Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober 4, 2009

SIS dan Konco-konconya memang wajib di haramkan !!!

dari blog dewan ulama Perak http://dewanulamakpasperak.blogspot.com/ Kenyataan yang telah dikeluarkan oleh : 1. Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG) yang terdiri daripada Sisters in Islam (SIS), Persatuan Kesedaran Komuniti Selangor (EMPOWER), Women's Aid Organisation (WAO), All Women's Action Society (AWAM) and Women’s Centre for Change, Penang (WCC); 2. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM); dan 3. Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (HAKAM) ( http://www.sistersinislam.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=972&Itemid=1 ) Dewan Ulamak Negeri Perak memandang berat kenyataan biadab yang dikeluarkan oleh Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina (JAG), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Malaysia (HAKAM) mengenai isu hukuman sebat terhadap Kartina. Dewan mendapati kenyataan tersebut mengandungi unsur prejudis yang keterlaluan dan amat berpotensi menimbulkan suasana tidak harmoni dan kebencian rakyat terh

SIS KIAN MELAMPAU !!!

Imej
Us. Nasaruddin Tantawi 1. Tindakan Sister In Islam [ SIS ] dan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina [ JAG ] semakin berani mencabar keputusan mahkamah Syariah berhubung isu sebat ke atas Kartika Dewi yang mengaku bersalah minum arak . 2. Biarpun hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah iaitu 6 sebatan dan denda sebanyak RM 5,000 tidaklah sepenuhnya menepati hukum syara' tetapi sekurang - kurangnya ia membawa semangat perlaksanaan undang - undang syariah dalam negara ini . 3. Jika 6 sebatan sahaja dibantah dan ditentang habis - habisan oleh SIS dan JAG , saya tidak dapat gambarkan bagaimana mereka mahu bertindak jika negara ini benar - benar melaksanakan hukum syara' iaitu antara 40 ke 80 kali sebat bagi mereka yang sabit bersalah meminum arak . 4. Jelasnya SIS dan JAG menggunakan hujjah kononnya hukuman itu kejam , menjatuhkan maruah malah bercanggah dengan hak asasi manusia . [ Jika 6 rotan sudah dianggap kejam ertinya mereka akan berkata 40 rotan sangat