Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2009

Tahniah, dan Teruskan Usaha Dakwah Dewan Pemuda PAS Perak

Imej
Tahniah, dan Teruskan Usaha Dakwah Dewan Pemuda PAS Perak Posted on Monday, December 28 @ 23:41:20 PST Dilulus untuk paparan oleh AbuJihad Berita Oleh Ustaz Abu Bakar Hussain Tahniah diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Perak, kerana berjaya mengadakan pertandingan futsal piala Pesuruhjaya PAS Perak. Sememangnya program seperti ini sangat penting kerana ia adalah medan mengeratkan ukhuwwah seluruh ahli pemuda PAS Perak di setiap kawasan. Semasa bertemu ahli-ahli boleh saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan organisasi. Ini penting untuk mengeratkan lagi ukhuwwah dan kesatuan organisasi bagi melancarkan agenda dakwah. Selain itu saya melihat aktiviti riadah berfutsal yang dianjurkan oleh pemuda PAS Perak ini boleh dijadikan medan mengumpul mad’u yang baru. Riadah boleh dijadikan masa untuk bertemu dan saling berkenalan. Dengan berkenalan akan timbul kesefahaman dan kasih sayang yang merupakan asas dalam dakwah. Selain itu, program riadah dapat membentuk akhlak muslim. Ketika ber

PAS akan siasat dalang disebalik demonstrasi

Harakahdaily KUALA LUMPUR, 27 Dis: PAS telah mengarahkan Setiausaha Badan Perhubungan PAS Selangor menyiasat dalang disebalik sekumpulan pemuda yang mengadakan himpunan di hadapan pejabat perhubungan parti itu dibangunan Worldwide Shah Alam tengahari tadi. Perkara itu dimaklumkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali kepada Harakahdaily ketika beliau diminta mengulas perkembangan terbaru itu. "Saya telah arahkan setiausaha perhubungan PAS Selangor untuk buat siasatan penuh siapakah dibelakang demo ini," katanya ketika dihubungi Harakahdaily lewat petang tadi. Beliau juga diminta mengulas sama ada kumpulan yang menggelarkan diri mereka Gerakan penyokong dan pengundi PAS itu benar-benar dari PAS atau tajaan pihak tertentu. Menurutnya,maklumat awal yang diperolehi mendapati tiada ahli atau mana-mana unit serta cawangan PAS terlibat dalam himpunan tersebut. "Maklumat awal saya diberitahu tidak seorang pun ahli PAS, atau mana-mana unit atau cawangan PAS terlibat dalm d

KENAIKAN HARGA ROKOK BOLEH MENGUNDANG JENAYAH !!

Imej
Bagi saya satu satunya cara untuk berhenti merokok adalah dengan ketiadaan rokok.Bukannya menaikkan lagi harga rokok di pasaran. Kenaikan harga rokok bertujuan untuk mengurangkan perokok ataupun menyebabkan perokok berhenti dari merokok adalah mustahil. Naikkanlah seratus peratus pun ,orang tetap membeli juga . Apa yang ada ialah hanyalah taukeh rokok dan pengutip cukainya yang untung. Jangan sampai anak anak kita membuat aktiviti jenayah semata mata hendak membeli rokok, sama seperti penagih dadah (harga dadah kan mahal) Kita kena ingat sekarang ini kes pelajar sekolah mencuri dan merompak semata mata untuk membeli rokok memang ada. Kerajaan fikir-fikirkan lah..

Kartika Saridewi terharu temui Nik Aziz

Imej
Salmah Mat Husain KOTA BHARU, 27 Dis: Bekas model sambilan, Kartika Saridewi Shukarnor yang pernah mencetus polemik berhubung hukuman sebat atas kesalahan minum arak, hari ini menemui Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Beliau bersama anggota keluarga dan rombongan dari Pusat Pendidikan Al Baroqah, Manjor, Ipoh mengunjungi Menteri Besar Kelnatan itu di kediaman rasmi di JKR 10. Turut bersama anak bongsunya, Kaitlynn Saridewi, 5 tahun. Kartika ketika ditemui menyatakan beliau sudah lama menyimpan hasrat menemui ulama terbabit. Sebelum ini Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan menjatuhkan hukuman ke atasnya pada 20 Julai lalu selepas beliau mengaku bersalah minum arak. Hukuman enam sebatan dan denda RM5,000 dikenakan. Bagaimanapun hukuman sebatan tersebut masih ditangguh sehingga sekarang biar pun Kartika beriya-iya menjalani hukuman tersebut. Bagaimanapun ramai pemimpin wanita Umno dan beberapa badan bukan kerajaan mahu Kartika tidak menjalani hukuman tersebut, yang dianggap mereka berten

KONSERT HIJRAH ANJURAN ' SEMARAK'

Imej
Konsert Hijrah Anjuran Sukarelawan Muslim Perak (SEMARAK) dengan kerjasama Guru Dakwah Jabatan Agama Islam Perak akan di adakan pada 31 Disember.2009 di Taman Tasik Taiping pada jam 9.00 malam. Atas kesedaran untuk mengajak anak-anak muda beralih kepada konsert yang bercorak islam 'SEMARAK' satu NGO menganjurkan konsert sempena hijrah ini dengan mengumpulkan artis-artis tanahair yang sebelum ini popular dengan lagu-lagu retro, seperti lagu Cinta untuk Nabila, Kembang Terhalang, Lena di Ulit Intan, Bahang Asmara, Taqdir dan Waktu, Niat di hati Tak Nak Berpisah dan lain-lain Pihak penganjur mengajak orang ramai datang beramai-ramai menjayakan konsert ini sambil berhibur dengan lagu-lagu berunsur ketuhanan.

Kadar bayaran tambahan bagi sesi persekolahan 2010

Imej
Thursday, December 24 @ 20:53:02 PST Dilulus untuk paparan oleh alghaib Oleh ZulMamak KUALA LUMPUR: Bayaran untuk sesi persekolahan baru yang akan bermula pada 3 dan 4 Januari depan ditetapkan RM24.50 bagi setiap murid sekolah rendah dan RM33.50 murid sekolah menengah di seluruh negara. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata kadar bayaran tambahan itu diseragamkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan menengah mulai tahun depan, berbanding pakej pembayaran A, B dan C yang berdasarkan jenis pekerjaan ibu bapa sebelum ini. Pecahan bayaran bagi sekolah rendah ialah RM3 untuk kokurikulum, kertas ujian dalaman (RM6), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam untuk murid beragama Islam atau Pendidikan Moral untuk bukan beragama Islam (RM6), Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (RM2) dan Insurans Takaful (RM1.50).Bagi sekolah menengah pula, bayaran kokurikulum RM6, kertas ujian dalaman (RM10), sukan tahunan sekolah (RM6), kegiatan Pendidikan Islam atau P

Enjin hilang, negara boleh hancur – Anwar Ridhwan

Ismail Hashim SHAH ALAM, 25 Dis: Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan menyifatkan kehilangan enjin F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai tanda aras keruntuhan moral pimpinan negara ini. Beliau melahirkan kekesalannya kerana perkara yang tidak pernah dibayangkan boleh berlaku sebelum ini seperti kehilangan enjin pesawat yang saiznya besar tetapi mudah pula untuk diseludup ke luar negara.“Kalau sampai dua enjin pesawat pejuang boleh hilang yang ahli silap mata terkenal dunia seperti David Copperfield tidak boleh hilangkannya tetapi yang menjaga keselamatan negara boleh hilangkan, ini satu gambaran runtuhnya iklim moral yang besar. “Kita bimbang jika tidak diberi kesedaran tentang perlunya menjaga iklim moral dan integriti di kalangan generasi muda, negara ini akan rosak dan runtuh,” tegas Dr Anwar lagi. Sebelum itu, Dr Anwar mengucapkan terima kasih atas kesudian Lembaga Muzium Selangor dan Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor menganjurkan maj

Konvensyen Pakatan: Malaysia hampiri perubahan

Imej
Posted on Sunday, December 20 @ 01:08:05 PST Dilulus untuk paparan oleh AbuJihad Oleh Husam Musa Nampak jelas Utusan melalui tulisan Zul Bakar hari ini, yang tentunya menggambarkan UMNO juga,begitu cemas dan gentar bila Pakatan Rakyat semalam mengambil bentuk yang lebih konkrit dan konstruktif. Di luar jangkaan dan agenda pecah belah Utusan, Pakatan Rakyat melalui satu perhimpunan besar yang bersejarah, keluar dengan persepakatan polisi utama, termasuk kedudukan Bahasa Melayu dan Agama Islam, yang menjadi peluru Utusan membakar sentimen pengundi Melayu terhadap Pakatan selama ini. Pakatan kini, dari segi susanan ras, sudah at par dengan BN. Halangan mental yang cuma dibina sebelum ini ke atas Pakatan ialah ketidakselarian pendirian terhadap isu-isu kaum, agama dan kedudukan Perlembagaan. Kini, dengan persepakatan polisi Pakatan, Pakatan muncul lebih meyakinkan dari BN yang dihantui amalan tempangnya yang panjang selama ia berkuasa. Kelebihan persepakatan polisi Pakatan ialah, ia meny

Konvensyen Pertama Pakatan Rakyat

19 DISEMBER 2009 DI AUDITORIUM MBSA, SHAH ALAM, SELANGOR 8:00 pagi : Pendaftaran bagi wakil media di Tingkat 4, Auditorium MBSA. 9:00 pagi : Pembukaan 9:15 pagi: Ucapan Perdana Ketiga Pimpinan Tertinggi dan Perasmian Bersama Konvensyen - Saudara Anwar Ibrahim (Ketua Umum KeADILan), Saudara Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP) & Saudara Hj Abdul Hadi Awang (Presiden PAS). 10:15 pagi : Rehat 10:45 pagi : Pidato Dasar Pakatan Rakyat (dipengerusikan YAB Khalid Ibrahim) - Saudara Salahuddin Ayub (Naib Presiden PAS), Saudara Tony Pua (Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP), Saudara Sivarasa Rasiah (Naib Presiden PKR) dan Perbahasan oleh 2 perwakilan setiap parti. 12:45 tgh : Makan tengahari di Laman MBSA. 1:45 tgh : Sambungan perbahasan oleh 3 perwakilan setiap parti (dipengerusikan Saudara Teng Chang Khim). 3:30 ptg : Majlis Penutup (dipengerusikan Saudara Wan Abdul Rahim Wan Abdullah).Rumusan oleh 3 Pimpinan : Saudara Karpal Singh (Pengerusi Kebangsaan DAP), Saudara Nik Abdul Aziz Nik Mat

Penyata rasmi buktikan Sivakumar masih speaker sah

Johari Jaafar IPOH, 16 Dis: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) meminta seluruh rakyat melihat penyata rasmi yang telah dikeluarkan oleh kerajaan negeri Perak semasa Mesyuarat Pertama, Penggal Kedua pada hari Khamis, 7 Mei lalu di Dewan Mesyuarat, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Ianya kerana penyata tersebut dengan jelas membuktikan kedudukan V. Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah.Penyata rasmi tersebut juga memperlihatkan suasana sebenar yang telah berlaku. Turut direkodkan pelanggaran peraturan-peraturan sidang DUN termasuk oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Perak Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim.Abdul Rahman dilihat telah mengganggu tugas V. Sivakumar sebagai Speaker pada hari tersebut dengan beberapa tindakan dan arahan yang disifatkan sebagai campurtangan mengatasi arahan speaker. Sehubungan itu Pemuda PAS Perak mendesak supaya satu Suruhanjaya Siasatan ditubuhkan untuk menyiasat kemelut yang telah berlaku semasa sidang DUN Perak pada 7 Mei y

70 Ahli Parlimen BN Boikot Budget Najib

Posted on Disember 15, 2009 by HermanSamsudeen Kenyataan Mediahttp://idrisahmad.wordpress.com Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menganggap bahawa majoriti ahli parlimen Barisan Nasional tidak menyokong Budget 2010 yang telah dibentangkan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak. Tindakan 70 orang ahli parlimen dari 137 (1 lagi adalah Speaker) yang tidak hadir semasa sesi undian bagi kelulusan budget berkenaan semalam, mengambarkan bahawa mereka memboikot atau menolak budget berkenaan. Hanya 66 orang sahaja yang hadir bagi menyokong usul budget berkenaan dan ini adalah kurang dari separuh dari jumlah keseluruhan ahli parlimen yang sepatutnya hadir. Budget 2010 diluluskan hanya dengan majoriti 3 undi sahaja, itu pun selepas Najib dan beberapa orang Menteri Kabinet dipanggil untuk hadir ke Dewan Rakyat malam tadi. PAS melihat bahawa komitmen yang ditunjukan oleh ahli parlimen BN semakin rapuh dan mereka kini sudah tidak memperdulikan lagi kehendak dan keperluan rakyat. Parlimen gagal dimanfaatkan seba

Siapa sentuh Tok Guru Nik Aziz akan dapat tentangan - Anwar

Ali Hashim KULIM, 13 Dis: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada sesiapa sahaja yang cuba menyentuh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan mendapat tentangan hebat daripada ratusan ribu rakyat yang menyokong beliau.Menurut Anwar lagi dalam isu yang menyentuh kedudukan Nik Aziz sebagai Menteri Besar dan keupayaan beliau mentadbir negeri Kelantan tidak harus dipertikaikan oleh Umno dan Barisan Nasional. "Saya ingatkan kepada semua sekiranya Tuan Guru, Datuk Nik Aziz disentuh oleh mereka kita tidak akan teragak-agak untuk bangun bukan saja daripada Kelantan malah Kedah dan seluruh negara akan turut sama mempertahankan Tuan Guru kita. "Jika isu royalti minyak yang sememangnya perlu diberikan kepada Kelantan mereka nafikan. Kemudian isu untuk mengerjakan haji ke Baitullah untuk beribadat pun mereka pertikaikan terhadap Menteri Besar Kelantan. "Apakah kita mahu biarkan lagi mereka yang tidak tahu menilai dan membezakan ant

PAS PERAK: SEGERAKAN KEPUTUSAN MENTERI BESAR PERAK YANG SAH

Imej
PAS PERAK: SEGERAKAN KEPUTUSAN MENTERI BESAR PERAK YANG SAH 7 12 2009 IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak Al Fadhil Abu Bakar Hussain menegaskan kenyataannya kepada media bahawa keputusan mahkamah persekutuan yang akan mengistiharkan siapa Menteri Besar Perak yang sah adalah titik sejarah yang sangat penting bagi seluruh rakyat Malaysia. Beliau mempersoalkan mengapa keputusan siapa Menteri Besar Perak yang sah masih tidak diistiharkan mahkamah persekutuan untuk pengetahuan rakyat, sedangkan keputusan sudah diketahui dikalangan 5 hakim yang menghakimi kes tersebut , perkara ini penting kerana rakyat Perak ingin tahu siapa sebenarnya Menteri Besar Perak yang sah selama ini, tegas beliau. Beliau turut menyatakan bahawa Dato’ Seri Ir Haji Mohamad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah mengikut perundangan dan perlembagaan Negeri Perak, dan selama ini Pakatan Rakyat Perak tidak pernah mengiktiraf Dato’ Seri Dr Zambry Abd Kadir sebagai Men

Zunar kembali dengan "Perak Darul kartun"

Harakahdaily KUALA LUMPUR, 9 Dis: Selepas mempunyai masalah dengan pihak KDN mengenai permit penerbitan Gedung Kartunnya, kartunis Zunar melalui syarikatnya, Sepakat Efektif meneruskan penerbitan kartun itu dalam bentuk lain. Kali ini mereka mengumumkan penerbitan Gedung Kartun edisi kedua dalam bentuk buku dengan tajuk "Perak Darul kartun" (PDK). Kenapa mereka memilih buku? "Buku adalah penerbitan tidak berkala, dengan itu tidak memerlukan permit penerbitan, hanya ISBN yang mana kami telah memperolehinya," kata Zunar atau nama sebenarnya, Zulkifli Anwar ul Haq. PDK mempunyai ketebalan 80 muka surat tidak termasuk kulit muka (dengan penambahan 12 muka surat berbanding Gedung Kartun) dan dijual dengan harga RM10 setiap naskhah. Cetakan pertama adalah sebanyak 10, 000 naskhah dan akan diedarkan ke seluruh negara. Ia juga boleh dibeli secara online melalui website cartoonkafe.com. "Penyambungan penerbitan ini dalam bentuk buku membuktikan pihak kami tidak berha

Pengarak kepala lembu berfikiran kuno

Imej
Pengarak kepala lembu berfikiran kuno Dzulfikar Mashoor KUALA LUMPUR, 8 Nov: Ahli Parlimen Taiping Nga Kor Meng petang tadi menganggap mereka yang terbabit memijak gambar beberapa pemimpin DAP hari ini bukan mewakili sensitiviti rakyat berbangsa Melayu di Malaysia. Sebaliknya, beliau menganggap mereka yang terbabit masih berfikiran kuno era dinosor yang sudah tidak sesuai untuk hidup di zaman ini. "Saya yakin mereka tidak mewakili orang Melayu...mereka masih berfikiran era dinosor," jelasnya. Pendapat tersebut sebagai mengulas laporan berita sebuah laman web hari ini yang melaporkan 12 tertuduh dalam kes 'kepala lembu' memijak gambar pemimpin DAP sebaga protes pada parti tersebut. ( Gambar fai l: Mereka yang mengarak kepala lembu inilah yang memijak gambar pemimpin DAP hari ini ) Beliau yang juga Setiausaha DAP Perak mendakwa tindakan ekstrem tersebut demi membangkitkan semangat 'Ketuanan Melayu

Tindakan Nazri Labelkan Dr M Rasis Melampau.

Imej
Tindakan Nazri Labelkan Dr M Rasis Melampau. PETALING JAYA, Dis 9 — Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah agak terlampau untuk melabelkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai rasis. Beliau berkata Dr Mahathir sudah banyak berjasa kepada negara dan masih mampu menyumbangkan idea. “Jadi hendak menyebut beliau sebagai rasis itu agak terlampau. Dia (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz) kawan saya juga tetapi tidak tahu kenapa perkara itu terkeluar. Dalam situasi politik negara hari ini macam-macam pihak boleh menyalah tafsir,” katanya kepada wartawan Malaysia di Tokyo. Muhyiddin yang dalam misi perdagangan dan pelaburan khas ke Jepun mengulas kenyataan Mohamed Nazri kelmarin yang melabelkan Dr Mahathir sebagai rasis kerana mempertahankan modul kurikulum Biro Tata Negara (BTN). Dr Mahathir sebelum itu berpendapat kerajaan tidak perlu terperangkap dengan permainan politik pembangkang sehingga perlu merombak modul kuriku

Pusat perlu hormati kontrak perjanjian petroleum-Ku Li

Nazri Abdullah KUALA LUMPUR, 5 Dis: Kerajaan Persekutuan digesa menghormati perjanjian kerajaan negeri Kelantan dengan Petroleum Nasional Berhad (Petronas) berhubung pembayaran 5 peratus daripada keuntungan operasi carigali petroleum di luar pantai Kelantan kepada negeri itu. Bekas pengerusi Petronas, Tengku Razaliegh Hamzah dalam blognya http://razaleigh.com memberitahu, hak yang diperuntuk perlembagaan kepada rakyat kelantan untuk mendapat royalti kini sedang dinafikan Pusat. Keengganan pusat memberi royalti kepada Kelantan katanya bukan sahaja melanggar Akta Pembangunan Petroleum 1974, malah lebih besar dari itu ianya akan memberi kesan dan permasalahan melaupaui negeri Kelantan. Menurutnya, dengan menidakkan perjanjiaan antara Kelantan dengan Petronas itu, bermakna kerajaan Pusat juga menidakkan perjanjian sama terhadap negeri-negeri lain sekaligus menafikan hak rakyat negeri tersebut. Selain itu katanya, kerajaan persekutuan boleh dipersoal kerana dilihat cuba menafikan kewa