Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac 6, 2009

Teori RAHMAN : N Untuk Nizar (?)

Imej
Teori RAHMAN: N Untuk Nizar (?) S atu ketika orang heboh perkatakan teori R.A.H.M.A.N yang menjadi semakin benar jika melihat arah-aliran nama-nama Perdana Menteri Malaysia bermula dengan Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj. Kini selepas Abdullah Ahmad Badawi, muncul huruf N. N pula membawa dua nama  di tengah gelanggang berdasarkan senario politik negara yang begitu signifikan sekarang ini.  Yang pertama ialah Najib . Dan sememangnya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi Abdullah akan melaksanakan pelan peralihan kuasanya secara rasmi kepada Timbalan Perdana Menteri sekalipun terpaksa menelan hati kerana hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri selama dua penggal tidak kesampaian. Namun kini di dalam senario politik tanahair muncul N yang kedua. Nizar namanya. Nama NIZAR tiba-tiba meniti dari bibir ke bibir rakyat Malaysia ekoran tindakan durjana Najib yang merampas kuasa kerajaan Nizar di Perak. Sepertimana rakyat Malaysia tidak menduga bahawa  selepas Mahathir ialah Abdullah kerana wakt

Polis benarkan himpunan esok, rakyat "tetamu" Istana Negara

Azamin Amin   Fri | Mar 06, 09 | 9:47:19 am MYT KUALA LUMPUR, 6 Mac (Hrkh)  - Polis telah membenarkan perhimpunan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) esok dan sebagai satu 'signal' positif bahawa pihak berkuasa sanggup bekerjasama dengan rakyat yang mahu menyuarakan hasrat mereka terhadap dasar yang cuba meminggirkan Bahasa Melayu selama ini. Iklan         Bagaimanapun, permit dibenarkan untuk perhimpunan di Masjid Negara sahaja dan tidak di dua lokasi yang berbeza iaitu Pasar Seni dan pusat membeli-belah Sogo malah perarakan dari Masjid Negara ke Istana Negara bagi menyampaikan memo juga tidak dibenarkan. Sungguhpun begitu, Timbalan Setiausaha Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Suhaizan Kaiat berkata pihaknya sedang berurusan dengan pihak polis pagi ini bagi membenarkan perarakan diadakan daripada Masjid Negara ke Istana Negara bagi mencapai matlamat mereka untuk menyuarakan bantahan kepada Yang Di-Pertuan Agong melalui memo