Catatan

KECINTAAN SESAMA SAUDARA ISLAM KERANA ALLAH

Imej
Tidaklah dua orang saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah, diantara keduanya ialah orang yang paling besar cintanya kepada saudaranya.” HR. Ibnu Hibban dan Al-Hakim Sahabat… Rasa cinta adalah fitrah manusia. Kerananya, percintaan adalah rentangan waktu kehidupan manusia yang akan mereka lalui dengan keindahan dan haru biru. Cinta yang tulus, insyaAllah akan menyelamatkan manusia dari api neraka yang maha dahsyat panasnya.Cinta tulus, terbesar dan hakiki adalah cinta kepada Allah. Bukhari dan Muslim meriwayatkan sebuah sabda Rasulullah Saw. melalui Anas ra., “Ada tiga perkara yang barangsiapa dalam dirinya terdapat ketiga perkara itu, dia pasti merasakan manisnya iman, iaitu Allah dan RasulNya lebih dicintainya daripada yang lain; mencintai seseorang tiada lain hanya kerana Allah; dan tidak ingin kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan Allah sebagaimana dia tidak ingin kalau dicampakkan ke dalam api.” Sahabat… Sesungguhnya persaudaraan kita merup...

DALAM SEHARI ,10 WARGA JEPUN MASUK ISLAM, SEKOLAH PERTAMA BAKAL DIDIRIKAN

Imej
Dr Zakaria Ziyad, ketua Lembaga Kaum Muslimin (LKM), di Jepun menyatakankan, Islamic Center yang terletak di ibukota Jepun, Tokyo sedang merintis penubuhan sekolah Islam pertama di Jepun. Ia menambah, sebahagian data statistik menunjukkan, dalam sehari, sekitar 10 Warga Jepun masuk Islam. Dalam wawancaranya dengan surat khabar `Khaleej´ yang diterbitkan di Emirate, Ziyad, mengatakan, ketika ini telah dibeli sebidang tanah dekat Masjid Terbesar di Tokyo. Perancangannya akan didirikan sebuah sekolah di kawasan tersebut. Ziyad, yang mengajar sebagai pensyarah di Tokyo University dan juga ketua Ikatan Mahasiswa Muslim (IMM) di Jepun menyifatkan, kaum Muslimin di Jepun masih ragu untuk membangunkan masjid. Akibatnya, di seluruh Jepun baru ada sekitar 50 buah masjid saja yang harus melayani ribuan kaum Muslimin. Padahal, perlembagaan Jepun menyatakan tidak ikut campur dalam permasalahan keyakinan agama. Sayangnya, kaum Muslimin masih tidak mampu untuk mendirikan masjid, yang sebetulnya merup...

ISLAM DAN WAKTU

Imej
Written by Hasan al-Banna Tuesday, 11 December 2007 Islam datang berbicara tentang waktu. Islam menjelaskan tentang nilai waktu dan nikmatnya. Islam juga menjelaskan kepada umat manusia bahawa umur mereka terbatas. ”Tiap-tiap umat itu ada ajalnya tersendiri.” (Al-A’raf: 34) Islam datang memperingatkan kita agar jangan sampai lalai. Islam menjelaskan bahawa yang paling bererti dalam kehidupan ini adalah waktu. Nabi saw. Bersabda,”Tidak ada satu hari pun yang fajarnya menyinsing kecuali ia pasti mengatakan,”wahai anak Adam, aku adalah ciptaan baru yang menjadi saksi atas amal perbuatan kalian. Berbekallah dengan menggunakan kesenpatan yang ada, kerana sesungguhnya aku tidak akan kembali lagi hingga hari kiamat.” Waktu itu terbatas, dan perbuatanmu setiap waktu akan dihitung. ”Para malaikat siang dan malam secara bergiliran sentiasa mengawasimu.” Putaran siang berakhir hingga asar, dan putaran malam berakhir hingga subuh. Segala amal perbuatanmu yang baik mahu pun buruk akan sentiasa dihi...

PENTINGNYA TARBIAH

Imej
Tarbiyah merupakan satu pendekatan sepadu, bagi mendidik jiwa manusia ke arah cara hidup yang lebih praktis dengan pengamalan Islam yang sering diabaikan oleh banyak pihak, lebih-lebih lagi untuk menghubungkan manusia dengan Maha Pencipta, ia juga bermatlamat untuk melahirkan manusia yang sanggup berkorban bagi memperkasa agama Allah agar ia dirasakan lebih agung dari pegangan dan ajaran ciptaan manusia. Para ulama telah membahagikan konsep tarbiyyah kepada beberapa bahagian : *Tarbiyah Ruhiyyah/Nafsiyyah (Pendidikan Kerohanian/Kejiwaan) *Tarbiyah Jasmiyyah (Pendidikan Fizikal) *Tarbiyah Imaniyyah ( Pendidikan Keimanan) *Tarbiyah Aqliyyah (Pendidikan Mental) *Tarbiyah Akhlaqiyyah (Pendidikan Akhlak) *Tarbiyah Fikriyyah (Pendidikan Ketajaman Cara Berfikir) *Tarbiyah Iqtisadiyyah (Pendidikan Kemantapan Ekonomi) *Tarbiyah Siasiyyah ( Pendidikan Memperkasa Politik) dan lain-lain. Apa yang hendak difokuskan di sini adalah Tarbiyah Jiwa manusia agar lebih baik dari sebelum i...

MUKTAMAR DEWAN ULAMA PERAK LULUS LARANG ISLAM HADHARI

Imej
Taiping - Mesyuarat Dewan Ulama PAS Negeri Perak yang bersidang di Markaz Tarbiyah Air Kuning semalam telah menerima dengan sebulat suara usul perwakilan Taiping Us Ridzuan Zaidin agar Kerajaan Negeri Pimpinan Menteri Besar Perak Dato’ Sri ir.Nizar Jamaluddin melarang Islam Hadhari tajaan Pak Lah bertapak di Negeri Perak. Keputusan ini dibuat bagi mengikuti jejak langkah negeri Selangor dan Pulau Pinang yang sudah melaksanakan perkara itu terlebih dahulu.Kata Us Ridzuan “Islam Hadhari mengelirukan ummat islam dan boleh membawa kesesatan.Mesyuarat di Rasmikan Oleh Setiausaha Dewan Ulama PAS pusat dan ditangguhkan pada jam 1.25 pagi

MENGAPA TIDAK BERPOLIGAMI ??

Imej
Boleh dikatakan semua akhbar tempatan pada hari ini mendedahkan satu berita yang pada pandangan umum seakan-akan pelik, iaitu berkenaan dengan Muhammad Nor yang diizinkan oleh ketiga-tiga isterinya agar menikah seorang lagi Isteri [1]. Berita ini, melahirkan berbagai-bagai perbincangan di alam maya dan alam nyata, samada melalui ruangan blog , forum dan sembang borak di kedai-kedai kopi dan di mana-mana.Ada yang menyokong, dan tidak kurang juga mereka yang memandangnya dengan pandangan sinis. Juga tidak kurang juga memerli dengan kadar kemampuan kewangan Mohammad Nor yang merupakan seorang pemandu lori yang bergaji RM 1500 sahaja.Padaku, kejadian ini perlu dilihat dengan pandangan positif. Keadaan ini melihat kepada zaman yang memerlukan poligami, disamping ianya diizinkan oleh Allah SWT.Firman Allah; فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً Maksudnya;“maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : ...

TARBIYAH SELEPAS PRU12

Imej
Oleh : Ustaz Khairul Anuar MUQADDIMAH “Wahai orang-orang Mukmin! Bertakwalah kepada ALLAH & bersegeralah kamu menuju kepadaNya (ALLAH) melalui wasilah(medium) & berjihadlah pada jalanNya; moga-moga kamu semua beroleh kejayaan” [Ayat 35 : Surah Al-Maidah] Tarbiah tidak dapat dipisahkan dalam sejarah Dinul-Islam dan kebangkitan kejayaan gerakan Islam. Tarbiah membawa maksud latihan, pendidikan dan pembentukan untuk melengkapkan seorang individu Muslim dengan segala aspek kekuatan rohani, jasmani, emosi, sosial, intelek dan kemahiran. Akan tetapi, Tarbiyah Islamiyah Harakiyyah bukan sekadar membentuk seseorang itu menjadi mukmin untuk dirinya, beramal dan bertaqwa seorang diri sahaja. Bahkan, ia bertujuan melahirkan mukmin yang sedia berkhidmat, memberi sumbangan kepada Islam dan berjihad pada jalan Allah SWT.Rasulullah SAW mendidik para sahabatnya sehingga menjadi mujahid yang kukuh iman mereka, sentiasa bersedia untuk berkorban dan berjihad pada jalan Allah. Apabila Islam berhaj...

ciumilah anak

Imej
Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya. Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama. Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya. Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyakny...

PANTUN HARGA MINYAK NAIK LAGI

Imej
Hari nie tah hari berapa Pak Lah jadi PM kami, Memang dari dulu kami sokong sampai lani, Tapi hari nie, buka mata, senak perut anak bini, Tengok Pak Lah habag minyak naik lagi. Memang kami tak tau pasai ekonomi, Yang tau semua Pak Lah ngan kroni , Tapi sampai bila nak jadi lagu nie , Dapat gaji habis tak berbaki . Pak Lah habag tak boleh buat apa , Nie semua ekonomi dunia, Kalau tak naik nanti dunia kata apa, Habis tu yang rakyat dok menderita, tak pa ka . Dulu Pak Lah kata nak jaga rakyat, Kunun Pak lah nak kerja sama sama dengan rakyat , Nie dok nampak macam nak telan kederat, Dok nampak kami yang nak melarat . Pak Lah kata masalah rakyat nak ambik berat , Kunun tak mau tengok rakyat hidup melarat , Tapi kalau macam nie punya sarat , Darah rakyat pun boleh sejat . Kerajaan ada kata rakyat manja subsidi , Kunun asyik kerajaan saja dok bagi , Sapa kata kami rakyat tak pernah bagi , Tu....yang lima tahun sekali tu....sapa bagi? Tiap kali naik harga, dok banding sini sana , Hampa tengok,...

HAMPIR 2/3 GAJI SEBAHAGIAN RAKYAT DI BELANJA UNTUK PETROL

Imej
Adnan Ibrahim Fri Jun 06, 08 2:08:53 pm MYT Mampukah rakyat Malaysia berbelanja RM900 sebulan untuk petrol? Gaya hidup apakah lagi yang perlu diubah oleh rakyat setelah dinasihatkan pemimpin kerajaan supaya berjimat cermat dengan kenaikan harga minyak dua tahun lalu dan kenaikan harga beras, tepung dan barang keperluan lain? Rakyat sudah mengambil langkah berjimat dan kini sebahagian subsidi petroleum dikorbankan untuk kononnya membantu kerajaan membangunkan negara. Soalnya, apakah pula pengorbanan pemimpin? Setelah rakyat disuruh merobah gaya hidup, para pemimpin terus hidup senang-lenang. Di mana slogan "Kepimpinan Melalui Teladan"? Bersediakah Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan anggota kabinet memotong elaun mereka sebagai timbal balas kerajaan menyuruh rakyat mengubah cara hidup. Terdapat cadangan yang disuarakan rakyat dihantar dan disiarkan stesen televisyen swasta minta 70 peratus elaun menteri dipotong. Apakah perasaan Abdullah? Menteri Perdagangan ...

RAHSIA AIS BATU

Imej
Oleh chekamala " "Zat di dalam ais tidak akan mampu dihasilkan oleh mana-mana saintis mahupun manusia" Air sejuk yang hening dapat menolong pesakit insomnia yang sukar tidur agar dapat kembali tidur seperti biasa.Orang yang tidur dalam udara yang sejuk dan berselimut untuk memanaskan tubuhnya adalah kombinasi yang baik untuk menjaga kesihatan secara menyeluruh dalam jangka masa pendek apatah lagi jangka panjang. Udara panas lebih memudahkan penyebaran penyakit berjangkit kerana bacteria lebih agresif dan cepat membiak dalam cuaca begini.Liputan ais di Antartika (daerah Kutub Selatan) dan Artik (daerah Kutub Utara) adalah pengimbang dasar bumi yang amat panas.Kombinasi dalam bumi yang panas dan luaran bumi yang sejuk adalah rahsia keseimbangan tekanan semulajadi alam yang mengawal graviti dan pergerakan bumi pada paksinya.Ais atau air sejuk dapat mengembalikan memori atau sifat pelupa yang keterlaluan.Benarkan anak anda mengunyah ais kerana ini akan menguatkan giginya dan...

BENARKAH INSURAN HARAM MENURUT ISLAM

Imej
Ust. Zaharuddin B. Abd Rahman Jabatan Fiqh & Usul Fiqh, Universiti al-Yarmouk, Jordan zaharuddin@yahoo.com 1. MUQADDIMAH Segala puji bagi Allah, pencipta sekalian alam, selawat dan salam buat junjungan mulia Rasulullah SAW. Serta ahli keluarganya dan para sahabatnya. Penulisan ini akan menyentuh aspek berikut :- 1. Pembahagian insuran. 2. Perbezaan Fatwa Ulama’ mengenai hukum insuran 3. Mengapa insuran perniagaan difatwakan haram? 4. Apakah dalil para Ulama yang mengharuskannya dan syarat untuk menyertainya? 5. Alternatif Islam dalam hal Insuran. Secara ringkasnya, perbincangan hukum insuran telah dibincangkan begitu panjang oleh para ulama’ terutamanya di kalangan ulama’ Timur Tengah. Oleh kerana sistem Insuran ini suatu ciptaan yang dikira baru menurut zaman iaitu di sekitar tahun 1666 M di London, sistem ini hanya menembusi dunia Islam Arab hanya sekitar 1830 M1. Ini dapat dilihat daripada fatwa pertama yang dikeluarkan oleh Al-Allamah Al-Syeikh Muhd Amin (Ibn ‘Abidin, wafat tah...