Catatan

Tunjukkan catatan dari November 29, 2008

DENGAN HARAPAN RAKYAT, KERAJAAN BARU PAKATAN RAKYAT AKAN DIREALISASIKAN - WAN AZIZAH

Imej
Wan Nordin Wan Yaacob Sat Nov 29, 08 11:42:20 am MYT SHAH ALAM, 29 Nov (Hrkh) - Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan dengan harapan rakyat dan kerjasama yang tinggi di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, usaha untuk membentuk kerajaan baru di peringkat pusat akan direalisasikan juga akhirnya. Semasa menyampaikan ucapan dasar sempena Kongres KeADILan di Stadium Malawati Shah Alam ketika ini, Dr Wan Azizah menyatakan, rakyat terus berharap agar terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat yang sedang diusahakan. Ujarnya, kerajaan Pakatan Rakyat akan terbentuk dengan 'izin Allah' dan kerajaan ini akan menjadi kerajaan yang prihatin, selamat dan bebas dari belenggu rasuah, campur tangan kehakiman dan dikenali wibawanya di seluruh dunia. Presiden KeADILan itu juga berjanji jika terbentuknya kerajaan Pakatan Rakyat ini, semua manifesto yang diucapankan dalam kempen Pilihan Raya Umum ke-12 lalu akan dilaksanakan. Beliau menyebut, penggu

'PERANG BESAR' RAFIDAH - SHAHRIZAT SEMAKIN MEMBURUK - HRKH

Imej
Safar Jumaat Fri Nov 28, 08 3:00:31 pm MYT 'ORANG lihat Rafidah (Tan Sri) kerana dia lama. Orang lihat Rafidah kerana dia garang. Orang lihat Rafidah kerana dia bercakap lantang tetapi orang tidak tahu siapa Shahrizat (Dato' Seri)', kata-kata ini sedang berpindah dari mulut ke telinga dan dari mulut ke mulut Memetik kata-kata Ketua Pergerakan Wanita Umno Johor, Dato' Halimah Mohd Sadique baru-baru ini, jangan 'telanjangkan' Wanita memberi erti, 'peperangan besar' sedang berlaku sekarang, setelah lebih 12 tahun Wanita Umno tidak terlibat dalam 'peperangan' seperti ini. Orang kuat Rafidah memberitahu, sejarah paling besar Shahrizat dalam Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat ialah kesemua pimpinannya (Menteri, Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen) tewas sekaligus dalam Pilihan Raya Umum ke 12 (PRU 12), 8 Mac lalu. Sejarah ciptaan Shahrizat ini bukan senang untuk diulangi sesiapa dan jangan pula terkejut jika Shahrizat sekali