Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos 6, 2009

JANGAN PREJUDIS TERHADAP ISLAM !!! - US NASARUDDIN TANTAWI

Imej
Jangan Prejudis Terhadap Islam 1. Saya perlu memberi teguran dan sekaligus memberi peringatan kepada Yb. Jeff Ooi berkaitan kenyataannya di Sunday Star . 2. Saya merujuk kepada kenyataan Yb Jeff Ooi [ Ahli Parlimen Jelutong - DAP ] merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan di dalam akhbar The Sunday Star bertarikh 02. 08. 2009 muka surat N.12 . 3. Yb. Jeff Ooi telah mempertikai Mohd Razali bin Abdullah , Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang dengan menuduh dan menggelarkannya sebagai " Muslim Extremist" kerana menjadi ahli Jamaah Islam Malaysia [ JIM ] yang mempunyai misi " to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020 " 4. [ Membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang - undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020 ] bukan sahaja menjadi cita - cita JIM tetapi ianya menjadi cita - cita setiap muslim yang mukmin dan muttaqin [ muslim yang benar - benar beriman dan tunduk kepada perintah Al

Demo di Masjid Shah Alam, Pemuda PAS tiada kaitan !!!

Saidah Hairan Thu Aug 06, 09 4:42:29 pm MYT KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Hrkh) - Pemuda PAS negeri Selangor menafikan akan mengadakan demonstrasi di Masjid Negeri Selangor bagi mendesak kerajaan Selangor menukar portfolio exconya, Ronnie Liu. Timbalannya, Ahmad Zaidy Abd Mutalib menafi keras dakwaan exco Pergerakan Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainal Abidin bahawa PAS akan menganjurkan demo tersebut di kawasan masjid esok, Jumaat. Setakat ini katanya, Pemuda PAS tidak ada kena mengena dengan perancangan demo sebagaimana yang didakwa oleh Pergerakan Pemuda Umno tersebut. "Pemuda PAS Selangor tidak pernah menghubungi Pemuda Umno dan tidak pernah merancang hendak mengadakan demonstrasi," tegasnya. Beliau menegaskan, Pemuda Umno cuba mengeruhkan keadaan dan mahu merosakkan hubungan akrab parti dalam Pakatan Rakyat. "Semua perkara ini berpunca daripada Umno yang telah memerintah selama 50 tahun tetapi mereka tidak dapat mengharamkan penjualan arak di kawasan-kawasan majoriti M