan wakil PAS sebagai calon menentang Barisan Nasional awal-awal lagi telah memulakan perang poster untuk menampakkan siapa hebat dan kuat di sepanjang Jalan Taiping-Kuala Kangsar sekitar pekan Bukit Gantang, Changkat Ibol serta Changkat Jering dekat sini. Umno-BN telah menamakan calon mereka di Parlimen Bukit Gantang iaitu anak tempatan Ismail Saffian manakala calon dari PAS difahamkan akan diumumkan pada 28, Mac ini. Kerusi Parlimen Bukit Gantang kosong setelah penyandangnya, Allahyarham Roslan Shahrum dari PAS meninggal dunia akibat serangan jantung Februari lalu. Dalam Pilihan Raya Umum ke-12 lalu, Roslan berjaya dapat undi sebanyak 20,015 mengalahkan calon BN Abdul Azim Mohd Zabidi 18,449 undi. Dalam

70% kata Gobind patutnya dirujuk ke Jawwatankuasa Hak & Keistimewaan Parlimen

Imej
70% KATA GOBIND PATUTNYA DI RUJUK KE JWTNKUASA HAK & KEISTIMEWAAN PARLIMEN U ndian SMS Edisi 7 malam ini memaparkan 70% berpendapat kes Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) sepatutnya dirujukkan ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan Parlimen. Tindakan untuk menggantung keanggotaan Gobind selama setahun oleh Dewan Rakyat dilihat sebagai sesuatu yang melampau. Dewan Rakyat hari ini telah mengantung Ahli Parlimen Puchong dari DAP, Gobind daripada menghadiri sidang Parlimen selama setahun bermula hari ini. Ini berikutan kenyataan beliau yang mendakwa Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak terbabit dalam kes pembunuhan wanita monggolia, Altantuya Shaariibuu dan juga menghina Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat. Usul bagi menggantung Gobind telah dibentangkan di Dewan Rakyat oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz. Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim bersama-sama anggota Parlimen Pakatan Rakyat lain yang kelihatan marah dengan tindakan Parlimen itu berkata tuduhan jenayah tidak