Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai 18, 2009

Mati dalam tahanan ....SPRM

Mati Dalam Tahanan :Satu Lagi Episode Malang 1. Negara sekali lagi gempar dengan tragedi malang yang menimpa . Tragedi yang melenyapkan rasa rungsing akibat kemerosotan undi majoriti PAS di Manek Urai . 2. Semua tertumpu kepada peristiwa malang yang membawa kepada terbunuhnya mendiang Teo Beng Hock . 3. Bagaimana beliau yang juga merupakan setiausaha politik kepada Yb Ean Yong Hian Wah [ EXCO Selangor ] itu terbunuh adalah satu persoalan besar yang perlukan siasatan segera dan terperinci oleh pihak berwajib . 4. Lebih besar bencananya ialah bagaimana beliau boleh terbunuh dalam [ atau sewaktu masih dalam ] tahanan SPRM . Tentunya ini akan mengundang pelbagai spekulasi dan tentunya SPRM dilihat sebagai pihak yang paling hampir untuk bertanggungjawab . 5. Rakyat mengharapkan satu siasatan rapi , telus dan bertanggungjawab diambil oleh pihak kerajaan untuk menyiasat tragedi ini dan jika ada pihak yang bersalah , hukuman setimpal mestilah dijatuhkan . 6. Sehingga hari ini terlalu banyak tr

Chua Jui Meng Sertai PKR !!!

Imej
Terkini Chua Jui Meng sertai PKR...Baru sebentar tadi disahkan bahawa Dato Chua Jui Meng telah menyertai PKR dalam satu Forum Khas di Sunway Hotel. Perkara ini telah diumumkan oleh DSeri Anwar Ibrahim sebentar tadi. Sumber:Syaomel8 54.50PM "Saya telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.""Saya yakin saya berada dalam parti yang benar dalam sejarah Malaysia.""Sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.""kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang." - Chua Jui Meng Updates dari Mstar Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng mengumumkan yang beliau menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini. Ia diumumkan oleh Chua sendiri pada satu majlis PKR di sebuah hotel di Bandar Sunway di sini petang ini. Kelmarin beliau melepaskan jawatan Ketua Bahagian MCA Bakri. Chua, be