Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 25, 2009

Serahkan kepada rakyat

Imej
Wednesday, February 25, 2009 (*) Bloggers@HOT - Serahkan kepada rakyat ! Hanya satu sahaja yang dapat menyelesaikan kemelut politik yang semakin meruncing di Perak sekar ang, bubarkan DUN Perak supaya pilihan raya negeri dapat diadakan. Hanya rakyat yang dapat menyelesaikan krisis politik yang makin meruncing sekarang. Demikian dinyatakan oleh pakar perlembagaan negara, Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas penggantungan Dato Dr Zambry Kadir yang dilantik oleh Sultan Perak mengetuai kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional 6 Februari lalu. Bagaimanapun beliau bersama 7 orang anggota EXCO yang dilantik kemudian digantung oleh Speaker DUN Perak V.Sivakumar 18 Februari lalu kerana…… Tindakan speaker itu telah dikutuk oleh para pemimpin UMNO termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beberapa laporan polis turut dibuat. Mengulas perkembangan itu Aziz berkata meskipun tindakan Speaker DUN Perak itu kelihatan melampau ia adalah di dalam bidang kuasa bel

11.30 pagi : ADUN Malim Nawar buat laporan ke SPRM untuk buat laporan

Imej
25 Februari 2009 IPOH: ADUN Malim Nawar, Yb. Khesvinder Singh sampai ke perkarangan pejabat suruhanjaya pencegahan rasuah Malaysia (SPRM) sebentar tadi untuk membuat laporan rasuah terhadap pimpinan BN. Laporan beliau pada hari ini adalah dipercayai sama dengan apa yang dilakukan oleh ADUN Kuala Kurau setelah aduan pertama telah dilaporkan kepada SPRM oleh Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perak, Khalil Idham Lim. Tindakan membeli ADUN Pakatan rakyat secara kotor dan jijik itu telah menumbangkan Kerajaan Negeri Perak Pakatan yang yang telah diamanahkan pada 8 Mac 2008 yang lepas. Mereka berdua semasa berita ini ditulis masih berada di pejabat SPRM untuk memberi keterangan masing-masing kepada pegawai yang bertugas secara berasingan. Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 12:42:00

TERKINI : ADUN Kuala Kurau memberi keterangan kepada SPRM

Imej
25 Februari 2009 TERKINI JAM 11.15 pagi IPOH:-Satu laporan rasuah sedang dilakukan oleh ADUN Kuala Kurau,YB.Yunus Jamahri kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) atas usaha pimpinan BN merasuah beliau dengan wang dan jawatan. Hadir bersama beliau ialah ADUN Pakatan Rakyat, YB. Drs.Khalil Idham Lim(Titi Serong), YB.Chan Ming Kai(Simpang Pulai), YB.Chang Lih Kang (Teja), YB.Leong Mee Meng (Jalong), YB Sum Cheok Leng (Bercham), YB. Sivasubramaniam(Buntong) dan YB. Ramli Tusin (Gunung Semanggol). Dalam sidang akhbar sebentar tadi, ADUN Kuala Kurau mendedahkan usaha membeli beliau supaya melompat kepada BN bermula sejak minggu PR menang di Perak sehinggalah sebelum BN merampas kuasa di Perak. Beliau juga mendedahkan tawaran yang diberikan antaranya dengan sogokan wang dari RM3juta hingga RM8 juta. Disamping dengan tawaran kompatmen balak dan jawatan Exco Perak. Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM di 11:37:00

Nizar lawan Zambry : Hakim tarik diri - Malaysiakini

Feb 25, 09 11:12am Pesuruhjaya Kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Mohamad Ariff Md Yusof hari ini memutuskan untuk menarik diri daripada mendengar kes berhubung jawatan menteri besar Perak. Mohamad Ariff - bekas rakan kanan dalam firma guaman Cheang and Ariff dan bekas ahli PAS - memutuskan demikian ekoran bantahan daripada Jabatan Peguam Negara. Penasihat Undang-undang Perak, Ahmad Kamal Mohd Shahid, yang berkata beliau mewakili Datuk Zambry Abdul Kadir, juga turut mengemukakan bantahan pelanggannya terhadap Mohamad Ariff mendengar kes tersebut. Menteri Pesar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai peguam kanan, Sulaiman Abdullah. Pejabat Peguam Negara diwakili oleh Kamaluddin Md Said dan Suzana Atan. Dalam reaksinya, Nizar berkata, beliau menghormati keputusan pesuruhjaya kehakiman tersebut. Beliau juga juga yakin akan menang dalam kes tersebut.

TERKINI ! Hakim Mohd Arif tarik diri

Kuala Lumpur, 25 Feb;-Hakim Mohd.Arif mengumumkan dia menarik diri dari menjadi hakim yang mendengar kes saman YAB Menteri Besar Perak, DS Nizar Jamaluddin ke atas Dr.Zamry Abdul Kadir. Hakim juga menyatakan kepada YAB DS Nizar samaada hendak meneruskan di Mahkamah Tinggi atau pindahkan kes ke Mahkamah Persekutuan. Menurut salah seorang panel peguam, mereka akan bincangkan hal ini dengan respondennya.

Kes Nizar di dengar di Mahkamah hari ini

Imej
P esuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Mohamad Ariff Md Yusof akan memutuskan hari ini sama ada beliau patut menarik diri daripada mendengar saman yang difailkan oleh bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap penggantinya Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, demikian lapor Bernama. Mohamad Ariff berkata beliau akan memberi pertimbangan serius mengenai isu itu dan mengkaji hujahan peguam Sulaiman Abdullah selama sejam yang mewakili Nizar dan Peguam Kanan Persekutuan Datuk Kamaluddin Md Said bagi Pejabat Peguam Negara. Rabu lepas, Mohamad Ariff melahirkan kebimbangan sama ada beliau mahu atau tidak untuk mendengar prosiding kerana pembabitan beliau dalam PAS sebelum dilantik sebagai Pesuruhjaya Kehakiman, September tahun lepas. Mohamad Ariff harus memutuskan semakan kehakiman yang dipohon oleh Nizar bagi mengisytiharkan beliau sebagai Menteri Besar yang sah dan bagi injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugas dan fungsi sebagai Menteri Besar Perak.

SPRM DAN SPR ' CAWANGAN PARTI KOMPONEN BN PALING AKTIF - Ref malaysiakini

Di dalam BN ada 2 'parti' komponen yang sangat aktif menjalankan kerja masing-masing untuk menghancurkan Pakatan Rakyat (PR). Kedua-duanya mempunyai dana dan duit yang cukup banyak bagi mengganyang Pakatan Rakyat (PR). Suruhanjaya Perkhidmatan Rasuah Malaysia (SPRM) kerjanya menyiasat dan mendakwa mana-mana pemimpin PR yang didakwa menyalahgunakan kuasa dan melakukan rasuah. SPRM bertindak sepantas kilat jika ada laporan dan aduan rasuah terhadap pemimpin PR. Namun ber'gudang-gudang' aduan yang dibuat kepada pemimpin BN dipandang sepi. Bayangkan berapa banyak aduan dibuat terhadap Khir Toyo, Najib dan lain-lain namun semuanya tidak diketahui status aduan tersebut. Begitu juga dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang sepatutnya bertanggungjawab menjalankan Pilihanraya Kecil (PRK) jika mana-mana Speaker mengisytiharkan DUN masing-masing kosong. Namun SPR terbukti berpihak apabila menolak notis kekosongan 3 kerusi DUN di Perak atas alasan surat perletakan jawatan ADUN

GMP serah risalah kepada wakil Kerajaan Perak Sah

TAIPING,24 Feb.:- "Saya memohon sokongan semua pihak bukan untuk diri saya tetapi untuk orang Melayu, 7 Mac 2009 Himpunan di Istana negara, buka soal permit, yang penting sokonglah kami ", Demikian antara ucapan Prof. Dr. Abdullah Hassan yang mewakili Gerakan mansuhkan pendidikan dan pengajaran sains dan matematik dalam bahasa inggereis (GMP) dalam majlis penyampaian risalah berkaitan kepada Wakil Kerajaan negeri perak Pakatan Rakyat, yang diwakili oleh Pengerusi kelab penyokong Kerajaan,Drs. khalil idham Lim di sini. Hadir sama ialah ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ust. Norazli Musa dan bapa kepada pelajar yang membuat saman kepada Kerajaan Malaysia mengenai isu berkaitan , Mejar(B) Mohd Arif.Semasa menyampaikan ucapan, Drs. Khalil menegaskan ini dasar yang diteruskan oleh pemimpin UMNO demi untuk memepertahankan kroni yang dikayakan berkaitan dengan program ini. "Kalau dulu bila Rasulullah mengajak kepada Islam ,Abu jahal mempertahankan sembahan berhala kerana ia mendata

Ibrahim Ali sedia timbang sertai semula UMNO

Abdul Aziz Mustafa Wed Feb 25, 09 3:38:13 am MYT KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali bersedia menimbang pelawaan untuk menyertai semula Umno dengan syarat parti itu bersedia menerima kelantangannya. Ketika berterus-terang kepada para pemberita yang menemuinya di lobi Parlimen semalam, Ibrahim berkata, beliau amat menghargai pelawaan daripada Umno dan akan mendapatkan maklum balas daripada para penyokong di kawasannya. Ibrahim menambah, Umno bukanlah satu parti yang asing baginya kerana selain pernah menjadi ahli, beliau menganggotai Majlis Tertinggi (MT) selama enam tahun dan ketua bahagian selama 12 tahun. Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib berkata, parti itu memang memerlukan tokoh seperti Ibrahim bagi menguatkan kedudukan parti di mata orang Melayu ketika ini. Katanya, sebagai orang lama dan berpengalaman, selain pernah keluar masuk Umno, kebolehan dan kecekapan Ahli Parlimen itu tidak perlu diragui. Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umn