Catatan

Tunjukkan catatan dari April 16, 2010

PAS beri Amaran-Jangan benarkan Tony Blair jejak kaki di Malaysia

Imej
PAS beri Amaran-Jangan benarkan Tony Blair jejak kaki di Malaysia Posted on Thursday, April 15 @ 17:00:00 PDT Dilulus untuk paparan oleh  SongkokPutih Oleh  Ustaz Idris Ahmad Parti Islam Se-Malaysia (PAS) memberikan amaran kepada Kerajaan BN agar tidak membenarkan penjenayah perang-Tony Blair menjejakkan kaki ke Malaysia jika tidak mahu berhadapan dengan bantahan terbuka rakyat. Tony Blair yang juga mantan Perdana Menteri Britain adalah orang yang bertanggungjawab bersama Presiden Amerika, George W. Bush membawa bencana perang ke atas bumi umat Islam di Aghanistan (2001) dan Iraq (2003). Sehingga ke hari ini beliau gagal membuktikan tuduhan beliau dan rakan sekutunya itu bahawa bangunan World Trade Centre diserang oleh pengganas Islam dan tuduhan bahawa Iraq mempunyai Senjata Nuklear-Pemusnah Besar-besaran (WMD) juga masih belum dapat dibuktikan. Walaupun masih tiada bukti, tetapi dengan sewenang-wenangnya mereka mencetuskan perang hingga meragut jutaan nyawa dikedua-dua