Catatan

PRODUK BELANDA DI MALAYSIA !

Assalamualaikum Berikut adalah senarai produk dari Belanda yang ada di Malaysia. Maklumat diperolehi dari laman web Persatuan Pengguna Islam Malaysia. (PPIM) - http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/ Tolong sebarkan... Duyvis - Makanan Ringan Lego - Kismis Dutch Lady - Susu Ferrero Roche - Coklat Kieldsens -Coklat Venz -Mentega Coklat Kinder Bueno -Coklat Wall's - Ais Krim Pickwick -Teh Lipton -Teh Knorr -Perisa Makanan Bertolli -Minyak Masak Gouda -Keju Doriana - Keju Krim Planta -Magerin Lady's Choice -Magerin Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan Clear -Shampoo Sunsilk -Shampoo Cif -Pencuci Lantai Robin -Pencuci Lantai/Pakaian Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian Omo -Pencuci Lantai/Pakaian Breeze -Pencuci Kain Sun -Pencuci Kain Surf -Pencuci Kain Wishbone -Pencuci Kain Dove -Mandian Lux -Mandian Radiant -Deodoran Rexona -Deodoran Fair & Lovely -Produk Kecantikan Ponds -Produk Kecantikan Labello -Lip Balm Vaseline -Lip Balm Slimfast -Produk Pelangsing I...

HINANYA MENJADI GURU/PENDIDIK

Imej
Oleh zentari_1 "Keperluan terhadap guru sangat penting dalam memastikan sistem pendidikan di negara kita berjalan degan lancar. Tetapi dalam pada masa yang sama waktu kini, pelbagai cerita , rencana dan tihmahan yang dilemparkan terhadap guru. Adakah hina menjadi guru pada masa kini. Kebanyakan hinaan dan tohmahan berkisar pada cara guru menghukum pelajar. Ada yang dirotan,ditampar, ditendang dan sebagainya lagi. Namun begitu, kisah ini adalah kisah yang terpinggir tetapi telah dibesarkan oleh media, apa tujuannya, untuk menyedarkan masyarakat bahawa guru ini adalah satu kumpulan tenaga pengajar yang ganaskah? Kita imbau kembali zaman arwah ayahku dan zaman aku sendiri bersekolah dan kini aku menjadi seorang guru. Menurut cerita arwah ayahku, apabila guru menghukum contohnya memberi penampar, maka murid akan berterima kasih kepada guru tersebut kerana telah memberi pengajaran kepadanya. jika arwah ayahku mengadu kepada arwah datukku maka bonus tambahan akan diberi pula. jika guru ...

Kuasa Allah melalui kuasa rakyat kecundangkan BN

Imej
Kuasa Allah melalui kuasa rakyat kecundangkan BN Ustaz Zainudin Hashim Tue Mar 18, 08 10:07:52 am MYT Dalam apa jua bidang kehidupan manusia, hubungan mereka dengan Maha Pencipta tidak dapat dipisahkan bagaikan aur dengan tebing. -->--> Kerana Maha Pencipta yang telah menjadikan manusia, merencanakan penciptaan-Nya hanya untuk tunduk kepada-Nya melalui penyembahan hakiki atau dikenali sebagai ibadat khusus seperti solat, haji, puasa, zakat, pelaksanaan undang-undang Islam dan sebagainya. Semua amalan tersebut tidak akan dapat dilaksanakan dengan bentuk yang lebih sempurna jika manusia hanya memikirkan persoalan kehidupan duniawi seperti aspek cari makan dengan mengenepikan persoalan pemerintahan sesebuah negara. Kemungkaran berlaku di mana-mana dalam bentuknya yang tidak pernah tergambar oleh fikiran Muslim negara ini. Jika seorang Muslim hanya memikirkan untuk beramal ibadat tanpa mengambil kira persoalan pemerintahan atau kepimpinan negara, ditambah percambahan maksiat secara...

JIHAD ISLAMI :PRINSIP PEMULIHAN IZZAH UMMAH

Imej
Oleh Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi Realiti ummah dapat dilihat secara jelas bagaimana mereka sedang dibuli dan didera oleh musuh – musuh Islam samada di peringkat internasional mahupun nasional.Mereka dipaksa menjalani kehidupan dalam satu system yang sangat asing dari Manhaj Islamiyyah , malah lebih malang apabila minda mereka diracuni dengan pelbagai ideology ciptaan manusia sehingga ianya dianut dan ditaati mengatasi agama mereka sendiri. Seluruh anggota ummah ini kaku dan lesu dibius oleh musuh – musuh Islam sehingga hilang kepekaan dan keaktifan bertindak biarpun sedang berhadapan dengan gejala riddah yang sangat mencabar maruah ummah. Agama diperkosa , nilai akhlak Islami dibelasah secukupnya dan maruah dinodai tanpa simpati . Segalanya berlaku di hadapan mata ummat Islam dewasa kini , tetapi tiada apa yang boleh dilakukan oleh mereka , mereka bagaikan dipasung . Paling menyedihkan , terdapat sebahagian ummat Islam yang menjadi tali barut musuh dan agent yang menikam Islam da...

MENGENAI JIHAD

Imej
1. PENDAHULUAN Perkataan Jihad adalah kalimah bahasa Arab yang telahpun diserap ke dalam bahasa Kebangsaan. Fonatik kalimah ini sangat ringkas dan mudah. Namun begitu masyarakat awam mempunyai persepsi dan pemahamannya yang tersendiri terhadap Jihad. Umumnya ramai yang memahami Jihad sebagai suatu aksi yang dikaitkan dengan perjuangan dengan menggunakan senjata dan secara fizikal semata-mata. Kalimah Jihad semata-mata hanya disinonimkan dengan beberapa aksi yang bersifat kekerasan dan begitu drastik, melibatkan senjata api dan berlaku pertumpahan darah atas dorongan untuk mendapatkan Syahid. Pastinya tidak ramai yang menyedari bahawa pegangan sesetengah mereka yang fanatik dan buta ilmu terhadap istilah jihad membawa kepada tercemarnya istilah suci jihad itu di mata orang Islam dan juga bukan Islam. 2. TAKRIF JIHAD Dari sudut bahasa, Jihad berasal daripada kalimah “al-Juhd” ( ), yang bererti keberatan dan kesusahan. Dipandang dari sudut ini, maka Jihad bererti mencurahkan daya dan tena...

KISAH NABI ADAM

Allah SWT berkehendak untuk menciptakan Nabi Adam. Allah SWT berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. " (QS. al-Baqarah: 30) Terdapat perbedaan pendapat berkenaan dengan makna khilafah (perihal menjadi khalifah) Nabi Adam. Ada yang mengatakan, bahwa ia sebagai khalifah dari kelompok manusia yang pertama-tama datang ke bumi di mana kelompok ini membuat kerusakan dan menumpahkan darah di dalamnya. Ada yang mengatakan, bahwa ia adalah khalifatullah, dengan pengertian bahwa ia sebagai khalifah (utusan Allah) dalam melaksanakan perintah-perintah-Nya dan hukum-hukum-Nya, karena ia adalah utusan Allah yang pertama. Demikianlah yang kami yakini. Abu Dzar bertanya kepada Rasulullah saw tentang Nabi Adam: "Apakah ia sebagai nabi yang diutus?" Beliau menjawab: "Benar." Beliau ditanya: "Ia menjadi rasul bagi siapa? Sementara di bumi tidak ada seorang pun?" Beliau menjawab: "Ia menjadi rasul bagi anak-anaknya....

MENGAPA KISAH AL-QURAN

Sejumlah ayat-ayat al-Quran telah memaparkan kisah dan cerita para nabi serta periode kehidupan mereka. Karena di balik kisah-kisah tersebut tersimpan pelajaran-pelajaran berharga dan kisah-kisah tersebut—pada hakikatnya—adalah harta simpanan yang memiliki banyak rahasia dan misteri, ayat-ayat tersebut telah mendapatkan perhatian dari para sejarawan, penulis buku sejarah dan kisah-kisah para nabi as dan para peneliti kajian agama secara istimewa. Setiap dari mereka telah mengambil pengetahuan sesuai dengan kemampuan masing-masing dari mata air segar itu. Sebelum kami memaparkan kisah-kisah para nabi as dengan berlandaskan al-Quran, perlu kiranya kami kemukakan terlebih dahulu satu mukadimah penting yang dapat kita jadikan acuan dalam menelaah kisah-kisah para nabi as di dalam al-Quran. Mukadimah ini akan memaparkan pembahasan-pembahasan berikut ini: Pertama, titik perbedaan antara kisah-kisah al-Quran dan kisah-kisah lain. Kedua, tujuan kisah-kisah al-Quran. Ketiga, faktor pengulangan ...
CERAMAH KEMENANGAN RAKYAT 8/4/2008 9.00 MALAM DI DATARAN PASAR MALAM KAMUNTING PERAK PENCERAMAH US. DR MUJAHID BIN HJ YUSOF RAWA N.GOBALAKRISNAN AIMAN ATHIRAH AL JUNDI MUSLIMIN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR

HAK AHLI ZIMMAH

Sesebuah negara Islam, rakyatnya bukan sekadar dipenuhi dengan orang islam sahaja, bahkan terdapat juga dalam negara Islam itu orang bukan Islam. Orang bukan islam yang berada dalam negara Islam mempunyai hak yang perlu ditunaikan oleh pemerintah Islam. Antara hak-hak yang perlu ditunaikan oleh pemerintah kepada non muslim adalah seperti berikut; a. Hak siasi (hak berpolitik) b. Hak kebebasan beragama c. Hak kemasyarakatan HAK BERPOLITIK Apabila seseorang non muslim telah melakukan akad Zimmah dalam negara Islam, maka ketika itu, menjadi kewajipan kepada pemerintah menjaga hak non muslim dalam berpolitik. Antara hak berpolitik yang perlu pemerintah Islam berikan kepada mereka adalah; a. KEWARGANEGARAAN Apabila mereka sudah melakukan aqad dengan pemerintah islam, maka wajib pada pihak pemerintah memberi hak kewarganegaraan kepada non muslim tersebut. Ini jelas dengan tindakan Nabi SAW membina negara Madinah. Semasa membin...