Isu Siapa Menteri Besar Perak yang Sah, Permohonan Ir.Nizar supaya kes rayuannya didengari 11 orang hakim di tolak tanpa sebab !!! - Pahang Daily
 
          PUTRAJAYA  [8.29 pm] - Mahkamah Persekutuan  menolak permohonan Menteri Besar Perak, Ir. Mohd Nizar Jamaluddin  (foto)   yang memohon supaya rayuan beliau didengar di hadapan sidang 11 hakim. Mahkamah Persekutuan bagaimanapun tidak memberi alasan mengapa sidang 11 hakim tidak dapat diadakan, kata peguam Leong Cheok Keng . "Tiada sebab atau penjelasan diberikan mengapa permohonan kami ditolak," kata  Leong. Mahkamah Persekutuan menetapkan kes rayuan Nizar akan didengarkan di hadapan  sidang lima hakim. "Ini adalah tempat terakhir untuk rayuan klien kami. Jika permohonan Nizar nanti juga ditolak oleh sidang lima hakim, maka tamatlah litigasi klien kami,"  kata Leong. Nizar memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan bagi menentukan samada beliau  atau Zambry Abdul Kadir  adalah menteri besar yang sah. Permohonan ini dibuat selepas Mahkamah Rayuan  membatalkan keputusan Mahkamah  Tinggi  yang mengisytiharkan Nizar sebagai Menteri Besar yang sah. Mahkamah Rayuan...
