Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari 12, 2009

Ir Nizar : Kami

Imej
IPOH, 12 Feb,:-Kita akan failkan kes memohon dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur jam 11.30 pagi esok untuk isytiharkan Kerajaan Haram tidak sah dan Pakatan Rakyat adalah kerajaan yang sah dan saya mohon bagi sokongan dan tidak buat apa-apa provokasi. Demikian antara kenyataan akhbar YAB Menteri Besar Perak, DS. Muhammad Nizar Jamaluddin di Kediaman Menteri Besar di sini sebentar tadi. "Kita juga secara prinsip kenderaan yang digunakan akan diserahkan dan diletakkan di kediaman Menteri Besar sebagai menghormati undang-undang yang ada. Tidak ada apa-apa elemen, tidak menjejaskan kepada apa-apa kes kami yang dibuat sebelum dari ini, kerana itu kenderaan diserahkan di sini sehingga keputusan dari mahkamah diputuskan' Katanya.. Hadir sama dalam sidang akhbar itu ialah Exco Kerajaan Negeri dan ADUN Pakatan Rakyat yang lain. Beliau juga memaklumkan akan menyerahkan kediaman Menteri Besar dalam masa terdekat, secara rasmi akan keluar dengan terhormat, dan menyewa tempat dekat dengan an

Nizar akan failkan saman di Mahkamah Tinggi esok

Nizar akan failkan saman di Mahkamah Tinggi esok Harakahdaily Thu | Feb 12, 09 | 5:10:00 pm MYT KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) - Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin akan memfailkan saman terhadap pelantikan Menteri Besar baru, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada jam 11 pagi esok. Iklan Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin mengumumkan hari ini bahawa beliau akan keluar dari kediaman rasmi menteri besar 10 hari lagi. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Ipoh, Nizar berkata beliau telah menerima surat dari Setiausaha Kerajaan Perak, Dato' Abdul Rahman Hashim meminta beliau mengosongkan kediaman tersebut. Nizar berkata, beliau akan menghormati permintaan tersebut dan akan memulangkan semula kesemua 11 kereta Toyota Camry. Di samping itu, beliau juga menggesa ra

Orang Changkat Jering tunjukkan perasaan mereka ..

Imej
CHANGKAT JERING, 12 Feb .:- Setelah beberapa hari Osman Jailu mengumumkan keluar dari Pakatan Rakyat dan menyokong BN dengan mengatakan dia Bebas, banner-banner seperti di bawah mula diletakkan di banyak tempat di Changkat Jering. Pagi tadi semasa saya meninjau kawasan berkenaan sempat saya rakam kan banner istemewa itu untuk tatapan pengunjung blog cina islam.

Kami bukan penderhaka - Harakahdaily

Imej
Kami bukan penderhaka! Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my Thu | Feb 12, 09 | 11:39:19 am MYT KAMI bukan penderhaka. Kami sama sekali tidak berniat untuk menentang Raja. Kami sekadar berpendapat bahawa keputusan yang diambil Raja di Perak tidak bertepatan mengikut lunas undang-undang. Iklan Kami berbeza, kerana kami berpendapat bahawa jalan terbaik untuk membentuk sesebuah kerajaan, ialah melalui pilihan raya, bukan dengan cara membeli dan mengumpan wakil rakyat. Adalah tidak adil sesebuah kerajaan dibentuk, bukan dengan mandat rakyat, tetapi dengan mandat rasuah, sama ada dalam bentuk wang, jawatan atau penarikan balik kes-kes jenayah yang sedang dihadapkan ke mahkamah. Kami berbeza dengan Raja kerana kami berpendapat, jalan terbaik untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak, ialah dengan memulangkan mandat semula, kepa

Pemansuhan kedudukan Nizar diragui kesahihannya - Pensyarah UKM

Imej
Pemansuhan kedudukan Nizar diragui kesahihannya - Pensyarah UKM Intan Abdullah Thu | Feb 12, 09 | 9:14:04 am MYT KUALA LUMPUR, 12 Feb (Hrkh) - Seorang pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Muhamad Nadzri Mohamed Noor mempersoalkan tindakan pemansuhan kedudukan Dato' Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak tanpa melalui proses perundangan, yakni tanpa membuat persidangan Dun bagi membawa usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar atau tanpa diputuskan mahkamah diragui tahap kesahihannya. Iklan "Selain itu, sebelum pelantikan Dato' Dr Zamry, Nizar pernah memohon pembubaran Dun kepada Sultan Perak. Meskipun baginda mempunyai kuasa budi bicara, namun kuasa beliau sebagai Sultan juga adalah kuasa rasmi dan simbolik yakni beliau bertindak atas nasihat Menteri Besar," katanya lagi. Oleh itu,

HJ NIZAR AKAN PINDAH SIKIT MASA LAGI - MISBAH

pDato' Seri Hj Nizar ditohmah kononnya tidak mahu keluar dari kediaman rasmi MB walaupun sudah dikeluarkan notis berkali-kali, antara yang turut memberi tohmahan ialah Perdana Menteri sendiri. Sebenarnya, sehingga sekarang belum ada sebarang notis supaya Dato' Seri mengosongkan kediaman rasmi. Malahan Dato' SS ketika menelopon MB tempoh hari telah memohon maaf di atas kebiadapannya & keterlanjurannya terhadap Dato' Seri di Pejabat MB, beliau ada mengatakan bahawa Dato' Seri boleh tinggal lama pun tak apa, nanti kalau berpindah, beritahu sahaja Dato' SS. Kemudahan transport akan disediakan. Kita pun faham, walaupun dia tak suruh pindah, tetapi maksud sebaliknya ialah kosongkan kediaman, orang lain nak masuk. Tohmahan yang mengatakan sudah berkali-kali notis dikeluarkan tetapi tidak juga mahu berpindah adalah tidak betul. Dato' Seri belum menerima sebarang notis pindah. Beliau memang ingin berpindah, tetapi ambil masa sedikit. MB yang terdahulu pun berpind

WAJAH SHUHADA ' GHAZZAH

Imej
WAJAH SYUHADA' GHAZZAH الموت في سبيل الله أسمى أمانينا Bangga mendapat syahid yang diidamkan Tiada yang Lebih Hebat dan Manis selain Syahid Pergi Mendapatkan Janji Allah swt Aku Mendapatkan Kekasihku ...oh TuhanKu Tiada sinar dan Cahaya seindah Cahaya dan Sinar Syurga