Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari 31, 2010

Pemuda PAS ikrar kembalikan Perak kepada Pakatan Rakyat

Imej
Nazri Abdullah LARUT, 31 Jan: 10 ribu pemuda PAS Perak yang berhimpun di sini hari ini membuat ikrar janji akan memastikan Pakatan Rakyat mendapat kembali kerajaan negeri ini pada Pilihan Raya Negeri yang bakal diadakan. "Bahawasanya kami pemuda PAS Perak dengan ini berikrar setia dan berjanji akan mempertahankan hak demokrasi tulen pengundi-pengundi Perak. "Bahawasanya kami akan memastikan kemenangan PAS dan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya negeri Perak. "Bahawasanya kami akan memulangkan tampuk pemerintahan negeri Perak kepada Pakatan Rakyat di bawah pimpinan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin". Bacaan ikrar tersebut diketuai pemangku ketua pemuda PAS, Nuru Al-Amin diikuti seluruh pemuda PAS Perak di hadapan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan dan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub. Ianya sekaligus membuktikan kesiapsediaan jentera pemuda menggalas tugas parti dalam misi mengembalikan hak dan maruah rakyat negeri ini. Nasruddin dal

HEMPAP ! buktikan orang muda geng kita

Imej
Pagi tadi sempat juga hadir di Program HEMPAP yang di adakan di Darul Taalim, Sungai Limau, Ijok, Perak. Sambutan memang menggalakkan. Pemuda Pas Perak berjaya membawa anak-anak muda pelbagai golongan menyertai program ini. Kita mengharapkan mereka akan terus istiqamah dan akan bekerja untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional Pada Pilihanraya akan datang.Tahniah kepada Pemuda Pas Perak yang telah berjaya mengakhlakkan program-program hiburan yang satu ketika dahulu adalah diluar ruang lingkup aktiviti Pas.

Tengku Razaleigh cipta sejarah lagi

Imej
Posted on Saturday, January 30 @ 15:39:39 PST Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih Oleh: wanibrah " Peristiwa Solat Hajat dan Pidato Perdana Royalti Minyak di Stadium Sultan Muhammad IV anjuran GEGAR pada 28 Januari 2010 lepas sekali lagi menyaksikan rentak politik Kelantan melonjak dan panas. Ia berlaku ekoran penampilan Tengku Razaleigh (Ku Li) dikhalayak hadirin yang menjangkau puluhan ribu (lebih 40 ribu) orang yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur, kaum dan partisan. Sekaligus mengesahkan martabat isu tuntutan hak wang royalti minyak daripada Petronas oleh Kerajaan Negeri Kelantan adalah isu penting untuk seluruh rakyat Kelantan yang sudah mengerunkan pemimpin BN. Dua malam sebelum itu (26 Januari), Datuk Mustapa Mohamad, selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan mengatur langkah pre-ampt dengan mengadakan taklimat wang ehsan di Hotel Renaissance Kota Bharu. dalam taklimatnya, dirumuskan bahawa penyaluran wang ehsan adalah betul dan berteraskan prinsip Kerajaan