Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2010

Rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendur

Imej
Posted on Wednesday, July 21 @ 22:20:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih Sumber Harakahdail TEMERLOH, 21 Julai: Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, itu PAS lebih rela Melayu berpecah dalam mentaati perintah Allah daripada berpadu dalam mendurhakai Allah Dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada Harakahdaily, Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang mempersoalkan, apakah apa yang dibuat oleh Umno sekarang untuk perpaduan bangsa atau Islam. Beliau dipercayai mengulas usaha yang dibuat oleh Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria yang cuba mengheret PAS agar bersatu dengan Umno atas landasan untuk kepentingan Melayu dan Islam. Ia dilihat sebagai usaha untuk menyelamatkan Umno yang sedang karam dan cuba untuk menyeret PAS ke arah permasalahan itu. "Isu perpaduan Melayu kembali bergema. Kali ini ianya melibatkan usaha golongan agama (Mufti) dan kepimpinan Umno," tulis Tuan Ibrahim dalam kenyataannya. Pelbagai komentar dan pandang

Sasterawan Negara Dato' A Samad Said mahu rakyat gerakan massa bangkit menghapuskan Akta Mesin Cetak & Penerbitan! -

Imej
http://sanggahtoksago.blogspot.com/2010/07/sasterawan-negara-dato-samad-said-mahu.html Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said menegaskan sudah sampai masanya rakyat bangun menuntut agar Akta Penerbitan dan Mesin Cetak yang diguna pakai di negara ini dihapuskan kerana, ia jelas mengongkong kebebasan bersuara. Mengulas tindakan kerajaan tidak memperbaharui dan memberhentikan pemberian permit penerbitan kepada lidah rasmi KeADILan, Suara Keadilan, awal bulan ini, beliau menyifatkan tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) itu berat sebelah dan tidak memberi peluang kepada rakyat untuk menyuarakan pendapat yang berlainan dengan pihak pemerintah. Tegasnya, jika negara dan kerajaan Umno-BN mengamalkan sistem demokrasi, tidak timbul soal penarikan atau pembatalan permit untuk menerbitkan apa jua bahan kerana jika terdapat kesalahan seperti fitnah atau hasutan ia boleh dibicarakan mengikut undang-undang sedia ada di mahkamah terbuka. Pak Samad yang ditemui Harakah Isnin lalu, mahu ad