Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2010

Kerja Dok Taboq Fitnah Nie Tak lain Tak Bukan Puak Tuuu Laa....

Imej
25 November 2010 DAP Ancaman Ummat Islam - Misbahul Munir Setiausaha PAS Perak, Ust Misbahul Munir mendedahkan tentang adanya usaha-usaha terancang pihak tertentu (Umnolah ! siapa lagi - alhusseyn) untuk memburuk-burukan Pakatan Rakyat Negeri Perak dengan menyibarkan beberapa risalah yang berbentuk fitnah bagi tujuan meracuni pemikitan rakyat. Antaranya ialah satu risalah berbentuk buku kecil bertajuk ‘ DAP Ancaman Ummat Islam ’ yang di edarkan ke masjid-masjid di seluruh negeri Perak , yang mengandungi fakta yang tidak betul dan tidak tepat. “Risalah tersebut bertujuan meracuni pemikiran orang ramai dan amat jelas mahu mengapi-apikan sentimen keugamaan dan perkauman,” kata Misbah. Beliau turut menjelaskan bahawa dibuku tersebut mencatatkan kononnya ia dikeluarkan oleh Gabungan Professional Islam dan Gabungan Lulusan Pengajian Islam Timur Tengah bagi tujuan untuk mempengaruhi ummat Islam. “ Ini perbuatan yang sangat memalukan dan sangat keji lagi tidak bertanggung jawap , hing

BALAK UNTUK ORANG MISKIN , BUKAN ORANG POLITIK

Imej
PENDAHULUAN Balak merupakan pemberian Allah kepada sesuatu kerajaan atau negara yang mempunyai hutan. Pada zaman dahulu, ia tidak dikira sebagai sesuatu yang menghasilkan kewangan yang banyak. Mungkin faktor kayu tidak menjadi bahan terpenting, menyebabkan ia tidak menjadi satu perkara yang penting. Keadaan kini berbeda. Ini kerana, kayu sudah menjadi satu industri yang menguntungkan, malahan memberi kekayaan. Apabila kayu sudah menjadi sesuatu keperluan yang agak tinggi, menyebabkan balak menjadi satu industri perniagaan yang cukup menguntungkan. Di Malaysia, balak berada dalam kawasan hutan yang berada dibawah kekuasaan kerajaan negeri. Sesebuah kerajaan yang mempunyai hutan, selalunya mendapat sumber kewangan yang cukup lumayan melalui sumber hutan ini. Namun begitu, tidak ramai yang berfikir, bahawa sumber hutan ini merupakan hak rakyat atau kerajaan, bukan hak milik individu atau parti, atau ahli politik tertentu. KHALIFAH FIL ARD Dalam Islam, sesebuah negeri yang diperi

Dr Rafick Cadang PAS Ambil Alih Teraju Pakatan Rakyat

Imej
  http://greenboc.blogspot.com/2010/11/dr-rafick-cadang-pas-ambil-alih-teraju.html Share   P R bukan PKR Seorang aktivis masyarakat Dr Mohamed Rafick Khan bin Abdul Rahman mencadangkan agar PAS mengambil alih kepimpinan Pakatan Rakyat (PR). Ini berdasarkan kepada fakta bahawa PKR gagal untuk menunjukkan kewibawaannya sebagai sebuah parti yang berkemampuan dan berintegriti memimpin PR . Menulis di dalam blognya di http://rights2write.wordpress.com, beliau berkata PKR telah mengecewakan harapan rakyat apabila PKR telah gagal untuk melakukan perkara yang paling penting di dalam menjalankan sesuatu pemilihan. Ini telah menjejaskan maruah mereka sendiri. Beliau menyatakan jika JPP atau parti telah mengakui wujudnya kekurangan dan mahu melakukan semula Pemilihan atau mengekalkan status quo sehingga semua isu-isu kepincangan diselesaikan, mereka akan lebih dihormati. Sebaliknya, pemimpin PKR terus melakukan pembohongan untuk menutup kepincangan tersebut. Sambil mengakui bahawa jasa A

Pakatan Rakyat bahagi kerusi selepas Konvensyen

Imej
Pakatan Rakyat bahagi kerusi selepas konvensyen Hazayani Zakaria    KUALA LUMPUR, 24 Nov: Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharuddin Mat Isa berkata, proses persiapan pilihan raya Pakatan Rakyat bermula dengan perhimpunan penyokong parti di Pulau Pinang, 18 Disember depan dan disambung dengan Konvensyen Pakatan Rakyat pada keesokan harinya. "Pada peringkat ini, kita mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan selepas itu membawa kepada pembahagian kerusi di kalangan komponen Pakatan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat majlis pimpinan Pakatan Rakyat di pejabat Ketua Pembangkang parlimen, petang ini. Ia juga, katanya sebagai menunjukkan kekuatan Pakatan Rakyat walaupun diasak dengan pelbagai dakwaan melalui media massa. "Kami juga telah memutuskan untuk membuat persiapan pilihan raya di Sarawak, contohnya telah ada jawatankuasa yang telah ditubuh yang akan melangsungkan keputusan yang telah dibuat sebelum ini. "Segala program yang sedang kami rancang adal

Zambry bentang bajet pilihan raya?

Harakahdaily IPOH, 24 Nov: Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) merasakan Bajet 2011 yang akan dibentangkan oleh Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 30 November ini adalah Bajet Pilihanraya bagi persiapan Umno BN menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Timbalan ketuanya, Mohd Munir Ali berkata, pihaknya melihat perbentangan bajet nanti bakal memfokuskan bentuk perkhidmatan dengan memastikan semua peruntukan akan sampai kepada rakyat demi mendapatkan undi mereka. “Sudah tentu segala bentuk peruntukan tersebut akan melibatkan banyak perkara termasuklah projek-projek mega bagi menunjukkan kemampuan sesebuah kerajaan mengurus tadbir negeri dengan baik,” ujarnya dalam satu kenyataan. Namun DPPN Pk, katanya menganggap apa yang berlaku adalah sebaliknya. Baginya, kerajaan negeri Umno BN Perak pada hakikatnya gagal dalam pengurusan negeri dengan efisyen dan jelas hanya menggunakan persidangan Dun nanti semata-mata untuk memenuh

Perak lewat seminggu Hari Raya Qurban

Imej
BumiPerak, Tuesday, November 16, 2010 Jika diperhatikan kepada banner diatas, ianya bukanlah buatan Umno cawangan tetapi bertaraf negeri kerana terkandung ucapan hari raya daripada Menteri Besar Zambry serta barisan kepimpinan kerajaan BN mereka. Jika pada hari raya Aidilfitri yang baru lalu, Umno memperkenalkan kita dengan bulan Islam yang baru, tetapi pada hari raya Aidiladha kali ini, Umno sekali lagi membuat kejutan dengan menyambut raya lewat seminggu daripada yang telah ditetapkan. Ketika seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidil Adha pada 10 Zulhijjah 1431H tahun ini, Zambry dan juga Umno Perak membuat suatu kelainan dengan merayakannya pada 17 Zulhijjah 1431H (rujuk banner diatas). Sekarang ini, Zambry boleh melakukan apa saja kerana pasti mendapat pembelaan daripada Harussani biarpun perkara tersebut jelas melanggar syariat Islam.

Zaid: Husam desak Bernama tarik balik berita

Harakahdaily    KUALA LUMPUR, 16 Nov: Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Husam Musa mendesak Bernama menarik balik berita berhubung PAS terbuka menerima sesiapa sahaja termasuk Datuk Zaid Ibrahim. Berikut adalah kenyataan penuh Husam. Saya merujuk kepada laporan Bernama bertajuk 'Husam: PAS terbuka terima sesiapa, termasuk Zaid'  dan akhbar lain yang menggunakan laporan yang sama. Kebelakangan ini Bernama atas kapasitinya sebagai agensi berita rasmi negara telah membuat laporan "rasmi" untuk kegunaan media lain seolah-olah laporannya adalah betul dan rasmi sedangkan isinya adalah rekaan dan tidak benar. Apa yang dilaporkan Bernama yang kononnya dipetik daripada kenyataan saya semalam adalah tidak benar dan direka-reka. Saya amat kesal dengan laporan itu dan mendesak Bernama menarik balik "berita" yang dikeluarkan itu.

Banjir Di Kedah : Kerajaan Selangor Sumbang RM100,000

SHAH ALAM, 7 OKT : Kerajaan Negeri Selangor meluluskan sumbangan sebanyak RM100,000 kepada Kerajaan Negeri Kedah bagi membantu mangsa banjir besar di negeri itu. Bantuan itu diluluskan dalam mesyuarat Exco baru-baru ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan negeri, Dr Halimah Ali. "Saya sendiri akan menyerahkan RM40,000 di pejabat SUK Kedah sebagai pendahuluan," katanya dipetik daripada Harakahdaily Sementara itu, PAS menganggap kenyataan Tan Sri Muhyidin Yasin satu fitnah apabila mengatakan kerajaan Kedah tidak buat apa-apa terhadap mangsa banjir di negeri itu. Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad, tinjauan beliau di kawasan mangsa banjir di mana petugas PAS dan kerajaan negeri bertungkus lumus membantu tanpa mengira ideologi parti dan agama. Katanya, pihak kerajaan Kedah, pejabat daerah, pejabat zakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Kesihatan, pihak polis, bekerjasama dengan baik untuk