Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

CINA ISLAM KEMALANGAN DI BUKIT BERAPIT

Bloggers yang dikenali ramai sebagai Cina Islam atau nama sebenar YB Ustaz Khalil Idham Lim, Adun Titi Serong dan juga Ketua Penerangan PAS Perak terlibat dengan kemalangan jalanraya di Bukit Berapit, Jalan lama Kuala Kangsar ke Taiping. Kemalangan tesebut berlaku kira-kra jam 4.30 petang tadi, kenderaan beliau bertembung dengan sebuah lori yang tiba-tiba keluar dari persimpangan. Sebelah kiri kenderaan beliau mengalami kerosakan teruk. Alhamdulillah, beliau besama pemandunya selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan. YB Khalil telah menghubungi saya kira-kira 10 minit tadi untuk memaklumkan kemalangan yang berlaku dan meminta saya mengantikan tempat beliau ceramah malam ini di Air Kuning. Beliau sekarang besama YB Zainuddin yang bergegas ke tempat kejadian setelah diberitahu berada di IPD Kuala Kangsar untuk membuat laporan polis. Beliau bersama pemandunya dalam perjalanan menuju ke Tapah bagi menghadiri program jamuan teh petang ini bersama rakyat dan ceramah perdana di Air Ku

Khalil : Zambry dalam ketakutan

Imej
ADUN Titi Serong, Drs. Khalil Idham Lim didampingi oleh DS. Nizar dan ADUN PR yang lain semasa memberi kenyataan medianya. IPOH : Penolakan Zanbry untuk melantik ADUN Pakatan Rakyat sebagai ahli mesyuarat dalam Jawatankuasa Tindakan Daerah(JKTD) membuktikan beliau berada dalam ketakutan dan tidak sanggup berdepan dengan ADUN Pakatan Rakyat setiap kali mesyuarat sekiranya dijemput, demikian pkenyataan ringkas ADUN Titi Serong,Drs. Khalil Idham Lim dalam sidang media isu yang berkaitan di Pejabat Pakatan Rakyat Perak di sini pagi ini. Beliau juga menjelaskan bahawa selayaknya ADUN Pakatan Rakyat dilantik dalam JKT kerana merekalah yang mewakili rakyat dan kami masih menerima aduan rakyat. "Sebenarnya wakil Zambry dalan JKTD yang ada sekarang adalah tidak layak kerana dia tidak mewakili rakyat" katanya. Menyentuh Isu sambutan Tahun Baru Cina, Drs. Khalil kesal dengan pembaziran yang dilakukan oleh Zambry dan mempertikaikan kewajaran sambutan diadakan sebanyak dua kali .

Umno Bercelaru Antara Perarakan Maulid dan Bertafakur Depan Tugu Negara

Umno semakin bercelaru antara perkara usul dan furuk dalam agama. Isu perarakan maulid seolah-olah kalau tidak buat boleh menjejaskan aqidah. Pada fahaman mereka kalau tidak ada perarakan semacam mengerjakan haji tidak ke Arafah. Sedangkan perarakan maulid hanyalah salah satu program di dalam upacara sambutan maulid nabi SAW, yang dilakukan setengah tempat di negara ini. Tetapi isu ini menjadi panas kononnya kerajaan Pulau Pinang membatalkan program perarakan maulid pada 26hb Feb 2010. Walaupun program perarakan tetap dijalankan, pemimpin Umno bising dengan menuduh kerajaan di bawah pimpinan Lim Guan Eng menghina agama dan tidak menghormati hari kebesaran nabi Muhammad SAW. Lainlah ceritanya kalau kerajaan Pulau Pinang tidak mengistiharkan 12 Rabiulawal bukan cuti umum. Tetapi pemimpin Umno akan mengintai apa sahaja isu yang berlaku di Pulau Pinang untuk dieksploitasi supaya meniupkan kemarahan orang-orang melayu kepada Pakataan Rakyat. Fokus mereka bukan untuk ambil Pulau Pinang teta

al banjari - Jom !! Datang ke Konvensyen Blogger PAS Perak

Imej
Lokasi penunjuk arah ke tapak Konvesnyen Bloggers PAS Perak Di bawah dimaklumkan ATURCARA RASMI sepanjang hari Konvensyen Bloggers PAS Perak 2010 yang akan berlangsung di BIO Career Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Sebarang pertanyaan sila berhubung terus dengan blogger al-Banjari di talian 012-4026129. Kepada mereka yang mahu menyertai Konvensyen ini sila maklumkan awal kepada beliau. Tempat adalah TERHAD . Walaupun program ini adalah program Tertutup parti, namun penyertaan juga tetap dibuka kepada UMUM* . Sila hadir ke meja pendaftaran untuk pengesahan tempat atau smskan ke nombor di atas. Selamat Datang dan Selamat berkonvesnyen. TARIKH 20 FEB 2010 (SABTU) TEMPAT Dewan Konvensyen Banjaria - BIO CAREER, Parit Buntar, Perak. MASA 8.30 AM – 5.00 PM PESERTA KHUSUS : 1. BLOGGER PAS Perak 2. Ketua Penerangan PAS Kawasan 3. SU Lajnah Penerangan PAS Kawasan 4. Jemputan Khas PROGRAM [PAGI] 8.30am - 9.30am Pendaftaran Blogger PAS | Jemputan dan wakil Penerangan PAS Kawasan seluru

PELBAGAI KAUM HADIR SAMBUTAN TAHUN BARU CINA PAKATAN RAKYAT DI TAIPING !

Imej
16 Feb. Taiping. Pelbagai kaum menghadiri sambutan tahun baru anjuran Pakatan Rakyat Perak yang diadakan di Dewan Kwantung, Taiping. Kehadiran di anggarkan sekitar 5,000 orang. Majlis dimulakan pada jam 11.00 pagi dengan tarian singa menyambut kehadiran para tetamu dan tamat jam 1.30 tengahari. Para tetamu islam di hidangkan dengan makanan halal pelbagai jenis. Antara tetamu istimewa yang hadir ialah Tuan Ibrahim Tuan Man Naib Presiden Pas, Lim Kit Siang, YB Menteri Besar Perak yang Sah Dato' Seri ir.Nizar bin Jamaluddin, Ustaz Abu Bakar Husin, Pesuruhjaya Pas Perak, Dato' Nge Ko Ham , Mustafa Kamil Ayub, Pengerusi PKR Perak,Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Meng, Ketua Pemuda DAP Perak, YB Sivakumar , speaker DUN Perak serta di hadiri oleh para Adun-adun Perak dan Pimpinan Pakatan Rakyat. kehadiran yang ramai membuktikan rakyat negeri Perak menolak Politik Racis yang di amalkan oleh Umno dan Barisan Nasional kata Nizar.

JEMPUTAN KE RUMAH TERBUKA TAHUN BARU CINA ANJURAN PAKATAN RAKYAT

Imej
TARIKH 16HB.FEBRUARI.2010 (SELASA) TEMPAT DEWAN KWANTUNG, TAIPING (BERSEBELAHAN MAHKAMAH) JAM 11.00 PAGI - 1.00 TENGAHARI ORANG RAMAI DI JEMPUT HADIR

SU politik Nor Yakcob letak jawatan

Imej
Feb 15, 10 5:15pm Hasbie Satar, setiausaha politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop telah meletakkan jawatan berkuatkuasa semalam, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ini. Kenyataan satu perenggan itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab peletakan jawatan itu. Bagaimanapun, beberapa lamanweb melaporkan bahawa seorang setiausaha politik telah diminta meletak jawatan selepas ditangkap bersama-sama wang tunai RM2 juta di Pulau Pinang Khamis lalu. Laporan itu juga menyebut, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) turut merampas kereta dan rumah mewah. Manakala akaun banknya telah dibekukan tahun lalu, selepas SPRM dikatakan mendapati dia hidup di luar kemampuannya.

Berarak maulud tapi rasuah, tolak sunnah Nabi

Imej
| Print | E-mail Abdul Aziz Mustafa KUALA LUMPUR, 15 Feb: Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. kemudian menolak apa yang diperintahkannya, rasuah, sapu duit rakyat dan salahguna kuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. "Bagi saya, tak berarak tidaklah berdosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat ke atas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh? Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi?" soal beliau. Dengan merujuk kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendedahkan Umno sudah jadi parti perasuah, beliau juga mengecam Umno yang berarak, berselawat kemudian rasuah. "(Lagi) selawat lagi sapu duit rakyat. Berarak berselawat kemudian salah guna kuasa," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena. Beliau menyifatkan, itulah nilai perarakan maulud dan selawat ke atas Nabi bagi Umno. "Berarak berselawat, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malays

LAPORAN POLIS DARI BADAN-BADAN NGO PERAK TERHADAP BLOGGER FITNAH TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ DAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM

Imej
12 Februari 2010 28 Safar 1431H Email : mohd hafez sabri Kami melahirkan rasa kesal terhadap seorang penulis blog yang membuat lakaran begitu mengaibkan membabitkan individu yang dihormati oleh masyarakat dalam dan luar Negara Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai menteri besar negeri Kelantan dan Datuk Seri Anwar Ibrahim Mantan Perdana Menteri Malaysia yang ketika ini sedang menghadapi pertuduhan.Sebuah blog jeffrydamien09.blogspot.com menyiarkan gambar yang telah diubahsuai mempamerkan aksi melampau terhadap Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Anwar dengan aksi liwat. Tindakan bloger terbabit bercanggah dengan undang-undang dan boleh mencetuskan provokasi melampau. Blog itu ditulis seorang yang menggunakan nama jeffrydamien yang menggambarkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sedang diliwat Anwar.Pihak kami memandang perbuatan itu amat tidak wajar dilakukan dan bersifat provokatif yang boleh menyebab berlakunya ketidakstabilan politik negara.Tindakan itu juga tidak bertanggungjawab. K

85% daripada 11073 undian tolak Zambry sebagai MB Perak

Imej
Admin | Thursday, February 11, 2010 | 0 comments Dalam satu undian terkini di bahagian Poll akhbar Sinar Harian edisi internetnya menunjukkan ramai 85 % rakyat tidak bersetuju dengan keputusan Mahkamah Persekutuan yang memutuskan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Undian itu telah memberi tamparan hebat kepada Zambry dan penyokongnya kerana kononnya sebelum ini rakyat menerima dan memberi sokongan padu kepada Zambry sebagai MB Perak. Betul kata Presiden PAS, TG Haji Hadi bahawa Dato` Seri Muhamad Nizar masih lagi diberi kepercayaan dan diterima oleh rakyat untuk menerajui Perak. Sekarang terbukti dengan nyata sekali yang rakyat memang memberi sokongan padu kepada Nizar yang dilihat lebih menitik berat akan kebajikan dan keharmonian rakyat. Dalam Poll itu, Sinar Harian telah mengajukan persoalan, “Keputusan Mahkamah Persekutuan isytihar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah diterima semu

TUAN IBRAHIM TUAN MAN: Bilamana Umno tidak menyerang PAS

Posted on Februari 3, 2010 by HermanSamsudeen “kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah.”-Tuan Ibrahim Oleh Dato’ Tuan Ibrahim b. Tuan ManNaib Presiden dan Pengerusi Lembaga Tatatertib PAS Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum. Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kera

Tuan Guru Nik Abdul Aziz hadir di Mahkamah memberi sokongan pada Anwar

Imej

Kedutaan Amerika Ke PAS Perak

Kunjungan Wakil Kedutaan Amerika Ke PAS Perak - Greenboc

Imej
I poh, Kunjungan Wakil Kedutaan Amerika En. Jeremy Nathan, Timbalan Penasihat Politik Kedutaan United States di sini pagi semalam telah disambut mesra oleh Al Fadhil Ustaz Abu Bakar Hussain selaku Pesuruhjaya PAS Negeri, YB Dato’ Seri Hj Nizar, Setiausaha Perhubungan PAS Negeri dan beberapa pimpinan Harian PAS yang lain. Dalam pertemuan tersebut, Pesuruhjaya PAS Negeri telah memberi taklimat tentang dasar-dasar perjuangan PAS dan perkembangan isu-isu politik terkini di Perak. Manakala wakil kedutaan Amerika, Mr. Jeremy menyatakan hasratnya bertemu PAS Perak untuk mengetahui perjuangan PAS sebenar yang selama ini kegiatan dan perjuangan PAS tidak mendapat liputan yang tepat melalui media arus perdana. Beliau menyatakan kekagumannya kepada PAS yang begitu terbuka pemikiran dan tindakan, ia sangat berbeza dengan gambaran yang diterima dari pihak lain yang mengambarkan PAS sebagai fanatik agama, anti pembangunan dan berbagai persepsi negatif yang lain. Menurut wakil kedutaan U.S itu, Mel