LELAKI TERTINGGI JADI TETAMU DI QARYAH RAMADHAN
  
  	  		  			Rizal Tahir		  		   	  
   KOTA BHARU, 14 Ogos:  Lelaki  tertinggi di dunia berasal dari Punjab Pakistan, Ijaz Ahmed, 28,  menjadi tetamu Himpunan Remaja dan Majlis Makan Colek di Qaryah Ramadan,  kelmarin.  Beliau berada di negeri ini selama dua hari sebagai tetamu dan juga  untuk memohon sumbangan derma orang ramai bagi mendapatkan sumber  kewangan untuk membiayai rawatan kakinya akibat kemalangan dua tahun  lalu.  Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,  Kebudayaan dab Pelancongan  negeri,  Datuk Takiyuddin Hassan, berkata Ijaz yang mempunyai  ketinggian 8 kaki 4 inci itu telah mengalami kemalangan jalan raya dua  tahun lalu.  "Akibatnya, Ijaz mengalami masaalah kaki dan ianya perlu dirawat," ujarnya.  Menurutnya, sebagai seorang anak yang berada dalam lingkungan  keluarga miskin, beliau tidak mampu menanggung kos yang tinggi untuk  merawat kakinya itu.  Sementara itu, orang ramai turut diraikan dengan jamuan colek sempena  majlis penyampaian...