Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 29, 2009

Tahniah, dan Teruskan Usaha Dakwah Dewan Pemuda PAS Perak

Imej
Tahniah, dan Teruskan Usaha Dakwah Dewan Pemuda PAS Perak Posted on Monday, December 28 @ 23:41:20 PST Dilulus untuk paparan oleh AbuJihad Berita Oleh Ustaz Abu Bakar Hussain Tahniah diucapkan kepada Dewan Pemuda PAS Perak, kerana berjaya mengadakan pertandingan futsal piala Pesuruhjaya PAS Perak. Sememangnya program seperti ini sangat penting kerana ia adalah medan mengeratkan ukhuwwah seluruh ahli pemuda PAS Perak di setiap kawasan. Semasa bertemu ahli-ahli boleh saling bertanya khabar dan mengetahui perkembangan organisasi. Ini penting untuk mengeratkan lagi ukhuwwah dan kesatuan organisasi bagi melancarkan agenda dakwah. Selain itu saya melihat aktiviti riadah berfutsal yang dianjurkan oleh pemuda PAS Perak ini boleh dijadikan medan mengumpul mad’u yang baru. Riadah boleh dijadikan masa untuk bertemu dan saling berkenalan. Dengan berkenalan akan timbul kesefahaman dan kasih sayang yang merupakan asas dalam dakwah. Selain itu, program riadah dapat membentuk akhlak muslim. Ketika ber