Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 20, 2009

JANGAN PAKAI SERBAN SEMASA MENUNGGANG ? - Malaysiakini

T erbukti undang-undang Malaysia menghalang orang Islam memakai serban semasa menunggang apabila Mahkamah Majistret Kota Bharu menjatuh hukuman denda RM90.00 atau penjara dua hari keatas seorang penunggang motorsikal yang memakai serba. Pada 20 September dua tahun lalu Ahmad Nasir Darus, 27 disaman di Jalan Pasir Tumboh atas kesalahan menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar sebaliknya memakai serban. Beliau disaman kerana melakukan kesalahan yang bertentangan dengan Kaedah 4 Motosikal (topi keledar keselamatan) 1973 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333/87) dibaca bersama dengan Seksyen 128(1) akta yang sama. Ketika dihadapkan ke mahkamah pada 4 November 2007 beliau membuat pengakuan tidak bersalah serta mohon dibicarakan. Majistret Tengku Amalin A'Ishah Putri memutuskan dikenakan hukuman denda RM90 atau menjalani hukuman penjara dua hari semalam. Terbuktilah bahawa undang-undang di negara ini cukup biadap terhadap Islam apa