Catatan

Tunjukkan catatan dari April 11, 2009

Apa yang sebenar di Mahkamah mengenai 3 Dun lompat !!!!

Status tiga Adun Perak masih belum diputuskan mahkamah Mohamed Hanipa Maidin Fri Apr 10, 09 5:06:45 pm MYT Ramai ingin mengetahui sama ada keputusan Mahkamah Persekutuan semalam (9 April 2009) yang memutuskan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai kuasa menentukan status tiga bekas Adun Pakatan Rakyat yang melompat iaitu Hee Yit Foong (DAP-Jelapang), Jamaluddin Mohd Radzi (KeADILan-Behrang) dan Mohd Osman Mohd Jailu (KeADILan-Changkat Jering) menandakan berakhirnya isu status ketiga-tiga Adun tersebut? Sebelum saya menjawab soalan itu, ingin saya berkongsi dengan para pembaca tentang intisari keputusan Mahkamah Persekutuan itu. Keputusan tersebut boleh disimpulkan seperti berikut: 1. Pada 9 April 2009 Mahkamah Persekutuan SEKADAR mengisytiharkan bahawa SPR dan bukannya Speaker mempunyai kuasa untuk menentukan sama ada sesuatu kerusi seseorang Adun seperti mana tiga kerusi Adun Perak tersebut kosong atau tidak. 2. Memandangkan Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa kuasa untu