Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 15, 2010

PAS harap Bajet 2011 tidak rampas hak rakyat

Imej
Dzulfikar Mashoor KUALA LUMPUR, 15 Okt: PAS berharap Bajet 2011 yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini di Dewan Rakyat tidak akan menambahkan lagi beban rakyat. Naib presidennya, Datuk Mahfuz Omar berkata demikian kerana usaha liberalisasi ekonomi yang dibuat Najib, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan I dalam Bajet 2010 pada Oktober tahun lalu telah pun merampas subsidi minyak daripada rakyat. "Bajet 2011 ini, kita harap tidak ada lagi subsidi rakyat sama ada subsidi minyak (RON 95), diesel, gas masak, gula atau komoditi asasi lain dirampas daripada rakyat," ujarnya pagi tadi ketika menghubungi Harakahdaily. Akibat dari itu, katanya kesan berantai seperti harga barang naik, inflasi dan kos sara hidup meningkat dialami oleh rakyat. Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Pengguna PAS Pusat berkata, Najib seharusnya tidak lagi mengetepi permohonan Kongres Kesatuan Sekerja Dalam Kakitangan Awam (Ceupacs) dan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia