Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember 4, 2008

SEGERAKAN WARTA FATWA HARAM ROKOK -TERAS

Harakahdaily Thu | Dec 04, 08 | 9:23:29 am MYT KUALA LUMPUR, 4 Dis (Hrkh) -Teras pengupayaan Melayu (Teras) mengesa agar fatwa rokok yang telah diisytiharkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sejak 1995 perlu segera diwartakan oleh setiap kerajaan negeri jika pihak kerajaan benar-benar serius untuk menjaga kesejahteraan rakyat negara ini Presiden Teras Mohd Azmi Abdul Hamid berkata gejala merokok adalah musibah yang sangat jelas dari pelbagai segi sehingga setiap tahun kira-kira 100,000 orang mati yang dikaitkan dengan penyakit akibat merokok. Katanya setiap tahun rakyat Malaysia berbelanja RM2 bilion untuk merokok manakala kerajaan pula terpaksa mengeluarkan perbelajaan berbilion ringgit lagi untuk merawat mereka yang menjadi mangsa dari penyakit yang dikait dengan merokok. "Kesan sosial kepada anak muda juga sangat jelas. Kini generasi muda yang terjebak dengan tabiat merokok terdedah kepada jerat dadah yang semakin meningkatkan kes p

PINJAMAN TANPA FAEDAH UNTUK PELAJAR ANAK PERAK

Ipoh, 3 Dis : Majlis Penyampaian Cek Pinjaman Pelajaran Pengajian Tinggi kepada pelajar-pelajar anak negeri Perak Darul Ridzuan bagi sessi 2008/2009 telah berlangsung pagi ini di Dewan Banquet, Bangunan Perak Darul Ridzuan. Cek pinjaman tersebut telah disampaikan oleh YAB Menteri Besar Perak, Dato Seri Mohammad Nizar Jamaludin. Pinjaman tersebut sangat bermakna kepada para pelajar dan mereka sangat gembira dan berterima kasih kepada kerajaan Pakatan Rakyat , Perak Darul Ridzuan diatas pinjaman yang tidak dikenakan apa-apa faedah. Ahmad Lutfi, pelajar jurusan Engineering di UIA dan berasal dari Kemunting Taiping menyatakan rasa gembiranya kerana tidak dikenakan sebarang faedah apabila membayar balik pinjaman tersebut. Bagi pelajar bidang Bio Perubatan di Management & Science University (MSU) , Norhawani Binti Haji Ahmad , pinjaman tersebut amat melegakan keluarganya dan berkata bahawa kerajaan yang ada ini amat perihatin terhadap keperluan rakyat dan terbukti ianya sebuah kerajaan y