Catatan

Tunjukkan catatan dari April 22, 2010

Campurtangan politik: Penerbit ntv7 letak jawatan

Imej
Regina Lee Apr 22, 10 6:10pm Penerbit kanan ntv7 Joshua Wong mendakwa terdapat campur tangan melampau daripada pihak kerajaan dan juga penapisan yang keterlaluan. Wong ( kiri ), yang menerbitkan rancangan popular bahasa Mandarin 'Editor's Time', berkata 'larangan yang tidak munasabah' dikenakan ke atas rancangannya yang sering-kali membincangkan isu sosio politik di negara ini. “Pihak pengurusan tertinggi ntv7 bersikap tidak munasabah. Kebebasan disekat dan mereka yang engkar akan dihukum sehingga menjejaskan sikap profesionalisme kakitangan,” katanya pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, hari ini. Wong berkata masalah bermula daripada aduan SMS yang dihantar oleh seorang pengadu ke Jabatan Perdana Menteri kepada ketuanya selepas episod pertama ranvcngan itu ke udara. Episod itu adalah forum membabitkan pemimpin BN dan Pakatan Ra

Nik Aziz gempur Hulu S'gor mulai esok

Imej
Nik Aziz gempur Hulu S'gor mulai esok Jimadie Shah Othman Apr 22, 10 1:13pm Setelah didakwa 'agak lemah' di permulaan kempen, PAS kini kelihatan mula menggempur habis-habisan BN di Hulu Selangor dengan menurunkan tokoh besar mereka Datuk Nik Aziz Nik Mat bagi berkempen untuk kemenangan calon PKR Datuk Zaid Ibrahim. Nik Aziz - mursyidul am parti Islam itu - yang baru pulang daripada mengerjakan umrah di tanah suci dijadual berada dua hari di kawasan parlimen tersebut mulai petang esok. Esok, beliau akan memberikan memberikan kuliah Maghrib di Masjid Kuala Kubu Bharu dan pada malamnya berceramah di Changkat Asa, Hulu Bernam. Manakala pada Sabtu, menteri besar Kelantan itu akan memberikan kuliah Subuh di Masjid As-Salam Bukit Sentosa dan pada malamnya sekali lagi berceramah di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu. Kehadiran tokoh popular itu dijangka memberikan kesan yang besar kepada perubahan  mood  pengundi di Hulu Selangor di hari-hari terakhir sebelum pengundian dijalanka