Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei 26, 2009

Alhamdulillah semua telah di bebaskan !!!

Nizar Zambry : Semua Tahanan Telah Dibebaskan - Greenboc Kesemua 14 orang yang ditahan termasuk tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri dan seorang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang ditangkap pagi tadi berhubung tindakan memfailkan saman terhadap "Menteri Besar Mahkamah", Dr Zambry Abd Kadir atas tindakan beliau memecat ketua-ketua kampung lantikan Pakatan Rakyat telah dibebaskan daripada IPK Ipoh sebentar tadi. Mereka yang dibebaskan termasuk Ahli Parlimen Ipoh Barat, M. Kula Segaran, ADUN Teja, Chan Lih Kang, ADUN Menglembu, Lim Phek Her, ADUN Jalong, Leong Mee Ming, ADUN Pasir Pinji Thomas Su dan ADUN Simpang Pulai, Chan Ming Kai, ADUN Tronoh V. Sivakumar dan ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh. Turut menyambut mereka di luar IPK Ipoh termasuk Menteri Besar Perak, Nizar Jamaluddin dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat negeri.Dalam sidang akhbar yang diadakan di luar kawasan IPK, Nizar berkata perjuangan rakyat untuk menuntut keadilan berhubung pemecatan ketua-ketua kampung dan pua

Terkini !! MB buat lawatan ke sekolah di Kg Tawas, Ipoh

MB Nizar bersama rombongan sempat membuat lawatan ke Sekolah kanak-kanak "terencat akal" (down sindrom) di Kg tawas sebaik sahaja memfailkan saman di Mahkamah Tinggi sebentar tadi. Mengikut sumber MB telah menyampaikan sumbangan dari Pakatan Rakyat dan Kelab Penyokong PAS. Di Wisma DAP - Polis masih berkawal dan belum lagi bersurai.

TERKINI !! MB Nizar failkan saman di mahkamah sebentar tadi

Mengikut sumber dari Ipoh..MB Nizar dan rombongan telah selesai memfailkan saman kepada Zambry di Mahkamah Tinggi sebentar tadi atas tindakan kerajaan Pimpinan Zamry memecat ketua kampung lantikan Kerajaan Pakatan Rakyat

TERKINI !!! SIVA JUGA TELAH DI TAHAN

Sebentar tadi Siva dan pengawal pribadi juga ditahan Adun lain yang di tahan ialah ADUN Teja, YB. Chan Lih Kang, ADUN Menglembu,YB Lim Phek Her, ADUN Jalon, YB.Leong Mee Ming, ADUN Pasir Pinji, YB.Thomas SU dan ADUN Simpang Pulai, YB.Chang MIng dan sekurang-kurangnya 3 orang awam lain baru sahaja ditangkap polis sebentar tadi.

TERKINI !! dari Wisma DAP

Imej
Dato Ngeh sedang berucap " kesal dengan Malaysia semacam Negara Polis DS.Nizar berucap merasmikan Program Puasa dan Mogok Lapar Dr.Lee Boon Chye, Ahli Parlimen Gopeng juga berucap dengan merasa kesal atas slogan Malaysia Boleh, dalam keadaan kita tidak boleh melakukan sesuatu termasuk Mogok Lapar" Sementara diluar Wisma kereta Polis bersusun dan sebahagian anggota Polis menawan khemah yang pasang petugas Sekarang ini sedang berlangsung Majlis Perasmian Program Puasa Sunat dan Mogok Lapar yang diadakan di dalam Wisma DAP dengan dipengerusikan oleh ADUN Canning, YB Wong Kar Woh. Majlis dimulai oleh taklimat ringkas Pengerusi yang mengesahkan 5 orang ditangkap pagi tadi, sebuah belon besar untuk pelancaran turut dirampas oleh polis.

Banyak lagi ranjau di depan Zambry..!!!

Masih banyak Ranjau Dihadapan Zambry Posted on Saturday, May 23 @ 00:18:34 PDT by TokPenghulu Oleh: SunanHayat "Walaupun Zambry baru shj memenangi kesnya di Mahkamah Rayuan, tetapi ia tidak dianggap sebagai "panadol" yang boleh menghilangkan migrin bagi memerintah Perak dengan tenang dan selesa..Maruah bukanlah sesuatu yang penting bagi seseorang UMNO/BN, kerana dunia politik mereka sememangnya berlumpur dengan segala jenis kehinaan.. Jangan pula hairan melihat ramai manusia di"silapmata"kan dengan melihat kehinaan itu sebagai sesuatu yang amat menarik., kerana 1500 tahun dahulu Nabi pernah berpesan bahawa ALLAH melihat dunia seperti bangkai., tetapi bangkai itulah yg dihurungi manusia berhati lalat, hering, dan buaya.. Dihadapan Zambry masih ada lagi Mahkamah Persekutuan yang akan terus menyegarkan memori melayu yang mudah lupa.. Semakin lama kes ini berlarutan, maka semakin peritlah UMNO/BN mendepani PRU-13.. Dihadapan Zambry juga bercerakah duri dan kaca y