Catatan

Tunjukkan catatan dari November 25, 2009

Kemelut PAFA: Zambry ambil kesempatan burukkan Nizar

Harakahdaily KUALA LUMPUR, 25 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mendakwa Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir cuba memburukkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dalam kemelut Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA).Setiausahanya, Dr. Raja Ahmad Al-Hiss dalam satu kenyataan berkata, Zambry dengan angkuh mengambil kesempatan di atas isu itu untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau berkuasa di negeri itu. "Datuk Seri Zambry yang masih belum disahkan sebagai Menteri Besar Perak cuba membayangkan kepada rakyat bahawa beliau sekarang berkuasa dan menunjukkan kuasanya serta bersikap angkuh dengan jawatan pintu belakangnya," katanya.Beliau juga berkata, tiada jaminan segala janji Zambry boleh diguna pakai memandangkan Mahkamah Persekutuan belum memutuskan samaada beliau atau Nizar adalah menteri besar yang sah."Belum ada jaminan semua janji Datuk Seri Zambri ini boleh diguna pakai kerana Mahkamah Persekutuan belum memutuskan siapakah Menteri Besar Perak yang sah lagi

PERKUKUHKAN PARTI...!!!

Imej
Perkukuhkan Parti .... Perkukuhkan Parti Perkasakan Tarbiyyah 1. Parti Islam Se Malaysia [ PAS ] adalah sebuah Gerakan Islam [ Harakah Islamiyyah ] yang mengambil pendekatan menyertai pilihanraya sebagai sebuah parti politik yang berdaftar . 2. Politik adalah sebahagian dari tanggungjawab perjuangan Islam yang wajib dilunas sebaik mungkin . Ianya menjadi alat atau wasilah untuk mendapatkan kuasa bagi mendaulatkan syariat Islam sebagai satu perundangan atau peraturan yang adil , telus , saksama dan bestari . 3. Namun begitu menang dan kuasa hanyalah wasilah perjuangan bagi mencapai matlamatnya iaitu redha Allah swt . [ الله غايتنا ] . Mutaakhir ini saya lihat ada beberapa perkara yang memerlukan allignment dan balancing di dalam PAS agar perjalanan atau pergerakkan PAS menuju destinasi [ matlamat ] tidak makan sebelah dan bergegar sepanjang jalan . 4. Ucapan dasar Presiden PAS telah menegaskan bahawa PAS mesti bergerak seimbang [ tidak makan sebelah ] dan tenang [ tidak be