Catatan

Tunjukkan catatan dari September 3, 2009

TAQWA JADI DIRI SEORANG PEJUANG

Wahai orang – orang yang beriman , diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana ianya diwajibkan ke atas orang – orang sebelum kamu , semoga kamu bertaqwa ( kepada Allah swt. ) ( Surah Al Baqarah : Ayat 183 ) Saudara Muslimin dan Muslimat yang dihormati sekelian. Ayat ini menjadi tema yang perlu difahami dan dihayati tatkala memasuki gerbang University of Ramadhan. Ianya merupakan satu penegasan Ilahi , bukan sahaja terhadap hukum berpuasa di bulan Ramadhan tetapi juga merupakan satu penegasan terhadap ‘kesan langsung’ dari ibadah puasa yang dilaksanakan. Ayat ini tidak sahaja menjadi dalil wajibnya ibadah puasa dengan perkataan كُتِبَ yang bermaksud فُرِضَ , tetapi turut melampirkan objektif utama yang semestinya dicapai setelah melalui proses ibadah puasa . Objektif tersebut ialah at - Taqwa dengan kalimahلعلكم تتقون . Professor Doktor Wahbah Az Zuhaili ketika menafsirkan ayat di atas menyebut bahawa Ibadah puasa melahirkan ketaqwaan kepada Allah swt. melalui beberapa faktor : [1] Pu