Catatan

Tunjukkan catatan dari April 26, 2010

Tahniah!! walaupun klah tapi undi meningkat

Oleh: hermansamsudeen "Tahniah kepada Datuk Zaid Ibrahim dan jentera Pakatan Rakyat, khususnya kepada petugas PAS yang berusaha bersungguh-sungguh di Hulu Selangor. Tidak lupa juga pada sokongan media seperti Harakah, Suara Keadilan, Malaysiakini, Roket dan semua jaringan termasuk blogger Pakatan yang berkerjasama menangkis fitnah BN dan menyebarkan fakta yang benar kepada rakyat. Walau pun Pakatan kalah kali ini tetapi jika diperhatikan jumlah undi yang diterima, cukup mengembirakan. Undi Pakatan tidak merosot malah bertambah. 2004 pakatan dapat 13, 324 undi, 2008 dapat 23,177 dan 2010 dapat 23,272 undi…..boleh dikatakan bahawa Pakatan kini mpunyai 23,000 pengundi tetap untuk 2013… sedangkan BN yg menang dgn majoriti 14 483 undi pada 2004 kini hanya mampu memperoleh majoriti 1,725 undi. Walaupun kehilangan kerusi Hulu Selangor, namun itu sedikitpun tidak merencatkan perkembangan sokongan rakyat kepada Pakatan. BN belum boleh menabik dada dengan mengatakan sokongan rakyat

PERJUANGAN BELUM BERAKHIR

Imej
Posted on Sunday, April 25 @ 17:23:20 PDT Dilulus untuk paparan oleh  kerissakti Oleh:  ruhan " Keputusan PRK Parlimen Hulu Selangor telah pun diketahui. BN-MIC telah memenanginya. Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana bagi PRK Parlimen pasca-PRU ke-12 kedudukannya seri. Dahulu Pakatan Rakyat merampas kerusi Kuala Terengganu dari tangan UMNO. Kini, BN-MIC merampas kerusi Hulu Selangor dari tangan Pakatan Rakyat. Namun demikian, bacaan terhadap kecenderungan yang ditunjukkan oleh pengundi-pengundi Melayu amat merisaukan. Sebahagian besar mereka turut menyokong persahabatan kerajaan dengan Yahudi yang memperjuangkan ideologi zionis. Percambahan sokongan ini menunjukkan bahawa perkiraan keagamaan tidak menjadi keutamaan kepada insan yang mengaku mereka Islam. Kesannya kepada masa depan negara amat menggerunkan. Kedua, di kawasan majoriti Melayu yang letaknya terceruk, gula-gula politik masih laku. Hal ini akan memudahkan lagi tugas UMNO menghadapi setiap pilihan raya di