Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 1, 2008

MUKTAMAR TERBUKA UNTUK WARTAWAN

Imej
IPOH, 1 Ogos: Walaupun muktamar PAS kali ini dijangka akan panas dengan pelbagai isu yang sedang berlaku sekarang, ia akan dibuka sepenuhnya kepada wartawan. Orang ramai juga boleh mengikuti siaran secara langsung muktamar ini melalui webtv. Perkara ini disahkan oleh Ketua Publisiti Penitia muktamar ini, Misbahul Munir Masduki. Selain mendengar perbahasan panas dari perwakilan dan pemimpin PAS, para peserta Muktamar PAS juga akan dapat berhibur dengan beberapa persembahan pentas, katanya. Antaranya adalah nasyid, pentomin, nyanyian lagu-lagu ketuhanan dan juga pembacaan puisi. Persembahan itu akan dibuat di tapak gerai bersebelahan dengan Stadium Indramulia. Muktamar kali ini akan bermula dengan perasmian Muktamar Dewan Pemuda PAS pada 13 Ogos jam 9 malam di Stadium Indramulia. Ia akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa. Pada 14 Ogos mulai jam 8.00 pagi, Dewan Ulamak akan bermuktamar di Dewan Dewan Bandaraya Ipoh manakala Dewan Muslimat di dewan hotel Hillc

PERSIAPAN MUKTAMAR PAS KE -54 DI PERINGKAT AKHIR, PAS PERAK JANJIKAN KEJUTAN

Imej
IPOH, 1 Ogos (Hrkh) - Persiapan PAS Perak bagi menganjurkan Muktamar PAS ke-54 yang akan diadakan di Bandaraya Ipoh bermula 13 Ogos ini di peringkat akhir, dan muktamar kali ini menjanjikan kejutan. Iklan Petugas-petugas yang ditemui di Pejabat Badan Perhubungan PAS Perak kini semakin sibuk dengan persiapan di peringkat akhir menjelang Muktamar PAS kali ke-54. Tinjauan yang dibuat Harakahdaily hari ini menunjukkan beberapa orang petugas masing-masing sedang menyiapkan kerja-kerja di peringkat akhir termasuk menyerahkan borang jemputan; menyelaraskan penempatan perwakilan, gerai-gerai jualan dan menguruskan kain-kain rentang promosi Muktamar ke-54 ini. Muktamar yang akan bermula pada 14 Ogos ini dijangka akan menjanjikan satu kelainan kerana kali pertama diadakan di Perak, kata Pegawai Penerangan PAS Perak, Zainal Ariff yang ditemui di sini hari ini. Ujar beliau, segala persiapan sudah dilaksanakan sejak sebulan lalu dengan kerjasama PAS Pusat terutamanya, Setiausaha Agung, Dato' Ka

MAJLIS ANGKAT SUMPAH MAJLIS PERBANDARAN TAIPING

Imej
TAIPING : Seramai 23 orang dari Larut Matang Selama, Mengangkat sumpah menerima Jawatan sebagai Ahli Majlis Perbandaran Taiping (MPT). Majlis tersebut diadakan di Bangunan Majlis Perbandaran Taiping (MPT). Ustaz Basiron dan En Mustaffa masing-masing mewakili Kawasan PAS Bukit Gantang manakala En Muhammad Apardi bekas calon PAS Kamunting mewakili Kawasan PAS Kawasan Taiping.

MB PERAK RASMI BULAN SOLAT

Imej
IPOH, 29 July :- Perlaksanaan solat yang sempurna adalah penyelesai kepada masalah muda-mudi di Perak dan dalam keadaan unsur-unsur menjauhkan rakyat dari sembahyang sangat banyak maka menjadi tanggungjawab kerajaan merapatkan umat kepada aktiviti yang memperbanyakkan pahala kepada Allah SWT.Demikian antara isi ucapan YAB Menteri besar perak, Dato' Seri Ir. Muhammad Nizar jamaluddin semasa meresmikan Program Bulan Galakan Sembahyang Anjuran Jabatan Agama Islam Perak di Dataran Bandaraya Ipoh hari ini. Progran yang julungkali diadakan itu menarik warga setempat yang melebihi 1000 orang pengunjung dengan didahului dengan Sembahyang Isya berjemaah yang diimamkan sendiri oleh YAB. Menteri Besar. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Pengarah JAIP, Dato' Jumry bin Sury, Timbalan Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk bandar ipoh, Tn. Hj. Roshidi.

MB PERAK PELAWA TAJOL SERTAI PAKATAN RAKYAT

IPOH, 1 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin mempelawa Pengerusi Umno Perak, Dato' Seri Mohd Tajol Rosli Ghazali menyertai Pakatan Rakyat. Iklan Beliau membuat pelawaan itu sebagai respons balas kepada pelawaan Tajol Rosli yang mengajak Nizar menyertai kerajaan yang kononnya boleh dibina jika PAS dan Umno bekerjasama. Tajol juga menawarkan kedudukan sebagai Menteri Besar kepada Nizar, sedangkan kata Nizar beliau telah menjawat jawatan itu bersama Pakatan Rakyat. Namun, Nizar yang telah dilantik sebagai Menteri Besar sebaik sahaja Pakatan Rakyat memerintah Perak, menolak tawaran Tajol yang disifatkan sebagai 'senda gurau'. "Terima kasih atas tawaran itu, saya juga nak buat tawaran kepada dia setelah PAS Pusat menolak tawaran kerjasama dengan Umno, sebagai Menteri Besar eloklah saya buat tawaran kepada Tajol dan rakan-rakan untuk menyertai kami (Pakatan Rakyat)," katanya. Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di Pejabat Ma