Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2008

PENGKISAHAN SEJARAH KEMERDEKAAN

Pengkisahan Sejarah Kemerdekaan ini boleh dibaca di majlis-majlis rasmi kemerdekaan di sekolah, IPT dan Pejabat Kerajaan. Bacalah dengan intonasi suara yang bersemangat 24 Ogos 1511 - Setelah hampir 2 minggu mempertahankan bumi Melaka, akhirnya Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka, kerajaan Melayu terulung di nusantara jatuh ke tangan Benggali Putih berbangsa Eropah Portugis. Raja Ahmad putera Sultan Mahmud Syah gugur bersama beribu-ribu pejuang Melaka di medan berdarah. Perjuangan mendapatkan semula Melaka bermula setelah kejatuhan Melaka. Sultan Mahmud Syah memimpin perjuangan mendapatkan kembali Melaka, namun A Famosa menjadi penghalang kemerdekaan Melaka. 1641- Setelah lebih 100 tahun bertapak di Melaka, akhirnya runtuh juga Kota Melaka, namun kemerdekaan Melaka masih tak tercapai jua kerana Belanda pula menjadi penguasa. Perjuangan memerdekakan Melaka terus menyala. Raja Ali Haji memimpin perjuangan suci merebut Melaka dari Belanda. 1784- Peristiwa sedih di Teluk Ketapang

PERISTIWA BESAR DALAM SEJARAH ISLAM DALAM BULAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan bukan hanya terkenal sebagai pusat latihan ibadah kepada umat Islam, malah ia juga terkenal dengan peristiwa besar dalam sejarah Islam antaranya: BULAN DITURUNKAN AL KITAB Beberapa hari yang ditentukan itu ialah bulan Ramadhan. Bulan yang diturunkan di dalamnya (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk untuk manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pemisah antara yang benar dan salah.Para pakar tafsir dan hadis merekodkan, Allah juga menurunkan kitab-kitab dan suhuf iaitu kitab-kitab kecil selain Zabur, Taurat, Injil dan Al Quran kepada para rasul terdahulu pada bulan Ramadhan. PERISTIWA BADAR Pada hari Jumaat 2 Ramadhan tahun ke-2 Hijrah berlakunya perang pertama dalam Islam yang dikenali Perang Badar. Badar adalah nama tempat di sebuah lembah yang terletak di antara Madinah dan Mekah. Tentera Islam mengawal lokasi strategik dengan menguasai sumber air yang terdapat di situ.Perang ini melibatkan tentera Islam seramai 313 anggota berhadapan dengan 1,000 an

ADAKAH KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK AKAN TUMBANG ESOK 31OGOS !!

PETALING JAYA: Tinggal kurang 24 jam sasaran tarikh 31 Ogos yang diletakkan oleh Barisan Nasional (BN) Perak untuk mengambil alih kerajaan negeri Perak! Adakah ia akan menjadi kenyataan esok? "Saya menunggu tarikh itu (31 Ogos). Ia Merdeka bagi kita semua," kata Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin di Ipoh hari ini. "Pada 31 Ogos, Pakatan Rakyat akan tetap mempunyai 31 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan kami akan menyambut hari kemerdekaan yang sebenar," tambah beliau. Menteri Besar itu menekankan, esok sebenarnya merupakan hari kemerdekaan yang sebenar bagi rakyat negeri Perak. Pada pilihan raya umum ke-12 Mac lalu, pembangkang yang terdiri daripada DAP, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) berjaya membentuk kerajaan baru - kerajaan campuran - selepas menang 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) manakala BN hanya mampu menguasai 28 kerusi. Pembangkang turut menang di 11 kerusi Parlimen manakala BN memperoleh 13 kerusi. Awal bulan ini, bekas Menteri

ADAB BERBUKA PUASA - MENURUT SUNAH RASULULLAH S.A.W.

ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa. Sedangkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan: “Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.” Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan: “Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kepalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian saha

KELEBIHAN RAMADHAN

Oleh arrayan " Di dalam satu hadis menyebut :شَهْرُ رَمَضَانَ أَوَّلُهُ الرَّحْمَةُ وَأَوْسَطُهُ المَغْفِرَةُ وَآخِرُهُ عِتْقٌ مِنَ النَّارِ Maknanya : Bulan Ramadhan, awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya keselamatan daripada api nerakaInilah kelebihan yang terdapat di dalam bulan Ramadhan. Secara ringkasnya bulan Ramadhan terbahagi kepada 3 fasa iaitu : Fasa Pertama : 10 hari yang awal merupakan fasa rahmat Fasa Kedua : 10 hari berikutnya merupakan fasa keampunan Fasa Ketiga : 10 hari terakhir merupakan fasa keselamatan daripada api neraka Oleh itu, marilah kita merebut peluang ini dengan mengandakan amalan soleh pada siang dan malam bulan Ramadhan semoga kita semua akan mendapat segala kebaikan yang tidak terhingga 13 pesanan Rasulullah sebelum Ramadhan Imam Ibnu Khuzaimah dalam kitab At Targhib Juz II/217-218 meriwayatkan suatu hadits bahwa Rasulullah saw. pada hari terakhir bulan Sya’ban berkhutbah di hadapan kaum muslimin, sebagai berikut: “Wahai manusia, ses

KONSERT AVRIL !!

Assalamualaikum Nak bagi pandangan sikit la...sebenarnya tanpa konsert ni pun dah banyak yg perkara2 bertentangan agama Islam, tapi kita tak berapa nampak, contoh artis yg seksi bukan main, gambar si zarina yg tak senonoh kat N9, pelik mana mufti2 yg dilantik tak nampak pun pandangan depa. Tapi dengan meluluskan konsert ni pada hari Jumaat, dekat merdeka, nak sambut Ramadhan lagi, ada satu penghinaan ke atas agama kita. Mmg kita berbilang bangsa tapi kena ingat Malaysia ni agama rasmi Islam. Di mana kita letak agama kita ni, bukankan Islam adalah sebagai panduan dan rujukan untuk kita berbuat sesuatu. Pelik juga kerajaan mengharamkan mana-mana ceramah pembangkang di tayangkan di TV tapi cerita-cerita panas boleh dilepaskan. Drama/filem Melayu semua nya berunsur barat... suami orang berlakon sekatil dengan isteri orang, berpeluk walaupun dlm drama sebagai suami isteri tetapi pada hakikatnya mereka bukan muhrim, haram tetap haram. Islam Hadhari diwar-warkan tapi bagaimana implementation

anwar kini rasmi ketua pembangkang

Imej
Selepas 10 tahun tidak menjejakkan kaki ke Dewan Rakyat, mantan timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini secara rasmi dilantik sebagai Ketua Pembangkang. Ahli parlimen Permatang Pauh itu, yang baru memenangi kerusi tersebut dua hari lalu, mengangkat sumpah jam 10.05 pagi tadi, sejurus selepas bacaan doa di dewan yang mulia itu. Anwar, 61, mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua, Tan Sri Pandikar Amin Mulia di Dewan Rakyat. Yang Dipertua berkata, Anwar akan diberikan segala keistimewaan yang dinikmati oleh seorang ketua pembangkang. Anwar yang berbaju Melayu biru tua, kemudian melangkah duduk di kerusi betul-betul berdepan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.Kerusi itu dulu diduduki isterinya yang mewakili kawasan parlimen yang sama - acara mengangkat sumpah Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak lama selepas pilihanraya umum lalu dihadiri Anwar sebagai pasangan seorang anggota Dewan Rakyat. Sebaik sahaja upacara mengangkat sumpah itu selesai,

MEMBANGUNKAN NEGARA DENGAN ISLAM

Kita hanya boleh membina dan membangunkan kembali negara ini dan institusinya supaya sejahtera, supaya aman, terus makmur dan dalam masa yang sama bermunajat dan bermohon kepada Allah supaya melindungi negara bertuah ini daripada sebarang malapetaka dan bencana dgn hanya mengimani dan mempraktikkan Islam itu secara menyeluruh dan bukan memilih secara hadari.Jika sebaliknya jgn harap rahmat dan keberkatan Allah. Apa yg anda perjuangkan akan di soal oleh Allah di akhirat kelak.Politik tidak terpisah daripada Islam. Apa guna solat puasa, zakat, hj dll jika hati perut masih menolak syariat Allah.Jika solat tidak menjana kebaikan dan menjauhakan kemungkaran solat tersebut bermasalah sekaligus menunjukkan bermasalah dlm hubungan dgn Allah

VIRUS BARU DALAM UMNO

Sesudah Ahmad Shabery Chik tidak mengotakan janjinya untuk letak jawatan setelah kalah debat, kali ini Hamid Albar juga berkata sanggup meletak jawatan andai Akta DNA yang dibentang di parlimen mempunyai muslihat politik. Nampaknya satu lagi virus melanda pemimpin umno selepas sumpah dan fitnah

SURAMNYA MERDEKA TAHUN INI

Kenapa kibaran jalur gemilang amat suram pada tahun ini? Itu persoalan yang banyak diperkatakan sekarang ini memandangkan sambutan hari kemerdekaan ke 51 tinggal beberapa hari saja lagi. Adakah rakyat Malaysia sudah hilang rasa cinta terhadap negara? Pada saya mungkin juga kerana perkara yang sebegini mudah pun ( kibarkan bendera) tidak mampu dilakukan oleh rakyat Malaysia. Salah siapa hingga sambutan kemerdekaan ini amat hambar? Nak salah kan rakyat 100% tidak adil kerana kerajaan juga tidak memainkan peranan yang sepatutnya untuk membangkitkan rasa cinta rakyat terhadap negara. Apa buktinya? Pada hari esok, jumaat, satu konsert oleh artis barat, Avril Lavigne akan diadakan di negara kita. Adakah wajar dalam keadaan kita hendak menyambut kemerdekaan & ramadhan, artis yang seperti ini dibenarkan membuat persembahannya di Malaysia? Umum sudahpun tahu tentang cara berpakaian & persembahan artis ini. Apa kena-mengenanya artis ini dengan kemerdekaan negara? Bukankah lebih molek jik

LAFAZ SUMPAH HANYA LEPAS PROSES PERUNDANGAN - MAJLIS FATWA

Imej
Harakahdaily Tue Aug 26, 08 8:07:18 pm MYT KUALA TERENGGANU, 26 Ogos (Hrkh) - Majlis Fatwa Kebangsaan berpendapat proses perundangan perlu berjalan terlebih dahulu sebelum lafaz sumpah laknat (muhabalah) dilakukan oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan bahawa beliau diliwat oleh Penasihat Parti KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Bernama melaporkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata dalam melakukan sumpah itu, ia perlu melibatkan kedua-dua pihak iaitu individu yang dituduh serta mereka yang menuduh dan ia tidak semestinya dilakukan hanya di masjid. Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat khas dengan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan di sini hari ini, beliau berkata pendapat beberapa tokoh agama terhadap sumpah yang dilakukan baru-baru ini oleh Mohd Saiful berhubung dakwaannya terhadap Anwar itu, telah mengelirukan masyarakat dan ia harus menjadi pengajaran kepada pihak-pihak berkaitan dalam menangani isu seumpa

5 BAS "PENGUNDI HANTU" DITAHAN

Imej
Tiga buah bas - sebuah daripadanya membawa penumpang - telah dibawa ke balai polis di Permatang Pauh selepas penyokong PKR percaya mereka digunakan untuk membawa pengundi hantu. Bas-bas dan penumpang berkenaan kini berada di balai polis Seberang jaya, manakala pemimpin PKR, N Gobalakrishnan, yang juga ahli Parlimen Padang Seri, telah membuat laporan polis berhubung perkara tersebut. Dan pada kira-kira jam 5.30 petang, dua buah bas lagi yang disyaki membawa pengundi hantu, dibawa ke balai polis. Gobalakrishman memberitahu Malaysiakini bahawa mereka telah dimaklumkan bahawa enam buah bas yang membawa pengundi hantu, akan tiba di Permatang Pauh pada kira-kira 3 petang. Selepas diperiksa, penyokong PKR mendapati dua buah bas kosong diletakkan di sepanjang Lebuhraya Butterworth-Kulim, dan diperhatikan oleh anggota polis. Penyokong PKR kemudiannya diberitahu anggota polis tersebut bahawa bas tersebut sedang menunggu pengu

ANWAR MENANG BESAR !

Imej
PERMATANG PAUH, 26 Ogos (Hrkh) - Keputusan rasmi SPR yang diterima adalah Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim menang sebanyak 31,195 undi manakala calon BN mendapat 15,524 undi manakala calon bebas hanya 92 undi. Majoriti undi yang dimenangi Anwar adalah 15,971 undi.

ISU PENANGKAPAN EXCO PERAK, EZAM MUNGKIN DALANGNYA

Imej
Di awal bulan Julai lalu, Ezam Mohd Noor ada menyatakan dalam ceramahnya bahawa Pakatan Rakyat di Perak akan tumbang selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2008. Bagaimana Ezam boleh mendakwa awal perkara ini? Laman blog Malaysia Waves telah melapor lebih awal bahawa terdapat satu perancangan yang amat kotor akan digunakan Ezam untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Terbukti dalam minggu ini, perancangan itu telah dilakukan lebih awal memandangkan DSAI sudah semakin hampir untuk ke Parlimen. Berikut adalah laporan seorang blogger dalam blog Malaysia Waves ... Saturday, July 26, 2008 Ezam Trying to Deliver Perak to BN/Ezam Hendak Memberi Perak Kepada BN Pakatan Rakyat must beware of the situation in Perak. My source within Ezam’s team is telling me that Ezam Mat Now is wooing the Malay ADUN from PKR in Perak. From the current tally of seats, Pakatan Rakyat :31 and Barisan Nasional:28. In other words, Barisan Nasional only require 2 ADUN to cross over from Pakatan Rakyat to topple

TUDUHAN RASUAH , SATU CUBAAB RAMPAS KUASA KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PERAK

PERMATANG PAUH, 21 Ogos (Hrkh) - Tindakan pihak tertentu yang memerangkap dua Exco Kerajaan Negeri Perak yang didakwa kononya antara suspek rasuah dan seks sebenarnya bermotif merampas kuasa kerajaan negeri Perak sekarang dan memburukan imej Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil Permatang Pauh. Tuduhan Badan Pencegah Rasuah terhadap kedua exco ini kononnya terlibat satu projek perumahan di Seri Iskandar, Perak adalah tidak benar, kata Ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dalam satu sidang medianya di Yayasan Aman pagi tadi. Ujarnya perkara ini berlaku semasa Kapten Usaili Alias bersama dengan Osman Mohd Jailu sedang minum di sebuah gerai, mereka ditegur sapa oleh dua orang tidak dikenali. Lalu dua orang bersebut meninggalkan beg dan beredar dan pegawai BPR tiba-tiba muncul sebaik sahaja mereka memegang beg berkenaan yang ditinggal itu, katanya. Beg tersebut dikatakan mengandungi RM100,000, dakwanya. Setakad ini, BPR telah menahan Exco, Jamaludin Mohd Radzi dan Osman Mohd Jailu, seor

Penahanan Exco - Nizar serahkan kepada siasatan BPR

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin menyerahkan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) untuk melakukan siasatan secara adil dan telus terhadap dua orang anggota Exco Kerajaan Negeri hari ini. Dalam kenyataan ringkas kepada Harakahdaily sebentar tadi, Nizar berkata pihaknya tidak akan mencampuri urusan siasatan dan mereka yang disiasat tidak semestinya bersalah sebelum kesalahan dibuktikan. Difahamkan antara enam orang yang ditahan pagi ini oleh BPR, termasuk dua orang Exco dan seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri dari Parti KeADILan Rakyat. Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini BPR menahan enam orang berkaitan projek perumahan membabitkan RM180 juta di Seri Iskandar. Sementara itu Pengerusi DAP Perak dan juga Anggota Exco Kerajaan Negeri, Dato' Ngeh Koo Ham mendakwa Barisan Nasional terbabit memangsakan dua anggota Exco untuk menjatuhkan imej kerajaan negeri Pakatan Rakyat. - mr

BERAKHIRNYA MUKTAMAR PAS KE-54

Tepat Jam 3.00 petang 17 Ogos 2008, Pengerusi Tetap PAS, Ustaz Abu Kassim Abdullah menangguhkan Muktamar Tahunan PAS Ke-54 yang telah berlangsung bermula 15 Ogos di Dewan Indera Mulia, Ipoh, Perak.Muktamar kali ini telah mencatat satu lagi sejarah baru kepada PAS, terutama bagi Badan Perhubungan PAS Negeri Perak yang untuk kali keempatnya menjadi tuan rumah muktamar iaitu pada tahun 1953, 1954 dan 1966. Sebelum berlangsungnya muktamar, banyak pihak membuat andaian bahawa muktamar kali ini akan menjadi 'panas' dengan isu-isu kontroversi yang ditimbulkan akhir-akhirnya. Pihak media arus perdana terutamanya seolah-olah membuat provokasi, memberikan gambaran bahawa muktamar ini tidak boleh dikawal dan akan menjadi medan kecaman kepada pemimpin.Rupa-rupanya segala andaian itu meleset belaka; muktamar berjalan lancar dengan perbahasan yang penuh beradab dan tertib yang jelas menggambarkan kematangan para perwakilan. Walaupun mereka mempunyai pandangan yang berbeza, tetapi ia disampai

PENJELASAN PRESIDEN PAS RUNGKAIKAN KEGUSARAN PERWAKILAN

IPOH, 17 Ogos (Hrkh) - Tepat jam 3 petang Muktamar PAS kali ke-54 yang mencatat sejarah diadakan di Stadium Indera Mulia melabuh tirainya. Iklan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamaruddin Jaffar berharap perwakilan dapat merungkaikan segala masalah yang terbuku sebelum ini dengan isu muqabalah (muzakarah). "Ucapan penangguhan presiden diharap dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada seluruh perwakilan dan pemerhati bagi memastikan mereka tidak keliru lagi," katanya selepas muktamar berakhir. Menurutnya penjelasan itu dapat merungkaikan segala permasalahan yang ditimbulkan perwakilan sebelum ini. Ucapan penangguhan ringkas dan penuh bermakna itu dirungkai Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang untuk dibawa balik perwakilan dan pemerhati. Beliau berkata, laporan media sama ada cetak atau elektronik yang membesarkan isu tersebut sebelum ini seolah-olah menggambarkan sesuatu yang besar berlaku pada muktamar kali ini. "Muktamar ini dikatakan tak boleh dikaw

KEIKHLASAN PAS TIDAK DIHARGAI ORANG MELAYU

"Jika Umno tidak ada, Islam menjadi lebih baik di bawah PAS," kata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila wartawan bertanyakan pandangannya berhubungan muzakarah PAS dengan Umno. "Tergamak Nik Aziz berkata begitu!" mungkin itu luahan spontan orang Umno terhadap kenyataan Mursyidul Am tersebut. Apakah Nik Abdul Aziz tidak melihat masjid, bank Islam dan amal makruf yang dijalankan kerajaan Umno? Sekiranya dilihat sepintas lalu memang ada kebenaran juga hujah Umno tetapi Nik Abdul Aziz bukan orang baru dalam politik. Semasa PAS bersama Perikatan, beliau sudah bergelomang dalam siasah dan sudah masak dengan politik Umno. Peristiwa yang paling besar dan sukar dilupakan dilakukan pemimpin Umno ialah menghantar surat menghalang Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz melaksanakan Kanun Jenayah Syariah di Kelantan. Surat tersebut ditandatangani Tun Dr Mahathir Mohamad ketika sebagai Perdana Menteri. Bagaimanapun dengan kuasa yang ada di Kelantan

KELAB PENYOKONG PAS AKAN DIANGKAT SEBAGAI SAYAP PARTI

IPOH, 18 Ogos (Hrkh) - Pertambahan Kelab Penyokong PAs di negeri-negeri dan penyertaan yang begitu ramai golongan bukan Islam menjadsi ahli kelab penyokong menandakan masyarakat bukan Islam kini sudah yakin dengan perjuangan PAS. Iklan Justeru, sudah sampai masanya Kelab Penyokong PAs diangkat statusnya sebagai sayap parti, seperti Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan Dewan Ulama. Sehingga kini lebih 10,000 orang bukan Islam telah menyertai Kelab Penyokong PAS di seluruh negara dan angka ini dijangka bertambah dari semasa ke semasa. Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata demikian dalam satu sidang media selepas selesainya Muktamar PAS kali ke-54 di Stadium Indera Mulia semalam. Kelab penyokong PAS akan ditingkatkan tarafnya sebagai dewan dan langkah-langkah sedang diteliti bagi membolehkan Kelab Penyokong PAS diangkat ke peringkat yang lebih baik. "PAS Pusat telah mencadang ahli Kelab Penyokong PAS dilantik sebagai senator di negeri-negeri yang dimena

MB Perak terharu sambutan Muktamar PAS

IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jalaludin melahirkan rasa terharu dengan kedatangan terlalu ramai perwakilan, pemerhati dan dari luar negara di majlis perasmian muktamar PAS. "Saya berharap muktamar ini bukan yang terakhir di Perak dan ia akan diadakan pada lain kali," ujar beliau. Dengan adanya muktamar PAS di Perak kali ini, ianya boleh merapatkan lagi hubungan jentera dan ahli-ahli PAS Perak dengan perwakilan dari negeri-negeri lain. "Dengan adanya muktamar yang julng-julung kali di adakan di negeri Perak, orang ramai dapat mengenali PAS dengan lebih dekat dan ini boleh meniup semangat kepada jentera parti PAS Perak" kata beliau. Menyentuh kepada hubungan PAS Perak dengan Pakatan Rakyat di Perak, beliau memberitahu bahawa hubungan mereka adalah rapat sekali dan tidak timbul sebarang masalah dalam urusan pentadbiran negeri. "Saya berharap orang ramai di Perak tidak termakan dengan laporan dalam beberapa akhbar yang mengat

MB Perak hormati keputusan Istana

IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar, Dato' Seri Ir Nizar Mohd Jamaludin berkata beliau menghormati keputusan yang dibuat pihak Istana Perak berhubung pembatalan kebenaran bagi dua pemimpin utama PAS menyampaikan khutbah Jumaat pada hari ini di bandaraya Ipoh. "Meskipun pada peringkat awal pihak Tuanku Sultan memperkenankannya, dan kini ianya telah berubah saya menghormati pandangan tuanku tersebut," Bercakap kepada pemberita selepas perasmian Muktamar Tahunan PAS kali ke-54, Nizar menegaskan beliau menerima keputusan daripda pihak istana dengan terbuka. Diminta mengulas mengenai cadangan penubuhan Majlis Menteri Besar negeri-negeri Pakatan Rakyat oleh Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam ucapan Dasarnya, Bekas Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak itu menyambut baik saranan tersebut. "Bagi saya, ianya sangat perlu dan perkara ini perlu dibincangkan dengan lebih terperinci lagi," ujarnya. Penganjuran Muktamar Tahunan PAS Pusat buat pert

muktamar pas realisasi prinsip politik islam - Nik Aziz

Muktamar PAS realisasi prinsip politik Islam - Nik Aziz Lanjusoh | Foto Nasir Sudin Fri | Aug 15, 08 | 9:31:13 am MYT IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Lagu PAS buat pertama kali dalam sejarah bergema di Stadium Indera Mulia,Ipoh yang mana sebelum ini hanya riuh rendah dengan acara sukan. Sejak malam semalam stadium tersebut sudah bertukar fungsi buat seketika, bagi memberi ruang kepada perwakilan memikirkan jalan terbaik bagi memartabatkan gerakan Islam di negara ini. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, PAS bermuktamar untuk merealisasikan satu prinsip politik Islam yang penting iaitu syura. Katanya, prinsip syura menyedarkan kita kepada hakikat bahawa seluruh perjalanan makhluk ciptaan Allah adalah tertakluk kepada peraturan yang ditetap-Nya. "Sekiranya peraturan ini diikuti dengan baik dan penuh rela hati maka kehidupan manusia akan menjadi aman dan sejahtera. "Keyakinan kepada prinsip asas ini menyebabkan PAS memasuki gelanggang pilihan raya denga

MUKTAMAR UNTUK PERBINCANGAN PELBAGAI PERKARA AHLI PAS

IPOH, 15 Ogos (Hrkh) - Setiausaha Agung PAS, Dato Kamarudin Jaffar berkata perhimpunan ahli PAS dalam Muktamar Tahunan PAS ke 54 di Stadium Indra Mulia hari ini, adalah bagi bertukar-tukar fikiran dan pandangan dalam kerangka yang lebih besar. Katanya, kedatangan para hadirin dari seluruh peringkat untuk membincangkan pelbagai perkara bagi perkukuhkan parti PAS dan seterusnya menjamin kelangsungannya dalam politik tanah air. Dalam ucapan aluannya pada Muktamar Tahunan ke 54 di hadapan lebih 5,000 orang berkata, PAS bermuktamar dalam suasana pilihan raya umum ke 12 yang lalu. Dalam pada itu katanya, Majlis Syura mempunyai batas-batas akhlaknya yang tersendiri yang perlu akui. "Ini juga bermakna perbahasan, saranan, pandangan dalam muktamar nanti diasaskan rasa tanggungjawab dan keikhlasan yang tinggi lagi mencari keredaaan Allah." Katanya, dalam usaha gigih PAS bagi merealisasikan nilai-nilai Islam dalam kehidupan masyarakat di negara ini. Katanya, gagasan ini adalah sejajar d

LEBIH 5,000 PENUHI STADIUM INDERA MULIA DENGAR UCAPAN

IPOH, 15 Ogos,(Hrkh)- Muktamar PAS kali ke-54 yang memasuki hari ketiga memperlihatkan seramai 5,000 hadirin berbondong-bondong datang dari seluruh pelusuk negara. Tetamu-tetamu yang mewakili rakan-rakan Pakatan Rakyat seperti Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah bersama penasihat parti itu, Dato' Seri Anwar Ibrahim selain Pengerusi DAP, Dato' Ngeh Khoo Ham turut kelihatan. Ketibaan Presiden PAS, Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 8.35 pagi ini diiring kira-kira 20 buah motor berkuasa tinggi bagi menghadiri majlis perasmian muktamar yang diadakan di Stadium Indera Mulia, Ipoh di sini. Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat yang juga diiring dengan 20 buah motor berkuasa tinggi pula tiba kira-kira 10 minit kemudian. Sementara itu, di luar perkarangan stadium sebelum majlis perasmian bermula, upacara tabik hormat Unit Amal yang diketuai oleh Khairul Aini berlangsung. Lintas hormat Unit Amal yang bermula pada jam 8.50 pagi itu dimulakan dengan lagu

PELURU UMNO SUDAH HABIS DI PERAK

Imej
Kelmarin saya menerima berita gembira dari YB. Hj. Mohd. Zainudin mengenai Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak petisyen oleh calon-calon Barisan Nasional bagi membatalkan keputusan pilihan raya umum 8 Mac lepas masing-masingnya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Kuala Kurau, Lubuk Merbau dan Kuala Sepetang. Kegembiraan jelas nampak diwajahnya dalam kepenatan kami berada di penghujung sidang komenwel sejak 4 ogos yang lepas. Sekarang jelas "peluru" UMNO untuk menjayakan alasannya untuk mengambil balik Perak pada 31 Ogos nanti nampaknya sudah kehabisan. Peluru pertama dengan usaha jahat dan kotor untuk membeli Adun-Adun pakatan Rakyat samad DAP, PKR dan PAS jelas tidak berhasil, umpama perpatah : " hidung tak mancung pipi tersorong-sorong". setingginya dengan harga RM 30 Juta dan serendahnya tidak disebutkan harganya , sudah cabut lari tidak talipon lagi temasuklah saya. Peluru kedua yang ada alasannya ialah petisyen bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Pe

MAHKAMAH TOLAK 3 PETISYEN PILIHANRAYA 3 DUN DI PERAK

08/08/08Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini menolak petisyen membatalkan keputusan Pilihanraya Umum kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubuk Merbau, DUN Kuala Sepetang dan DUN Kuala Kurau.Petisyen tersebut dikemukakan calon-calon Barisan Nasional (BN) yang tewas di ketiga-ketiga kerusi tersebut - kesemuanya di Perak - dengan majoriti tipis.Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, DUN Kuala Kurau dan Kuala Sepetang dimenangi oleh calon PKR. Manakala kerusi Lubuk Merbau dimenangi oleh calon PAS.Di Kulau Kurau, calon PKR, Abdul Yunus Jamahari menang dengan majoriti 467 undi. Beliau mendapat 8,224 undi manakala calon BN, Mohd Salleh Mat Disa mendapat 7,757 undi.Di Kuala Sepetang pula, calon PKR, Tai Sing Ng menang dengan majoriti 564 undi. Beliau mendapat 7,285 undi manakala calon BN, See Tean Seng mendapat 6,721 undi.Manakala di Lubuk Merbau pula, calon PAS, Mohd Zainuddin Mohd Yusof menang dengan majoriti 72 undi. Beliau mendapat 4,664 undi manakala calon BN, Datuk Jamal Nasir Radi memperolehi 4,592

PEGUAM ISLAM PERLU TERAJUI MAJLIS PEGUAM- ZULKIFLI NORDIN

Imej
Peguam Islam perlu terajui Majlis Peguam - Zulkifli Nordin Harakahdaily Sat Aug 09, 08 5:38:00 pm MYT KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Hrkh) -"Sudah sampai masanya peguam yang beragama Islam mengambilalih teraju kepimpinan Majlis Peguam," kata ahli exco Persatuan Peguam Islam, Zulkifli Nordin. Beliau berkata, ini bagi mengelakkan Majlis Peguam menganjurkan forum yang boleh menimbulkan kemarahan orang Islam. Malaysiakini melaporkan, Zulkifli yang juga ahli Parlimen KeADILan Kulim-Bandar Baharu memberitahu pemberita demikian selepas menyertai perhimpunan membantah penganjuran forum awam 'memeluk Islam' anjuran majlis tersebut di ibu negara hari ini. Beliau mendakwa, Majlis Peguam menganjurkan forum tersebut kerana hendak membuat provokasi terhadap orang Islam. "Tetapi saya mewakili Persatuan Peguam Islam memberi amaran supaya tidak mencabar umat Islam kerana kesabaran mereka ada hadnya," katanya. Forum awam tersebut akhirnya dihentikan ekoran bantahan umat Islam yang ber