Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 25, 2009

Gaza : lebih banyak terowong di gali - Malaysiakini

Imej
SELEPAS membaiki terowong mereka Khamis lalu, pekerja untuk seorang penyeludup, Abu Wahda mula memunggah masuk makanan melalui laluan yang sempit itu. Terowong yang menghubungkan Semenanjung Gaza dengan Mesir itu kembali beroperasi biarpun ratusan tan bom dan peluru berpandu dijatuhkan Israel ke muka bumi Palestin. Pemulihan pantas terowong itu, bagaimanapun, menyukarkan pembanterasan aktiviti penyeludupan dan sekali gus menguatkan lagi ketakutan Israel bahawa pemimpin Hamas akan menggunakan rangkaian terowong itu untuk membawa masuk senjata bagi menambah semula bekalan senjata setelah mereka dibom baru-baru ini. "Saya berjaya membaiki kerosakan (pada terowong) dalam masa tiga hari," kata Abu Wahda yang tidak mahu nama sebenarnya didedahkan. Menjelang tengah hari, mesin pengangkut sudah memunggah masuk 12 karung besar cip kentang. Abu Wahda berkata laluan setinggi satu meter di bawah pasir lembut Gaza itu masih belum beroperasi sepenuhnya dan berbahaya untuk lapan pekerjanya