Kamalanathan diumum calon BN di Hulu Selangor
                                               Apr 15, 10 12:58pm                                  Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin  mengumumkan bahawa ketua penerangan MIC, P Kamalanathan dipilih sebagai  calon BN dalam pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.   Nama Kamalanathan  memang telah disebut-sebut sebelum ini sebagai calon kompromi selepas  pucuk pimpinan BN dikatakan menolak cadangan MIC untuk mencalonkan Datuk  G Palanivel bertanding di situ.Penyokong akar umbi, khususnya dari  Umno sejak kematian ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Zainal Abidin  Ahmad pada 25 Mac lalu secara terang-terangan menolak Palanivel. Mereka  mendakwa beliau tidak cekap dan gagal membangunkan Hulu Selangor  meskipun menjadi ahli parlimen selama empat penggal.   Sebaliknya, mereka  yang menentang Palanivel mencadangkan timbalan ketua pemuda MIC, V  Mugilan sebagai gantinya. Mugilan adalah anak tempatan di  Hulu Selangor tetapi pemimpin atasan MIC tidak merestui cadangan itu. Ini ke...